Wednesday 1 September 2010

Alfatihah: Syed Yahya Jamalullail pulang ke rahmatullah

Mantan wartawan kanan Bernama, Syed Yahya bin Syed Hussein Jamalullail, pulang ke rahmatullah hari ini di Arau, Perlis. Almarhum adalah kerabat kabilah Jamalullail yang memerintah Perlis. Almarhum adalah murid tua Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Semasa hayatnya, almarhum berkhidmat, antara lain,  selaku pewarta Kedah/Perlis, Ketua Biro Perak dan penyunting kanan di ibu pejabat Bernama.

Semoga Allah merahmati ruh almarhum dan menempatkannya di kalangan ruh hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin

No comments:

Post a Comment