Thursday 20 August 2009

BERNAMA TV: RAIS ARAH KEMELUT DISELESAIKAN HUJUNG BULAN INI

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk diselesaikan kemelut Bernama TV dengan Bernama.

Atas sifatnya sebagai menteri yang mengawal-selia dan bertanggungjawab ke atas agensi di bawah portfolionya, Dr Rais boleh mengambil tindakan sewajarnya termasuk merombak Lembaga Pengarah/Pengelola Bernama.

Penyakit yang menimpa adalah atas tindakan kurang bijak pengurusan Bernama termasuk Pengerusinya, Anuar Zaini dan dua orang mantan Pengurus Besar yang kini bertaraf 'penasihat".

Kewibawaan Bernama selaku sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mesti dipertahankan dan apa saja kesilapan yang dilakukan semestinya diperbetulkan termasuk ekuiti dalam Bernama TV.

Sila klik untuk membaca laporan Bernama di bawah:

BERNAMA - Rais Mahu Isu Bernama Dan Bernama TV Selesai Menjelang Hujung Bulan

Shared via AddThis

Monday 17 August 2009

Bernama TV sedang nazak?

Apa yang sedang berlaku di Bernama TV?

Sejak semalam (17 Ogos) stesen berita itu tidak menyiarkan laporan berita. Kenapa?
Apa yang sedang berlaku atau apa yang tidak kena dalam stesen yang tidak dikuasai oleh Bernama itu.

Saluran Astro 502 yang menyalurkan siaran Bernama TV kini tak sudah-sudah menyiarkan rancangan Helo Malaysia (banyak di ulang tayang) dalam slot beritanya.

Pengerusi (bukan eksekutif) Bernama (masih pengerusi?) Anuar Zaini dan mantan wartawan yang berakhir sebagai pengurus besar, Azman Ujang mungkin ada jawapan.