Wednesday, 9 April 2014

PERISIKAN RUSIA DEDAH LOKASI MH370

Perisikan Russia Dedah Lokasi Sebenar MH370, Bukan Di Lautan Hindi


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.


Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan 
Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup,
mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah
dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan 
MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan 
Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu
sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki
pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang
dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan
Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari
Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat
milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan
Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya
ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia
mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan
kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat
terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. ~mynewshub/addin


idahsalam


Tuesday, 8 April 2014

APA KATA DBKL TENTANG TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY





Topless Friday: Tiada permohonan kepada DBKL

KUALA LUMPUR: Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti ‘Topless Friday Beach Party' akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, di sini pada 11 April (Jumaat).

Demikian dinyatakan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Menurut kenyataan itu, semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak DBKL.

“Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.

Justeru, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.

HD