Friday, 27 March 2015

Menteri Kecam Laman FB Miri Community Berhubung Dakwaan Murid Dipaksa Tukar Agama

MIRI: Laman Facebook Miri Community menerima kecaman keras daripada kerajaan negeri kerana menyiarkan tulisan yang mendakwa seorang murid perempuan berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini dipaksa menukar agamanya.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata individu yang menulis catatan itu perlu bertanggungjawab mengenai tulisannya yang tidak mencermikan perkara sebenar.


Kata beliau, tulisan itu bersifat berat sebelah dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menghancurkan keharmonian yang wujud sejak sekian lama di Sarawak.


"Paling penting, murid perempuan itu tidak pernah dipaksa memeluk Islam, dia masih beragama Kristian, dia secara sukarela datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk menyatakan minatnya terhadap Islam sebelum bermulanya cuti persekolahan selama seminggu baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan murid itu, ibu bapanya dan para guru di sini, Jumaat.


Fatimah, yang juga bertanggungjaab bagi hal ehwal pendidikan di negeri ini, berkata para guru berkenaan berulang kali bertanya sama ada niatnya itu benar-benar ikhlas dan murid terbabit memberi jawapan positif, tanpa sesiapa mempengaruhi atau memaksanya menukar agama.


"Satu-satunya kesilapan para guru itu ialah mereka tidak pernah berbincang dengn ibu bapa murid berkenaan sebab dia dijaga datuknya," kata Fatimah.


Beliau berkata, murid itu turut mengaku dia berjumpa dengan guru berkenaan secara sukarela untuk menyatakan minatnya terhadap Islam.


Fatimah juga menafikan tuduhan beberapa individu melalui laman Miri Community bahawa guru berkenaan mempunyai "satu senarai panjang pelajar yang disasar untuk diIslamkan" di kawasan terpilih di sini.


Kontroversi ini timbul apabila gambar sepucuk surat aduan yang dihantar kepada pengetua sekolah itu mengenai guru terbabit dan satu salinan laporan polis mengenainya dimuatkan dalam laman Miri Community, laman facebook berasaskan komuniti untuk berkongsi maklumat tentang Bandar Raya Miri, yang mendakwa guru berkenaan memaksa murid itu memeluk Islam.


Gambar itu segera tersebar dengan meluas dan banyak pengguna internet berkongsinya hingga mendorong parti pembangkang, PKR di sini mengambil tindakan. - Bernama

Berikut adalah kenyataan media dari dua individu yang dikatakan terlibat menafikan fitnah pengislaman secara paksa seorang murid seperti yang tersebar di media sosial.

Kami, Suti Kamila Md Zain dan Nik Seri Ayu Nik Ibrahim telah membuat Laporan Polis pada pagi tadi di Balai Polis Lutong.

Laporan tersebut adalah laporan penafian terhadap laporan polis yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh * Anak (No Kad Pengenalan: 20*-13-*0, Tarikh Repot 25.03.2015 jam 12.18pm, No Repot: LUTONG/001631/15) di Balai Polis Lutong.

Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara yang mengandungi unsur fitnah yang tidak benar sama sekali, yang mana di dalam kandungan laporan polis itu antara lain menyatakan seperti berikut:

1. PengIslaman * merupakan satu paksaan dan merupakan satu muslihat dari pihak kami adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana * sendiri telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam kepada rakan-rakannya di sekolah dan telah datang berjumpa dengan beberapa orang guru memohon bantuan untuk pengIslamannya secara sah mengikut saluran yang sepatutnya. Ini menunjukkan tiada paksaan dari pihak kami mahupun tipu muslihat untuk mengIslamkan * secara tidak sah. Malah beliau sendiri telah memilih nama Islam beliau iaitu Nhur Syahirrah Azhra.

2. Satu surat aduan yang mengandungi unsur fitnah yang sama dan berniat jahat terhadap kami juga telah dihantar kepada pihak sekolah kami iaitu SMK Lutong. Untuk makluman,
* sendiri telah mengesahkan kepada pihak kami bahawa sedari kecil beliau telah dijaga oleh datuknya sendiri iaitu Achu Anak Mangku dan sehingga kini masih tinggal bersama datuknya. Datuknya sendiri telah membenarkan proses pengIslaman cucunya. Untuk rekod, bahkan apa yang sebenarnya berlaku adalah datuk kepada * sendiri iaitu Achu Anak Mangku (No Kad Pengenalan: 480519-13-5231) juga sebenarnya telah secara sukarela bersyahadah dan memeluk Islam tanpa paksaan serta ingin didaftarkan pengIslaman beliau mengikut saluran yang sah melalui pihak berkuasa.

3. Pihak kami yakin dan percaya bahawa ada pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk membuat pengakuan atau kenyataan sebaliknya. 

4. Kami memohon satu siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan memandangkan laporan polis yang dibuat oleh
* dan surat aduan yang dibuat kepada pihak sekolah telah disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial seperti Facebook, FB Miri Community dan lain-lain yang telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Laporan penafian ini dibuat kerana bimbang keselamatan kami akibat dari tuduhan tersebut. Emosi dan kehidupan kami sangat terganggu akibat dari dakwaan palsu dalam laporan tersebut. Marilah kita bersama-sama bersikap adil untuk menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Sekian, terima kasih.

Larian Jambatan Sultan Mahmud Terengganu 2015

Date: 19 Sep 2015
Venue: Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu
Time: 5am
Distance: 3km, 12km, 21km and 42km
Registration fees:
Medal: Finisher medal
Cash prize: Top 15 winners
Contact: 014-6084494
Closing date:
Details here
2014 top 20 results here