Thursday, 13 March 2014

KOD TANGO BERMAKSUD RAMPASAN PESAWAT



SHAH ALAM - Seseorang juruterbang hanya akan mengaktifkan kod rahsia 'tango' atau 'charlie' apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara.

Ia disahkan juruterbang berpengalaman mengenai isyarat tango yang didakwa diaktifkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Shah setelah pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan selepas 40 minit di udara.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengaktifan kod tersebut untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) bahawa pesawat yang dikendalikan dalam masalah dan unit kawalan akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi tango atau charlie adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan," katanya.

Ditanya sama ada isyarat itu dikeluarkan menerusi komunikasi juruterbang dengan menara kawalan atau menerusi butang khas, beliau enggan mendedahkan mekanisme itu kerana maklumat itu sulit.

Katanya, NATCC akan memantau dan beritahu pihak keselamatan selain menghubungi juruterbang untuk arahan seterusnya.

"Hanya dua perkataan itu digunakan sebagai isyarat. Ini perkara serius. Jika benar juruterbang telah mengaktifkan isyarat itu, pasti bukan main-main.

"Dua perkataan itu dikhaskan untuk kes-kes rampasan. Isyarat sama juga digunakan pusat kawalan yang akan menghubungi juruterbang jika berlaku kes seumpama itu," katanya.

Berkaitan kes kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima semalam, pelbagai spekulasi ditimbulkan termasuk Kapten Zaharie, juruterbang pesawat itu dikatakan menghidupkan isyarat tango bagi memaklumkan menara kawalan bahawa penerbangannya dalam situasi cemas.

Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai empat aspek tumpuan pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat itu, iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi.
Polis juga tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan ke atas pesawat itu membabitkan perancangan rapi dan berkumpulan.

SH


SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)

Wednesday, 12 March 2014

IMEJ SEAKAN PESAWAT DIKESAN MELALUI LAMAN TOMNOD

KUALA LUMPUR: Pengurus Teknologi Maklumat asal Amerika Syarikat, Mike Seberger mendakwa telah dapat mengesan imej pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi, lapor Daily Mirror, semalam.  
Sebagai salah seorang yang terkesan dengan kehilangan misteri penerbangan MH370 itu, beliau cuba menjejaki kapal terbang yang hilang itu  dengan melayari internet.
Mike yakin telah berjaya mengesan kapal terbang yang hilang melalui gambar satelit beresolusi tinggi yang diambil dari permukaan laut di lokasi di mana kapal terbang itu dilaporkan hilang.  
Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China Selatan.
Sebanyak 42 buah kapal laut dan 39 kapal terbang daripada 12 buah negara menyertai usaha mencari dan menyelamat kapal terbang boeing 777-200ER yang hilang dengan 239 penumpang.
Setelah 5 hari, usaha mencari dan menyelamat belum lagi membuah hasil.
Jika apa yang dijumpai Mike adalah tepat, ia satu kejayaan awal dalam merungkai misteri  yang menakjubkan pakar dunia penerbangan.
Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, mengesan objek misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan  meliputi keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan hilang.   
Berita lanjut layari www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-manager-3235818#ixzz2vnHJBHAP

HD