Saturday, 1 March 2014

LAWAK AHAD: CUCOQ UDANG



Seorang suami yang kelaparan pulang ke rumah setelah penat bekerja, lalu isterinya menghidangkan cucur udang yang digorengnya panas-panas di meja makan.

Suami yang kelaparan tadi terus menjamah cucur udang dengan gelojoh. Tiba-tiba air muka si suami berubah, lantas memarahi isterinya: "MCM MANA KAMU NAK JADI ISTERI YG BAIK!!! GORENG CUCUR UDANG, TAPI SEEKOR UDANG PUN TAKDE!!!

Isterinya dengan selamba menjawab: Selama ni abang makan cucur BADAK, dah berapa ekor BADAK yang pernah abang telan??..

Si suami terdiam dan sambung makan,,,

LAWAK AHAD: CIKGU UMNO




Seorang guru bertanya pada murid-murid kelasnya. Siapa yang menyokong UMNO seperti cikgu sila angkat tangan.

Semua murid mengangkat tangan mengikut cikgu mereka dengan harapan mudah mendapat perhatian dari cikgu mereka nanti kecuali Ammar.

Cikgu itu bertanya kepada Ammar kenapa awak tak sama dengan rakan sekelas awak?

Ammar menjawab sebab beliau memang tak sokong UMNO.

Cikgu tanya lagi kenapa awak tak sokong UMNO?

Ammar jawab saya sokong PAS.

Cikgu tanya lagi kenapa awak sokong PAS?

Ammar jawab sebab ummi saya orang PAS dan abah saya pun orang PAS, maka jadilah saya orang PAS.

Sakit hati dgn jawapan Ammar, lantas cikgu itu bertanya lagi kalau ummi awak orang bodoh dan abah awak orang bangang, maka awak akan jadi apa?

Dengan tersenyum lebar dan yaqin Ammar menjawab maka tentu saya jadi penyokong UMNO.



IKLAN TEKS RM10 DI SINI