Wednesday, 11 June 2014

JEMAAH UMRAH MAKAN BENANG KELAMBU KAABAH


MAKKAH – ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan baru-baru ini bahawa amalan beberapa jemaah umrah yang menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah untuk membawa keberkatan hidup mula menjadi ikutan.

Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pihak berkuasa Arab Saudi, mereka mendapati beberapa jemaah dari negara tertentu bertindak menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah) ketika menunaikan ibadah di sekeliling Kaabah.

Menurut pihaknya, jemaah umrah terbabit melakukan perbuatan tersebut kerana kecetekan ilmu agama dan fahaman salah yang disebarkan oleh pihak tertentu kepada golongan jemaah tersebut.

Pengarah kilang yang memproses dan membuat kiswah, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan tersebut berlaku setiap hari sehingga kelambu terbabit mengalami kerosakan teruk.

Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya terpaksa mengulang proses pembuatan kelambu bagi menggantikan kelambu Kaabah dari semasa ke semasa.

“Ianya satu perbuatan yang sia-sia, mereka cabut benang dengan menggunakan cincin atau gunting masing-masing dengan harapan ianya akan mendatangkan berkat atau nasib baik dalam hidup mereka, perbuatan mereka telah mencacatkan keadaan kelambu berkenaan.

“Mereka cetek ilmu pengetahuan, mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat,” katanya dalam kenyataan melalui Saudi Gazette.

Justeru, sebagai langkah penyelesaian, Bajoudah mewujudkan sebuah jabatan di kilangnya yang diberi tugas khas membaiki bahagian kiswah yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu.

“Saya berdoa kepada ALLAH SWT supaya menyedarkan mereka daripada kedangkalan ilmu mereka,” katanya lagi.


Sinarharian

AWAS!!! TAKTIK PENIPUAN TERBARU


Petang kemarin ketika keluaqkan duit dari Mesin ATM di TESCO extra selayang, ada satu brader Melayu. awai 50an. sawo matang. tinggi dlm 1.60 m. pakai smart. minta tolong pasai kad ATM dia telan dlm mesin ATM. Dia kata dia "cikgu" dari Syah Alam. Bini nak operate ptg ni kat HKL.

Simpati dgn dia aku cuba tolong la apa yg boleh. Dia minta no acc aku. nak suruh kawan dia sorang "USTAZ" bank in duit dlm acc aku. aku ambik no phone "cikgu" 0175334878 utk sent no acc aku .

Plan dia cukup menarik.. tengah2 dok cerita pasai masalah dia ni, tot2 call in dari bank katanya, aku tengok sendiri no yg call in tu start 03 . percaya la aku dari bank. no office. Dia suruh cut off ATM acc sebab kat dlm tu ada balance RM16K. fuyyooo .

lps tu ada call lain masuk kat hp dia yg lg 1. (Loaded juga "cikgu" ni ada 2 hand phone. ) USTAZ call lambat sikit nak transfer. suruh aku tunggu 1/2 jam.

"cikgu" ni merayu kat aku nak pakai duit dulu dlm 8 ratus sebelum USTAZ transfer RM1K kat acc aku.. kalau aku ada duit pun aku x bagi sebanyak tu,

dia tanya berapa aku boleh bagi dulu kat dia, sebab ada Staff dia stuck kat Cashier . pehhhhhh membelit nya cerita dia..

aku cakap kat "cikgu" tu, duit aku boleh bagi , tapi mai IC dia utk aku Snap gambaq guna hand phone ..

Dia cuba merayu , yang dia tak kan tipu ....tapi bila aku berkeras minta IC dia lari pi kot lain.

Tak mau ada org lain juga ditipu dgn CARA yang sama , pagi tadi aku pi Report Polis kat balai Batu caves, rupanya dah ghamai yang report terTIPU dgn teknik mcm "CikGu" ni....

DONIA OH DONIA!!!!

Nukilan Sahabat FB

Kedahlanie