Saturday, 27 December 2014

PESAWAT AIR ASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA HILANG


KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.

BH

DAKWAAN WANITA BERTUDUNG DILAPAH,PALSU

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang meminta agar orang ramai berhati-hati, kononnya terdapat sekumpulan warga Myanmar di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan menculik wanita memakai tudung untuk dilapah.

PDRM hari ini mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah palsu dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bertujuan menakutkan orang ramai.

Kenyataan PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas yang boleh membangkitkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.

SH