Saturday, 3 January 2015

Running With Stars 2015

Date: 1 Mar 2015
Time: 7am
Venue: Sky Park @One City, Selangor
Distance: 5km and 10km
Registration fees: RM60 and RM80
Medal: Finisher medal
In-kind Prize: Top 3 winners
Trophy: Top 3 winners
Contact: 03 5622 1600
Closing date: 28 Feb or 5000 runners
Details here


Friday, 2 January 2015

QZ8501: AIRASIA TERBANG TANPA KEBENARAN?


KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapalnya Ahad lalu berkemungkinan terbang tanpa kebenaran.

Ia susulan tindakan Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) untuk membekukan buat sementara kebenaran penerbangan AirAsia Indonesia bagi laluan Surabaya- Singapura, berkuatkuasa semalam.
Lapor Kompas.com, tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran Ketua Pengarah Perhubungan Udara republik itu, bertarikh 24 Oktober 2014, yang sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pusat Komunikasi Awam KEMENHUB, J.A Batara.

AirAsia juga telah didapati melanggar kebenaran itu dengan membuat penerbangan pada Ahad, 28 Disember 2014.

Pesawat QZ8501 miliknya telah melakukan penerbangan dengan membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dengan bertolak dari Surabaya ke Singapura pada hari itu sebelum dipercayai terhempas di Teluk Karimata, Kalimantan Tengah.

"Jadi ini pembekuan sementara izin rute (laluan) AirAsia rute penerbangan Surabaya-Singapura," ujar J.A Batara dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

KEMENHUB bagaimanapun akan menimbangkan semula larangan itu selepas siasatan ke atas insiden pesawat AirAsia QZ8501 dilakukan oleh Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.

Penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan laluan Surabaya-Singapura dinasihatkan mengubah jadual penerbangan mereka.

Sementara itu Pengarah Keselamatan AirAsia Indonesia, Kapten Ahmad Sadikin berkata syarikat itu tidak pernah beroperasi di sebarang laluan tanpa mendapat kebenaran.

“Saya tidak boleh menjawab kerana belum membacanya (laporan). Tetapi kalau kami tiada kebenaran, kami tidak mungkin terbang,” kata Sadikin pada Jumaat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sehingga semalam telah menemui 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, iaitu hari ke-enam operasi itu.

Sehingga kini empat daripadanya telah dikenal-pasti identiti mereka.


awani



ANDA DIBAYAR UNTUK MENGAJAK ORANG BERJIMAT, KLIK DISINI