Wednesday 21 January 2015

BUDAK 7 TAHUN MAMPU GODAM WIFI



SEORANG kanak-kanak perempuan menggodam sebuah hotspot Wi-Fi dalam tempoh kurang dari 11 minit selepas menonton video tunjuk ajar atau tutorial di internet.

Betsy Davies, 7, mengambil masa 10 minit 54 saat dalam usaha membuktikan bahawa betapa senang untuk seorang penggodam untuk mencuri data.

Davies merupakan seorang kanak-kanak yang digunakan dalam demostrasi oleh sebuah syarikat Virtual Provider Network (VPN) dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai aktiviti godam.

Kebiasaannya, penggodam akan mencuri data berkaitan dengan bank simpanan, akaun e-mel, kata kunci dan juga pergerakan mangsa-mangsanya.

Menurut beberapa pakar, aktiviti penggodaman akan meningkat pada 2015.

Demostrasi yang dipamerkan oleh Davies dipantau oleh pakar keselamatan.

SH


Tuesday 20 January 2015

Sirul Ditahan Di Queensland

Anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar, yang dikenakan perintah ekstradisi bagi menjalani hukuman mati kerana bersalah membunuh model dan penterjemah Altantuya Shaariibuu, dilaporkan telah ditahan di Queensland.

Sirul Azhar, 43, kini sudah semalaman berada dalam tahanan pegawai imigresen di Brisbane selepas notis merah dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol), lapor media Australia.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Altantuya dipercayai dalam keadaan hamil sewaktu dibunuh dengan tembakan di kepala dan kemudian diletupkan dengan bahan ledakan di pinggir Kuala Lumpur pada tahun 2006.