Showing posts with label INFO JUMAAT. Show all posts
Showing posts with label INFO JUMAAT. Show all posts

Thursday 11 September 2014

TIDUR SELEPAS SUBUH


Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi.


kmasjid

MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

Thursday 4 September 2014

PERJALANAN PALING BERAT


Perjalanan Terjauh Dan Terberat

Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yg seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dgn semangat yg membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yg kuat dan bertubuh sihat yg mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membezakanmu dgn orang-orang yg lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dlm gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

Semoga Allah Memberi HidayahNya Buat Kita dan Keluarga kita semua. 

Aamiin.........

nafas-diri

Thursday 21 August 2014

CARA BERTAUBAT YANG BETUL


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :

"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata : “Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata : “Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata : “Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Cara-Cara Bertaubat

Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)

Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.

Penutup

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :

"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”

ustaznoramin

Thursday 14 August 2014

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT FARDHU




Lalai solat lima waktu


Didalam neraka Jahanam terdapat wadi
(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz 

sebesar tengkuk unta
dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya 
tiada lain selain mengigit 

orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang 
semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula 

menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan 

mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan
begitulah seterusnya.






Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang    sama
dengan 60.000 tahun di dunia. 


2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.


3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah. 


4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
berzina dengan orang tua. 


5. Solat
Isya
: satu kali meninggalkan tidak akan di
redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum
dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya


2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya. 


3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya. 


4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam. 


5. Amal
kebaikan
yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT. 


6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.




3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi
Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 


2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 


3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi
Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 


2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 


3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika
Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari
kiamat akan
dibelenggu oleh malaikat. 


2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan
kasih sayang


3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan
dosa dosanya dan akan
di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu

Mengenai balasan bagi orang yang
meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW,
diperlihatkan 

pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap
kali benturan itu 

menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak 

terus berhenti melakukannya

Lalu
Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan
Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih) 





Tgk Video ni :  Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita. 



Note : Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka TERPUTUSLAH hubungan dengan Allah SWT.Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah SOLAT.

***  Ingatla bila kita nak masuk ke syurga bukan dengan amalan kita sahaja,tetapi dengan RAHMAT dari Allah .Jika TERPUTUS hubungan kita dengan Allah kerana meninggalkan solat macam mana nak masuk SYURGA Allah..Berfikirla sejenak tentang kehidupan kita diakhirat kelak.Janganlah terlalu lalai dengan kehidupan didunia. Jika kita tidak rasa takut walaupun sedikit pun apabila membaca azab pada orang yang tidak solat seperti tiada lagi iman dihatinya.(marah2 sayang)  :p


farrahadilah




MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

Thursday 7 August 2014

BOIKOT DALAM KONTEKS PERJUANGAN PALESTIN


Bagi saya kempen boikot barangan Amerika dan Israel adalah agenda penting dalam konteks roh perjuangan umat Islam di Palestin.

Jika boikot tidak penting, ulama tidak akan berbincang dan memberikan fatwa mengenainya. Contohnya, di Islam online terdapat 20 soalan dan jawapan daripada pelbagai ulama mengenai perlunya memboikot barangan Israel dan penyokong Israel.

Lihat http://www.islamonl ine.net/complete search/english/ CounsellorSearch Ack.asp?hSection =0&hKeyword=israel+ boycott&hChoice=2&hJoin=1

Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan memberikan fatwa beliau yang jelas dan tegas :

Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine . For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression.“
- 20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 (www.inminds. co.uk)

Di Islam Online tertera fatwa Dr. As-Sayed Nuh, Profesor di Universiti Kuwait:

“We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists.”

Pada pandangan saya, kita tidak boleh melonggokkan semua syarikat Amerika dalam satu kategori.

Ada syarikat Amerika yang tidak menyokong Israel dan ada juga syarikat bukan Amerika yang kuat dan terang-terangan menyokong Israel . Dalam konteks ini misalnya, McDonalds dan Starbucks tidak boleh disamakan dengan KFC dan Pizza Hut. Ini kerana McDonalds, Coca-cola dan Starbucks telah terbukti melalui dokumen sahih terlibat menyokong, menyumbang dan bersimpati dengan negara zionis Israel.

Syarikat Sara Lee pula yang mengedarkan produk Brylcreem, Ambipur, Ridsect dan Kiwi juga terbukti menyokong Israel seperti tertera di dalam website mereka. Website Boycott Israel, www.inminds. co.uk banyak memberikan bukti rujukan penglibatan pelbagai syarikat lain dengan Israel. Misalnya Nestle yang melabur di Israel, lihat ni (http://www.flex- news-food. com/ console/PageViewer. aspx?page= 21216&str=Israel%20Nestle )

Tidak semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan anugerah atau pengiktirafan seperti dibuktikan oleh website Boycott Israel, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan mereka?

Syarikat-syarikat ini jelas mesti diboikot. Kita mesti merasa tidak berselera, tidak selesa bermuamalah membeli produk syarikat tersebut, seperti kata Sheikh Yusuf Qardhawi, “Setiap riyal, dirham...dsbnya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin“.

Bagi syarikat Amerika lain, contohnya KFC & Pizza Hut, kita tidak mempunyai bukti kukuh bahawa mereka menyokong atau bersimpati dengan pendudukan haram Israel di bumi Palestin, keperluan boikotnya tidaklah seberat syarikat-syarikat di atas. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka adalah syarikat dan icon/simbol kebudayaan Amerika yang kerajaannya merupakan penyokong kuat Israel, maka menurut Dr. Monzer Kahf, “They are American cultural symbols that are included in the declaration of boycott more than anything else. (Islam online).

Perlu juga dijelaskan bahawa samada boikot mungkin berkesan atau tidak memberi kesan kepada syarikat berkenaan adalah soal kedua; yakni kita tidak perlu bertanya” kenapa kita perlu boikot jika ianya tidak berkesan?”.

Yang penting, boikot ini ialah untuk kita sendiri. Kita mahukan dhamir (conscience) kita tenteram bahawa kita tidak langsung memberi saham kepada penjajahan bumi Palestin, tidak memberi sumbangan kepada titisan darah dan airmata anak-anak Palestin, tidak redha bersekongkol dengan usaha memusnahkan Masjidil-Aqsa, walaupun peratusnya hanya 0.001% dari wang yang kita belanjakan!

Kesimpulan, cadangan keutamaan kempen:

Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola
Priority 2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel (maknanya mengiktiraf pendudukan haram Israel di tanah-air kita): Nestle, Nokia,
Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lain

Banyak alternatif lain bagi barangan, produk dan servis yang disediakan.

Allahu a'lam.

sumber : http://omar600. webs.com

utaraonline

Thursday 31 July 2014

KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR



Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”

Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”

Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

Islamituindah

Thursday 17 July 2014

MATI BERJIHAD,RAJIN SEDEKAH DAN BACA AL-QURAN TAPI MASUK NERAKA


Abu Hurairah meriwayatkan, ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Manusia pertama yang diadili pada hari Kiamat nanti adalah orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid didatangkan di hadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.

Allah bertanya, "Apa yang telah anda lakukan di dunia?" Dia menjawab, "Aku berperang demi membela agamamu." Allah berkata, "Kamu bohong.Kamu berperang supaya orang-orang menyebutmu Sang Pemberani." Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan mahkamah-NYa. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Seorang penuntut ilmu yang mengamalkan ilmunya dan rajin membaca al-Quran didatangkan di hadapan Allah. Lalu ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya. Allah bertanya, "Apa yang telah anda lakukan di dunia?" Dia menjawab, "Aku menuntut ilmu, mengamalkannnya, dan aku membaca al-Quran demi mencari ridhamu."

Allah berkata, "Kamu bohong. Kamu mencari ilmu supaya orang lain menyebutmu orang alim, dan kamu membaca al-Quran supaya orang lain menyebutmu orang yang rajin membaca al-Quran. "Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan mahkamah-NYa. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Selanjutnya, seorang yang memiliki kekayaan berlimpah dan terkenal kerana kedermawanannya, didatang di hadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.

Allah bertanya, "Apa yang telah anda lakukan di dunia?" Dia menjawab, "Semua harta kekayaan yang aku punya tidak aku sukai, kecuali aku sedekah kerana-Mu." Allah berkata, "Kamu bohong. Kamu melakukan itu semua agar orang-orang menyebutmu orang dermawan dan murah hati. "Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan mahkamah-NYa. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Abu Hurairah berkata, "Kemudian Rasulullah menepuk pahaku sambil berkata," Wahai Abu Hurairah, mereka adalag manusia pertama yang merasakan panasnya api neraka Jahannam di Hari Kiamat nanti. "(HR. Muslim)

Berlatih Ikhlas

Dari hadis riwayat Muslim di atas, maka keikhlasan dalam beramal menjadi hal yang sangat penting. Betapa pun seorang hamba mati di medan jihad, berilmu dan membaca al-Quran, bahkan dikenali kerana kedermawanannya, tapi jika tidak disertai dengan keikhlasan, maka menjadi sia-sialah amalnya.

Ternyata kata ikhlas, bukan kerana bibir ini berucap ikhlas. Atau bahkan tidak berucapkan ikhlas. Boleh jadi, tanpa kita sedari, keikhlasan kita bercampur dengan riya 'dan ingin menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang berani, yang berilmu, dan dermawan.

Orang bijak berkata, "Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya, seperti dia menyembunyikan keburukannya. Keikhlasan niat dalam amalmu lebih bermakna daripada amal itu sendiri. "

Ma'ruf al-Karkhi sampai memukul dirinya sendiri sambil berkata, "Wahai jiwa, ikhlaslah! Maka kamu akan bahagia. "

Yahya bin Mu'adz berkata, "Ikhlas adalah memisahkan amal dari cacat seperti terpisahnya susu dari kotoran dan darah."

Yusuf bin Husain berkata, "Sesuatu yang paling mulia di dunia ini adalah ikhlas. Berapa besar kesungguhanku untuk mengeluarkan pamer dari dalam hati, namun sepertinya ia menetap di hati dalam bentuk yang lain. "

Setiap kali Ayyub as-Sakhtiyani berbicara, ia mengusap wajahnya sambil berkata, "Aku diserang demam." Padahal ia takut pamer dan ujub. Dia takut kalau orang-orang berkata tentang dirinya seperti ini. Dia menangis kerana takut pada Allah.

Seorang ulama mengatakan, "Jika Allah tidak suka kepada seseorang, maka Allah memberinya tiga hal da menghalangnya daripada tiga perkara. Pertama, Allah memberi dia teman yang soleh, namun dirinya tidak menjadi orang soleh. Kedua, Allah memberi dia amal soleh, namun dia tidak ikhlas menjalankannya. Ketiga, Allah memberi dia hikmah, namun dia tidak mempercayainya. "

Hakikat Riya

Riya 'itu berasal dari kata ru'yah (melihat), sedanghkan sum'ah (kemasyhuran) berasal dari kata Samaa' (mendengar). Riya 'adalah ingin dilihat orang-orang supaya mendapat kedudukan. Riya 'itu tersamar seperti jalannya semut. Termasuk riya ', iaitu orang yang berpura-pura zuhud, berjalan memaksa diri untuk bersikap tenang dan bersikap lemah-lembut.

Dalam ringkasan Ihya Ulumuddin, Imam al Ghazali menegaskan, riya itu haram dan pelakunya dibenci oleh Allah SWT. Hal itu ditunjukkan dalam QS. Al-Ma'un: 4 - 6: "Maka, celakalah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Orang-orang yang berbuat riya. "

Seorang sahabat Nabi saw bertanya, "Ya Rasulullah, dengan apa kita selamat?" Rasulullah menjawab, "Bila manusia tidak mengamalkan ketaatan kepada Allah swt demi mengharap pujian orang-orang."

Nabi Saw bersabda, "Sesungguhnya yang paling ditakutkan atas kamu adalah syirik kecil." Sahabat bertanya, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab, "Riya."

Lalu Allah swt berkata di Hari Kiamat ketika membalas manusia-manusia di atas amal-amal mereka: "Pergilah (kamu) kepada orang-orang dulu kamu berbuat riya atas mereka di dunia. Lihatlah apakah kamu mendapat balasan dari mereka? "

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda, "Berlindunglah kamu dengan Allah dari jubbul huzun (lembah duka). Sahabat bertanya, "Apa itu ya Rasulullah? 'Nabi Muhammad saw menjawab," Sebuah lembah di neraka Jahannam yang disediakan bagi para pembaca Al-Quran yang berbuat riya. "


detikislam


Thursday 3 July 2014

9 NAMA IBLIS YANG SELALU MENGEKORI KITA





Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun

Duduk di pasar / kedai Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, klub malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah

Merusakkan dan melalaikan allah dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour .


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari


Thursday 12 June 2014

Fadhilat Bulan Sya’ban – Hadis Sahih, Dhaif & Palsu. Malam Nisfu Sya’ban & Tukar Buku Rekod


Hadis-Hadis yang menyebut tentang Fadhilat Sya’ban.
بسم الله الرحمن الرحيم
Himpunan Maqalah Mengenai Sya’ban
KELEBIHAN SYA’BAN:
Antara Amalan & Fadhilat Yang Sahih dan Palsu.

Bulan Sya’ban merupakan bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa padanya.
Bulan Sya’ban terdapat beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya, untuk menjelaskannya risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.
Terdapat hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.
Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Maka jawapannya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:
“Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:
“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Sya’ban?”
Baginda bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya yaitu antara Rajab dan Ramadhan. Yaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa.” [Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221].
Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadis, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.
Dengan itu apa-apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah:
إنَّ كذبًا عليَّ ليس ككذِبٍ على أَحَدٍ،
من كذبَ عليَّ متعمدًا فليتبوَّأْ مقعدَهُ من النارِ. (رواه البخاري)
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim).
Ini termasuk menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.
Hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” [lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut].
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Contohnya, apabila muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi s.a.w (kesemuanya adalah PALSU).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w”.
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. [Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut].
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).
Mereka hanya membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba memastikan kedudukan hadis tersebut.
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Sya’ban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w. [Sumber: http://drmaza.com/home/?p=646]
HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN
Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban.
HADIS PERTAMA:
Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:
“Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”
Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].
HADIS KEDUA:
Daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari. [Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu’”].
HADIS KETIGA:
“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi s.a.w. bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.
HADIS KEEMPAT:
“Sesiapa solat dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…”
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah.
Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).
Tukar Rekod Amalan:
Masyhur juga di kalangan masyarakat bahawa pada malam nisfu Sya’ban itu ditentukan (taqdir) apa yang akan terjadi tahun itu.
Ini adalah khabar yang batil. Malam penentuan takdir kejadian selama setahun itu ialah pada malam (Lailatul Qadar).
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
{Ha mim. Demi Kitab (al Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.} [Ad-Dukhan:1-4)
Malam diturunkannya al-Qur’an adalah malam Lailatul Qadar. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:
{Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.} [Al-Qadr:1].
Iaitu pada bulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala menurunkan al-Qur’an pada bulan itu.
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
{Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an.} [Al-Baqarah/2:185].
Berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah:
“Sesiapa yang mengatakan bahawa malam nisfu Sya’ban adalah waktu Allah Ta’ala menentukan apa yang akan terjadi dalam tahun itu bererti dia telah menyalahi kandungan al-Qur’an.
أحاديث ضعيفة واردة في شهر شعبان. أبو عبدالله المصري
الحديث الأول: “كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يصوم ثلاثة أيام من كل شهر فربما أخرَّ ذلك حتى يجتمعَ عليه صوم السنة فيصوم شعبان”.
وهذا الحديث ضعيف أخرجه الطبراني في الأوسط عن عائشة -رضي الله عنها-، قال الحافظ في الفتح: فيه ابن أبي ليلى ضعيف.
الحديث الثاني: “كان إذا دخل رجب، قال: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان”.
والحديث رواه البزار،والطبراني في الأوسط، والبيهقي في فضائل الأوقات، عن أنس -رضي الله عنه-، وقد ضعفه الحافظ في تبين العجب، وقال: فيه زائدة بن أبي الرُّقَاد، قال فيه أبو حاتم يحدث عن زياد النُّمَيْرِي، عن أنس بأحاديث مرفوعة منكرة، فلا يُدرى منه أو من زياد، وقال فيه البخاري: منكر الحديث، وقال النسائي في السنن لا أدري من هو، وقال ابن حبان لا يُحتج بخبره.
الحديث الثالث: عن أبي هريرة-رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لم يصم بعد رمضان إلا رجب وشعبان.
وقد حكم عليه الحافظ ابن حجر-رحمه الله-في تبين العجب بالنكارة من أجل يوسف بن عطية، فإنه ضعيف جدا.
الحديث الرابع: رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي.
وهذا الحديث باطل موضوع، قال فيه الحافظ -رحمه الله- في تبين العجب رواه أبو بكر النقاش المفسر، وسنده مركب، ولا يعرف لعلقمة سماع من أبي سعيد، والكسائي المذكور في السند لا يُدرى من هو، والعهدة في هذا الإسناد على النقاش، وأبو بكر النقاش ضعيف متروك الحديث قاله الذهبي في الميزان.
قلت وقد جاء هذا اللفظ ضمن حديث طويل في فضل رجب، وفي حديث صلاة الرغائب حكم عليهما الحافظ-رحمه الله- بالوضع في تبين العجب، وجاء من طريق آخر بلفظ: (شعبان شهري، ورمضان شهر الله) عند الديلمي في مسند الفردوس عن عائشة -رضي الله عنها-، وفيه الحسن بن يحي الخشني، قال الذهبي تركه الدارقطني، وقد ضعف الحديث السيوطي والألباني-رحم الله الجميع-.
الحديث الخامس: خيرة الله من الشهور، وهو شهر الله، من عظم شهر رجب، فقد عظم أمر الله، أدخله جنات النعيم، وأوجب له رضوانه الأكبر، وشعبان شهري، فمن عظم شهر شعبان فقد عظم أمري، ومن عظم أمري كنت له فرطا وذخرا يوم القيامة، وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته ولم ينتهكه وصام نهاره وقام ليله وحفظ جوارحه خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطالبه الله تعالى به.
حكم الحافظ -رحمه الله- في تبين العجب بالوضع، وقال: قال البيهقي: هذا حديث منكر بمرة، قلت (أي الحافظ-رحمه الله-): بل هو موضوع ظاهر الوضع، بل هو من وضع نوح الجامع وهو أبو عصمة الدين، قال عنه ابن المبارك لما ذكره لوكيع: عندنا شيخ يقال له أبو عصمة، كان يضع الحديث، وهو الذي كانوا يقولون فيه: نوح الجامع جمع كل شئ إلا الصدق وقال الخليلي: أجمعوا على ضعفه.
الحديث السادس: فضل رجب على سائر الشهور كفضل القرآن على سائر الأذكار، وفضل شعبان على سائر الشهور كفضل محمد على سائر الأنبياء، وفضل رمضان على سائر الشهور كفضل الله على عباده.
وحكم الحافظ -رحمه الله- على الحديث بالوضع،وقال: السقطي هو الآفة، وكان مشهورا بوضع الحديث، وتركيب الأسانيد.
الحديث السابع: تدرون لم سمي شعبان؛ لأنه يُتَشَعَّبُ فيه لرمضان خير كثير، وإنما سمي رمضان؛ لأنه يرمض الذنوب أي يذيبها من الحر.
حكم السيوطي-رحمه الله- على هذا الحديث بالوضع، والحديث رواه أبو الشيخ من حديث أنس، وفيه زياد بن ميمون وقد اعترف بالكذب.
الحديث الثامن: أفضل الصوم بعد رمضان شعبان لتعظيم رمضان، وأفضل الصدقة صدقة في رمضان.
والحديث رواه الترمذي والبيهقي في الشعب، عن أنس-رضي الله عنه-، وقال الترمذي: غريب، وضعفه السيوطي والألباني-رحم الله الجميع- والحديث فيه صدقة بن موسى، قال الذهبي في المهذب صدقة ضعفوه، ويزاد على هذا أن في متنه نكارة؛ لمخالفته ما جاء في صحيح مسلم وغيره من حديث أبي هريرة-رضي الله عنه- مرفوعا :“أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم………الحديث”.
الحديث التاسع: عن عائشة، قالت: كان رسول الله-صلى الله عليه وسلم- يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم، وكان أكثر صيامه في شعبان، فقلت يا رسول الله: مالي أرى أكثر صيامك في شعبان، فقال: يا عائشة إنه شهر ينسخ لملك الموت من يقبض، فأحب أن لا ينسخ اسمي إلا وأنا صائم.
قال ابن أبي حاتم في علل الحديث: سألت أبي عن حديث…………. (وذكر الحديث) قال أبي: هذا حديث منكر.
قلت وأول الحديث ( كان…..إلى…لا يصوم) قد جاء في الصحيحين من حديث أم المؤمنين عائشة -رضي الله عنها-، وقولها -رضي الله عنها- (وكان أكثر صيامه في شعبان) جاء بمعناه في هذا الحديث، ويقصد أبو حاتم-رحمه الله- بالنكارة الجزء الأخير من الحديث (فقلت…إلى آخره).
هذا وأسأل الله أن ينفعني وإياك، وأن يجعل أعمالنا كلها في ميزان حسناتنا، إن الله على كل شئ قدير.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد و على آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
شهر شعبان – د. مهران ماهر عثمان
ما صح وما لم يصح في شعبان – ماجد إسلام البنكاني
Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD. 4 Sya’ban 1434H – 13 Jun 2013.