Thursday, 7 August 2014

BOIKOT DALAM KONTEKS PERJUANGAN PALESTIN


Bagi saya kempen boikot barangan Amerika dan Israel adalah agenda penting dalam konteks roh perjuangan umat Islam di Palestin.

Jika boikot tidak penting, ulama tidak akan berbincang dan memberikan fatwa mengenainya. Contohnya, di Islam online terdapat 20 soalan dan jawapan daripada pelbagai ulama mengenai perlunya memboikot barangan Israel dan penyokong Israel.

Lihat http://www.islamonl ine.net/complete search/english/ CounsellorSearch Ack.asp?hSection =0&hKeyword=israel+ boycott&hChoice=2&hJoin=1

Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan memberikan fatwa beliau yang jelas dan tegas :

Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine . For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression.“
- 20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 (www.inminds. co.uk)

Di Islam Online tertera fatwa Dr. As-Sayed Nuh, Profesor di Universiti Kuwait:

“We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists.”

Pada pandangan saya, kita tidak boleh melonggokkan semua syarikat Amerika dalam satu kategori.

Ada syarikat Amerika yang tidak menyokong Israel dan ada juga syarikat bukan Amerika yang kuat dan terang-terangan menyokong Israel . Dalam konteks ini misalnya, McDonalds dan Starbucks tidak boleh disamakan dengan KFC dan Pizza Hut. Ini kerana McDonalds, Coca-cola dan Starbucks telah terbukti melalui dokumen sahih terlibat menyokong, menyumbang dan bersimpati dengan negara zionis Israel.

Syarikat Sara Lee pula yang mengedarkan produk Brylcreem, Ambipur, Ridsect dan Kiwi juga terbukti menyokong Israel seperti tertera di dalam website mereka. Website Boycott Israel, www.inminds. co.uk banyak memberikan bukti rujukan penglibatan pelbagai syarikat lain dengan Israel. Misalnya Nestle yang melabur di Israel, lihat ni (http://www.flex- news-food. com/ console/PageViewer. aspx?page= 21216&str=Israel%20Nestle )

Tidak semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan anugerah atau pengiktirafan seperti dibuktikan oleh website Boycott Israel, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan mereka?

Syarikat-syarikat ini jelas mesti diboikot. Kita mesti merasa tidak berselera, tidak selesa bermuamalah membeli produk syarikat tersebut, seperti kata Sheikh Yusuf Qardhawi, “Setiap riyal, dirham...dsbnya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin“.

Bagi syarikat Amerika lain, contohnya KFC & Pizza Hut, kita tidak mempunyai bukti kukuh bahawa mereka menyokong atau bersimpati dengan pendudukan haram Israel di bumi Palestin, keperluan boikotnya tidaklah seberat syarikat-syarikat di atas. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka adalah syarikat dan icon/simbol kebudayaan Amerika yang kerajaannya merupakan penyokong kuat Israel, maka menurut Dr. Monzer Kahf, “They are American cultural symbols that are included in the declaration of boycott more than anything else. (Islam online).

Perlu juga dijelaskan bahawa samada boikot mungkin berkesan atau tidak memberi kesan kepada syarikat berkenaan adalah soal kedua; yakni kita tidak perlu bertanya” kenapa kita perlu boikot jika ianya tidak berkesan?”.

Yang penting, boikot ini ialah untuk kita sendiri. Kita mahukan dhamir (conscience) kita tenteram bahawa kita tidak langsung memberi saham kepada penjajahan bumi Palestin, tidak memberi sumbangan kepada titisan darah dan airmata anak-anak Palestin, tidak redha bersekongkol dengan usaha memusnahkan Masjidil-Aqsa, walaupun peratusnya hanya 0.001% dari wang yang kita belanjakan!

Kesimpulan, cadangan keutamaan kempen:

Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola
Priority 2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel (maknanya mengiktiraf pendudukan haram Israel di tanah-air kita): Nestle, Nokia,
Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lain

Banyak alternatif lain bagi barangan, produk dan servis yang disediakan.

Allahu a'lam.

sumber : http://omar600. webs.com

utaraonline

Wednesday, 6 August 2014

McD DAH GOYANG KE?

Sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan McD


7/8/14:
Semalam, Pengerusi Aqsa Syarif Bhd, Prof Madya Hafidzi Mohd Nor telah dikunjungi oleh pihak pengurusan Mac Donald Malaysia, di pejabat Aqsa Syarif berbicang mengenai boikot terhadap McD yang dibuat oleh Aqsa Syarif. Mungkin McDonald sudah mula terkesan dengan boikot oleh berbagai pihak terhadap McD. Tetapi saya puji kunjungan pihak McD ke pejabat Aqsa Syarif yang menjadi salah sebuah agensi terulung di Malaysia yang membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi Israel.

Pengurusan McD bertanya Aqsa Syarif soalan antaranya “Mengapa tidak memboikot juga syarikat lain dari Amerika?”. ‘Mengapa boikot McD sedang ramai pekerja Malayu/Islam bekerja untuk menyara kehidupan di McD?” Soalan seperti ini saya fikri soalan ikhlas daripada wakil Mc Donald dan kita tidak boleh prasangka tetapi membantu mereka memahami isu sebenar dari perspektif perjuangan keadilan, kebenaran dan kemanusiaan sejagat untuk kehidupan yang lebih baik bagi kita semua.

Maaf, walaupun panjang ikutilah beberapa perkongsian daripada Pengerusi Aqsa Syarif, yang saya sunting dari email beliau. Maklumat penuh boleh didapati dari pihak Aqsa Syarif:

Dalam pertemuan tersebut, pihak McD mengakui bahawa McD Malaysia adalah syarikat miliki Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg merupakan subsidiari kpd McD Corp. (US). McD Malaysia membayar 5% dari jualan kepada McD Corp US yang merupakan organisasi pembuat polisi utama. McD Corp US juga akan memberi bantuan pakej kewangan untuk “outlet” baru.

Jelas semua rangkaian McD Malaysia menjanakan pendapatan untuk McD Corp US melalui yuran francais tersebut dan juga mendapat manfaat daripada McD Corp US dari segi dana awal membuka outlet.

Oleh itu, hujah bahawa McD Malaysia tidak menyuumbang kepada McD US dan hanya membayar cukai kepada kerajaan Malaysia sahaja adalah tidak tepat.

McD juga mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan dengan Israel. Aqsa Syarif menolak dakwaan ini kerana McD menerima anugerah daripada Kerajaan Israel kerana membantu ekonomi Israeil. Selain itu, seorang ahli lembaga Pengarah McD Corp menerima anugerah dari Muzuem of Holocaust kerana membantu masyarakat terus ingat peranan Yahudi dalam sejarah.

Mengenai Jack M Greenberg bekas Pengerusi dan CEO McD (1999 – 2002) yang menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) – sebuah tabung yang terkehadapan dalam membantu Israel, wakil Mc D Malaysia tersebut mengakui CEO 10 tahun dulu itu memang menyuumbang tetapi bukan CEO sekarang.

Namun kata mereka Greenberg menyumbang kepada JUF atas kapasiti peribadi. Tetapi apabila pihak Aqsa Syarif bertanya adakah sumbangan peribadi menggunakan dana McD, pihak McD tidak dapat memberi jawapan.

Pengurusan McD juga bertanya mengapa baikot sedangkan di Mc D Malaysia terdapat 80% pekerja Melayu/Islam cari rezqi. (Nampaknya, McD tidak atau belum memahami isu sebenar)

Aqsa Syarif menegaskan, kita boikot McD kerana McD membantu Israel yang melancarkan peperangan terhadap kemanusiaan sejagat. Bukan boikot pekerja McD, bukan menentang rezqi dan kehidupan sesiapa. Boikot akan terus relevan tidak kira siapa pun yang bekerja dan tidak kira orang Melayu Islam menjadi pekerja majoriti atau tidak. Tidak pula bermakna jika orang Islam dan Melayu tidak bekerja di McD boikot dihenttikan.

Israel tidak hanya mensasarkan umat Islam tetapi seluruh kemanusiaan yang mahu diporakperandakan. Mereka membunuh kanak-kanak dan meletupkan sekolah. Inilah penentangan kita.

Oleh itu McD Malaysia turut bersalah dan bertanggungjawab seperti mana McD Corp US terhadap sokongan kepada Israel yang membunuh kemanusiaan.

Pengurusan McD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika. Bahkan Aqsa Syarif tidak baikot syarikat Yahudi hanya kerana ia milik orang Yahudi.
Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel – sebuah regim yang zalim - tanpa mengira siapa walaupun syarikat itu milik umat Islam.

Jika syarikat itu menolong Israel maka syarikat itu akan jadi sasaran boikot sama seperti McD. Boikot bukanlah kerana semata-mata syarikat itu datang dari Amerika Syarikat atau Barat (Diharapkan pihak pengurusan McD Malaysia dapat memahami perkara ini).

SUMBER



MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH