Sunday, 9 February 2014

DICABUL SELEPAS 2 HARI BERKENALAN

Gambar Hiasan

TUMPAT - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul kekasihnya yang baru dikenali dua hari.

Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim, telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan.

Semasa berada di dalam rumah tersebut, pelajar terbabit memberitahu dia melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

Kejadian hitam yang menimpa pelajar terbabit terbongkar apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapanya dan satu laporan polis dibuat.

Pelajar terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan,” katanya.

SH


PENGGUNA LAMAN SOSIAL JUGA TAWAR GANJARAN AJAR ZAHID

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.

Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.

Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.

'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.

Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik.

MK