Wednesday, 23 April 2014

MISTERI KEHILANGAN USTAZAH AKHINYA TERJAWAB


Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.
“Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut.
Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.
“Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.
Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.
“Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.
Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri,” katanya.
Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.
“Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.
Share this article :


btmmari


Tuesday, 22 April 2014

PASANGAN PENUMPANG MH370 DAKWA TERIMA EMEL PELIK


Pasangan penumpang MH370 dakwa terima e-mel pelik daripada pegawai Fox



Sarah Bajc dan teman lelakinya, Philip Wood yang merupakan seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Gambar Facebook Sarah Bajc, 22 April, 2014.

Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya.

Sarah Bajc, pasangan kepada Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya.

Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang.

Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun.

Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas.

"Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang," katanya yang berusia 61 tahun.

Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox.

SMH turut melaporkan video YouTube empat minit menunjukkan suaminya bercakap dari hospital dengan mengalami kecederaan tulang belakang.

"Saya berhalusinasi berkenaan penumpang pesawat. Saya berhubungan dengan seorang gadis bernama Ree," katanya.

Tipton berkata, beliau akan meneruskan rancangannya melalui laman web kutipan dana, GoFundMe untuk memberikan bantuan kepada keluarga terjejas.

"Kami mahu mengumpul dana bagi keluarga, memberikan kelegaan kepada mereka. Jika tidak mereka mungkin ke mahkamah selamanya," katanya kepada Associated Press.

MH370 hilang sejak 46 hari lalu dipercayai lokasi terakhirnya di selatan Lautan Hindi.

Ia memaksa Bajc mempersoalkan kredibiliti syarikat satelit British Inmarsat, yang menyimpulkan pesawat tamat di Lautan Hindi.

Bajc berkata, bukti saintifik perlu diberikan sama ada melalui serpihak sebelum kerajaan mengisytiharkan pampasan dan sijil kematian. – 22 April, 2014.

TMI