Bekas mufti negeri Perlis, Dr Asri memang menonjol dalam melaksanakan kerjanya sebagai pemikir dan ilmuan Islam. Baru-baru ini dia ada berikan komen berkenaan tak salah pegang anjing walaupun anjing dikategorikan sebagai najis.
Dr Asri memberikan penjelasan bukan haram pegang najis secara mutlak. Bila ada keperluan, najis ada kalanya terpaksa di sentuh. Bila basuh berak anak, kena sentuh najis, bila basuh berak sendiripun kena sentuh najis juga.
Oleh itu kita perlu melihat sentuh anjing ini dalam konteks keperluan dan bukannya sebagai suka-suka main sedap akal saja. Mazhab Shafie yang merupakan mazhab popular ikutan rakyat Malaysia agak keras dalam hal anjing ini, tapi tidak dalam mazhab lain seperti Maliki.
Ada yang kecam Dr Asri bila dia tulis pada wall FB berkenaan masalah sentuh anjing sedangkan dia bukannya nyatakan samada boleh atau tak boleh penganjuran kempen jom sentuh anjing. Berikuttan itu, dia buat satu lagi ulasan panjang berkenaan isu sentuh anjing dan perkara yang berkaitan dengan anjing... jom baca:
KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG' DAN ULAMA BAGAIKAN ANJING
Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut.Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!!
Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.
Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing.
Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.
ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING
Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING.Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.(Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am.
Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan.
Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya.
Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.
Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.
Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.
Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”.(Surah al-Baqarah: ayat 174)
Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.
Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.
Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.
Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.
Bab sentuh anjing jelas
Siapakah agaknya ulama yang macam anjing yang dimaksudkan oleh Dr Asri perlulah kita perhatikan sendiri. Perhatikan dalam skop terbukan dan bukannya berlandaskan kumpulan mana kita duduk. Kalau kita tidak terbuka, kita juga akan tertutup dari melihat kebenaran.Rasanya bab sentuh anjing ini amat jelas dan ramai pembahas dalam artikel yang lalu rasanya memahaminya. Cuma ramai tak dapat atasi nafsu amarah bila komen dengan menggunakan nafsu tersebut. Hanya kerana bab sentuh anjing kita dah gagal mengawal perasaan, bagaimana agaknya dalam isu-ius lain yang lebih berat... atau kita sebenarnya hanyalah perasan?
pendapatanda
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!
No comments:
Post a Comment