Tuesday, 8 April 2014

APA KATA DBKL TENTANG TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY





Topless Friday: Tiada permohonan kepada DBKL

KUALA LUMPUR: Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti ‘Topless Friday Beach Party' akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, di sini pada 11 April (Jumaat).

Demikian dinyatakan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Menurut kenyataan itu, semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak DBKL.

“Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.

Justeru, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.

HD

Monday, 7 April 2014

GAMBAR PEMANDU TRELER DIREMPUH KETIKA MENURUNKAN KENDERAAN




Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.


Bandar Baru Uda, Johor Bahru - Seorang pemandu treler Perodua yang membawa muatan kereta baru maut dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan Perodua Alza.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi, mangsa pada ketika itu sedang membuka tali nak mengeluarkan kereta Perodua Myvi dari treler yang dipandunya dirempuh dengan kuat oleh kereta Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki muda cina yang dipercayai memandu sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Mangsa maut serta merta di tempat kejadian. Pemandu Perodua Alza didapati cuba melarikan diri setelah kejadian tersebut, namun gagal apabila tayar kereta yang dipandunya itu tersangkut pada besi bahagian belakang treler.

Setelah percubaan demi percubaan, pemandu kereta tersebut akhirnya berlari keluar dari keretanya dan lari ke Bank Islam berdekatan dan dikejar oleh orang awam.

Lelaki itu berjaya ditangkap tetapi dia mengaku tidak bersalah dengan alasan dia sedang berjoging dan dia tiada kena mengena dengan kejadian itu katanya.







Pemandu Kereta Perodua Alza berbaju ungu


Al-Fatihah...


Sumber- My Media Hub | kredit foto Daily Traffic Report

tengoktvonline