Tuesday, 18 February 2014

NAJIB HARUS LETAK JAWATAN

Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.
Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.

"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.

Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.

Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita.

Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak yang dibuatnya dengan komuniti India.

"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami, akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.

Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan pakaian oren.

Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan."


TMI



USTAZ LIDAH BERCABANG?

Dulu Kata Haram Undi PR Wajib Undi UMNO. Sekarang Puji PAS Ada Roh Dan Ciri-Ciri Kepimpinan Islam




Satu masa sahulu sebelum PRU13 di TV3 heboh persatuan Ulama-Ulama Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawasanya haram undi PR/PAS kerana berkerjasama dengan DAP. Punyalah hina pemimpin PAS mengatakan PAS kuda tunggangan DAP.

Inilah contoh Ustaz Umno yang cakap suka berbelit-belit. Lain pula kenyataannya selepas PRU13, dia menyarankan kerusi MB Selangor buat PAS kerana menurut beliau PAS ada ciri-ciri kepimpinan Islam, selain sikap keterbukaan serta mesra rakyat. 

Kalau niat puji PAS serta menyarankan PAS patut jadi MB Selangor hanya untuk DAP,PKR dan PAS bertelagah di Selangor baik tak payah. Kenal sangat orang-orang yang dibayar oleh UMNO, kalau tidak memecahbelahkan orang memang tidak sah. 

tikaqbuloh