Thursday, 20 March 2014

PERBUALAN MENYAYAT HATI JURURAWAT DAN PESAKIT



Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"      
  
Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"  
 
Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.               → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.
 
          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.  
          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."     
    
Pesakit: "Hm. Apa dia?"      
Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.  
          →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti... 
          →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...  
         →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."       
  
Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "    
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.     
✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?          
◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. 

Wednesday, 19 March 2014

AUSTRALIA DAKWA JUMPA SERPIHAN MH370

Imej 24 meter tenggelam timbul di permukaan air, mungkin serpihan pesawat, kata Australia



Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.

Autralia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.

Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.

Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.

Menurut kenyataan AMSA, imej itu diambil oleh satelit dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan MH370.

Penilaian terhadap imej ini yang dibuat oleh Geospatial-Intelligence Organisation Australia yang memberikan indikasi ia mungkin serpihan pesawat MH370 kerana ia termasuk dalam kawasan carian yang menjadi fokus kepada pasukan pencari dan penyelamat.

Imej ini diambil dari dalam kawasan pencarian yang ditetapkan dua hari lalu.

Australia mengetuai carian di bahagian selatan koridor selatan, dengan bantuan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kru pasukan Royal Australian Air Force AP-3C Orion dalam rondaan pesawat mengesan permukaan laut barat Semenanjung Malaysia dalam gambar bertarikh 17 Mac ini. Objek yang dijumpai satelit Australia hari ini kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini. – Gambar Reuters, 20 Mac, 2014.

Kru pasukan Royal Australian Air Force AP-3C Orion dalam rondaan pesawat mengesan permukaan laut barat Semenanjung Malaysia dalam gambar bertarikh 17 Mac ini. Objek yang dijumpai satelit Australia hari ini kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini. – Gambar Reuters, 20 Mac, 2014.
Kawasan pencarian semakin kecil berdasarkan data pengesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi ia masih meliputi kawasan seluas 600,000 km persegi, kira-kira saiz Sepanyol dan Belanda.

Pencarian Boeing 777-200ER sebelum ini memberi tumpuan kepada dua koridor; satu menuju ke utara melalui darat dari Laos ke arah Laut Caspian, dan kedua ke arah selatan, di seluruh Lautan Hindi dari barat pulau Sumatera Indonesia di barat Australia.

"Andaian sekarang ialah ia pergi ke arah selatan, dan ke hujung koridor selatan itu," kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada Reuters.

Pandangan itu adalah berdasarkan ketiadaan tanda daripada negara di sepanjang koridor utara bah

TMI