Thursday, 10 April 2014

KENAPA SUSAH MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH?



Kata seorang teman, susah nak cari isteri yang solehah zaman sekarang.

Ditanya kenapa?

Dia pun menjawab dengan berkata ;

'Mak bapak zaman sekarang ini menghantar anak perempuan mereka pergi belajar tinggi-tinggi untuk jadi doktor, lawyer, jurutera, ustazah dan balik bekerja untuk balas budi mak bapak.'

Tetapi tak ada pula yang menghantar anak perempuan mereka untuk menjadi isteri solehah.

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata,

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' (Riwayat Ahmad dan al-Nasaie)

Kata Nabi Salallahualaihiwassalam, wanita yang paling baik ialah wanita yang menjadi isteri yang solehah bukan wanita yang menjadi doktor, ustazah, jurutera, lawyer dan pensyarah.

Tetapi ada mak bapa ajar hal ini? Mana ada bahkan jarang sekali kerana tak menguntungkan duniawi!

Anak jadi isteri solehah mak bapa tak dapat merasai nikmat kesenangan dunia, tetapi jadi doktor dan bergaji tinggi mak bapa sakit demam boleh masuk hospital swasta dapat layanan istimewa.

Pesanan suruh menjadi isteri yang solehah pun jarang dan boleh dibilang. Yang kerap ialah suruh belajar cemerlang dan balik balas budi mak bapak atau bekerja besar dan hidup senang!

Mana ada yang ingat nak hantar anak perempuan untuk jadi isteri solehah, ibu mithali dan taat pada suami. Silap-silap disuruhnya derhaka kepada suami kerana untuk memenuhi kehendak diri.

Apa susah, kau tu belajar tinggi-tinggi dan bekerja ada gaji. Cari saja lelaki lain, itu ayat kegemaran ibubapa!

Lalu bagaimana tak binasa rumahtangga dan generasi akan datang? Institusi kekeluargaan Muslim hanya menjadi kenangan dan angan-angan.

# Komen saya; 'Harapan masih ada jika kaum lelaki ada ilmu dan tidak berputus asa untuk mendidik kaum muslimah.

Maksudnya muslimah kenalah cari lelaki yang berilmu untuk mendidiknya dan dia pun kenalah dengar cakap dan tidak keras kepala dengan suaminya.

Ini kerana Allah berfirman;

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allâh hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingat Allâh. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar :22]

Wanita perlu sanggup berubah, keluar dari zon selesa untuk mencari redha Allah. Tak pernah ada istilah terlambat kerana apa yang penting ialah pengakhiran bukan bagaimana ia bermula.

Kata Nabi salallahualaihiwassalam;

الأعمال بالخواتيم

'Sesungguhnya amalan itu adalah bergantung kepada pengakhirannya.' (Riwayat al-Bukhari)


# Harapan umat masa depan, hancur atau binasa kini ditangan anda!

ustaz


MEDIA RUSIA LAPOR NAMA PERAMPAS MH370



SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB,
sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa
sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.

Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.

Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.

Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan
dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak
bersalah dalam kejadian itu.

“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah
dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh
pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang
memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.


“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan
di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat
pendaratan yang agak kasar.

“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang
‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang
daripada mereka warga Jepun. Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.

Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat. Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman
bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi.

Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan
spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang
dikawal oleh militan Taliban.

“Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke
kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The
Independent. – MYNEWSHUB.MY

ibnuhasyim