Sunday, 20 April 2014

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRES



PEKAN: Sebuah lagi bas terbabit dalam kemalangan di Pahang dalam tempoh seminggu. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan bas ekspres di Lipis yang mengakibatkan dua kematian.
Semalam pula, sebuah bas ekspres kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Temerloh yang menyebabkan ramai mangsa cedera parah.
Hari ini, sebuah lagi bas terbabit dengan kemalangan dan kali ini ia berlaku di daerah Pekan pula.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi. Bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura dipercayai terbabas di kawasan Ladang Sungai Jernih, Paloh Hinai berhampiran simpang Felda Chini  dekat sini.
Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Seorang peelancong dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian terbaru ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian. PDO




Saturday, 19 April 2014

LAWAK AHAD: KENTUT



Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu,tiada terungkap dengan kata2.
Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Pendidikan Seni: Sangat abstrak, tetapi tiada nilai kesenian.
Guru Jasmani: Tenaga yg dilepaskan setanding dengan 10 org murid yg sedang berlari pecut.
Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang saudara.
Guru English: Better out than in.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betul ke masalahnya???