Seorang penyokong bola sepak ditahan semalam selepas dipercayai telah mencium seorang anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) wanita di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.45 selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor dan JDT yang berkesudahan seri 1 - 1 sama.
Suspek telah mencium seorang Konstabel berusia 31 tahun dan terus melarikan diri selepas di tolak oleh rakan polis wanita tersebut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan soal siasat mendapati lelaki terbabit tidak siuman.
"Siasatan mendapati lelaki itu tidak siuman malah ada surat pengesahan doktor yang menyatakannya sakit mental dan berikutan itu dia sudah dibebaskan," katanya. - Siakapkeli.com.my
NAK BUAT DUIT SAMBIL BERJIMAT? MODAL RM10 JER...KLIK DISINI !!!
No comments:
Post a Comment