Ada pihak yang kurang senang apabila mantan Peguamcara Negara II (SG II) Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden bertindak menyertai pasukan pembelaan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman.
Mereka mempersoal kewibawaan dan keprofesionalan Yusof yang pernah bertindak selaku ketua pendakwa apabila Anwar menghadapi tuduhan liwat, untuk kini bertindak membela Anwar. Kepada mereka, Yusof tidak boleh bertindak sedemikian malah ada pula yang mempersalahkan Yusof atas kegagalan untuk mensabitkan Ketua Pembangkang itu.
Antara yang mempersoal kewibawaan Yusof ialah Ahli Parlimen (MP) Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad yang juga Pengerusi UDA, MP Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman (pengerusi FELCRA), mantan MB Selangor Dr Mohd Khir Toyo dan ketua MCA Kuantan yang juga seorang peguam Datuk Ti Lian Ker.
Mereka turut menuduh tindakan Yusof sebagai tidak profesional dan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pembebasan Anwar daripada kes liwat.
Mereka turut menuduh tindakan Yusof sebagai tidak profesional dan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pembebasan Anwar daripada kes liwat.
Bagaimanapun, tindakan Yusof itu disifatkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertangungjawab ke atas hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai sesuatu yang tidak salah kerana Yusof bebas untuk mewakili sesiapapun yang dia pilih. Tiada sekatan ke atasnya slaku seorang peguam. Nazri yakin Yusof akan bertindak secara profesional.
Yusof adalah seorang pengamal undang-undang yang profesional. Semasa bertugas dan diamanahkan di Jabatan Peguam Negara, dia menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sikap profesionalismenya itu diakui oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang percaya Yusof akan bertindak profesional selaku peguam bela.

Oleh itu, orang ramai terutama ahli-ahli politik UMNO atau Barisan Nasional tidak seharusnya mempertikai dan mempersoal tindakan Yusof untuk menyertai pasukan pembelaan Anwar kerana itu haknya selaku peguam.
Yusof bukanlah orang pertama dari Jabatan Peguam Negara yang sama ada bersara wajib atau bersara pilihan ataupun meletak jawatan untuk membuka firma guaman sendiri atau menyertai tetuan sedia ada sebagai rakan kongsi.
Antara mantan Timbalan Pendakwa Raya atau DPP yang kini cukup terkenal sebagai seorang peguam bela "orang kenamaan" dan tokoh politik atau korporat ialah Datuk Shafee Abdullah yang memiliki firma guaman sendiri dan hidup senang-lenang.
Seorang lagi ialah mantan DPP Sallehudin Saidin yang memohon untuk bersara awal bersama-sama Yusof dan kini memiliki firma guamannya sendiri. Permohonan Sallehudin dilulus oleh Peguam Negara tetapi permohonan Yusuf ditolak. Yusuf kemudian dilantik sebagai SG II sehinggalah dia bersara awal tahun ini.
Kenyataan Nazri dan Gani memadai untuk menangkis sebarang tuduhan atau andaian terhadap Yusof yang berhijrah daripada seorang pendakwa kepada seorang peguam bela. Kepada mereka yang mengenali Yusof, mereka tahu sikap profesionalisme yang dipegang olehnya.