Monday, 31 March 2014

SUAMI KANTOI DENGAN WANITA LAIN DI DALAM BAS



Seorang suami berhadapan dengan situasi yang amat memalukan apabila beliau dicekup oleh isterinya sendiri ketika menaiki bas bersama kekasih gelapnya. Video yang dirakam oleh salah seorang penumpang dalam bas tersebut menyaksikan adegan perang mulut antara wanita berkenaan yang memarahi suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih gelap lelaki berkenaan.
Si suami hanya mendiamkan diri dan sekali sekala bersuara meminta isterinya supaya bertenang. Rakaman tamat setelah bas berhenti dan pasangan tersebut dan isterinya turun. Kejadian dipercayai berlaku di Singapura

Saksikan video di bawah:





Sunday, 30 March 2014

MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI RAHSIA



SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

SH