Sunday, 16 February 2014

GADIS 17 TAHUN DIROGOL LEBIH 5 LELAKI


TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.

Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.

“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.

"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.

“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.

“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri," katanya.

Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.

Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.

“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


SH



Saturday, 15 February 2014

LAWAK AHAD: KACANG


Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah teksi mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.

Makcik : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?

Pemandu Teksi : Boleh juga Makcik.

Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.

Pemandu teksi: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram....

Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.

Makcik: Dik, kamu nak lagi?

Pemandu teksi: Buleh juga..

Sambil menghulurkan tangan menadah..lagu dimasukkan kedalam mulut.

Pemandu teksi: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?

Makcik: Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !

Pemandu teksi: Phuiiiiiii!!!