Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.
Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.
Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.
Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok. Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.
"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.
Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya lapor Malaysiakini.
MK
SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)
No comments:
Post a Comment