Monday, 31 March 2014

GAMBAR POCONG MELINTAS JAMBATAN KEDUA




AYAN LEPAS – Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.


Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.


“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.


“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.


Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.


“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.


Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.


“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.


“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.


“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.


Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.


“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.


“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.


Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.


“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.


“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.


“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.


kl-today




SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)

SUAMI KANTOI DENGAN WANITA LAIN DI DALAM BAS



Seorang suami berhadapan dengan situasi yang amat memalukan apabila beliau dicekup oleh isterinya sendiri ketika menaiki bas bersama kekasih gelapnya. Video yang dirakam oleh salah seorang penumpang dalam bas tersebut menyaksikan adegan perang mulut antara wanita berkenaan yang memarahi suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih gelap lelaki berkenaan.
Si suami hanya mendiamkan diri dan sekali sekala bersuara meminta isterinya supaya bertenang. Rakaman tamat setelah bas berhenti dan pasangan tersebut dan isterinya turun. Kejadian dipercayai berlaku di Singapura

Saksikan video di bawah:





Sunday, 30 March 2014

MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI RAHSIA



SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

SH


Saturday, 29 March 2014

LAWAK AHAD: LAJU



Kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m / s. ini merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi…

Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan sesuatu yang lain lebih laju dari cahaya? – tanya seorang guru pada murid2nya..

MURID 1:       Ada cikgu… jawapan saya suis lampu..

GURU:             Suis lampu? Buktikan pada saya…

MURID 1:       Sebelum cahaya tu bergerak… suis lampu dulu cikgu, kalau tak dipetik, cahaya pun tak bergerak lagi…

MURID 2:       Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lamp itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis…

CIKGU:            Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…?
MURID 3:       Ada cikgu… saya rasa semua tu tak sepantas mana…

CIKGU:            Ok, apa jawapan kamu…

MURID 3:       Cirit cikgu…

CIKGU:            Cirit? Awak ni nak main2 ke nak apa? (agak marah)

MURID 3:       Iye cikgu… pada suatu malam tu… saya terjaga… tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu… dah terCIRIT……

KEPUTUSAN LIGA SUPER 29/3/14

FT:
Lions XII 1-1 T-Team 
23' Safuwan (LNS)
63' Nelson Marcelo (TTM)

Sime Darby 3-2 ATM
10' Bruno Martelotto (ATM)
29' Arif Ismail (SDA)
55' Juan Arostegui (ATM)
60' William Mensah (SDA)
65' Mahmoud Amna (SDA)

JDT 1-1 Sarawak 
16' S. Chanturu (SAR)
29' Luciano Figueroa (JDT)

Pahang 2-0 Perak 
10' Dickson Nwakaeme (PAH)
36' Gopinathan (PAH)

Selangor 2-2 PKNS FC
18' Helmi Remeli (Gol sendiri PKNS) (SEL)
22' Aminuddin (PKNS)
73' Aminuddin (PKNS)
75' Afiq Azmi (SEL)

Terengganu 1-1 Kelantan 
16' Shawky Yazid (KEL)
36' Zairo Anuar (TRG)

TEORI MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI BUKAN DARI INMARSAT

Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami
  
Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan
baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.

Malaysiakini

Thursday, 27 March 2014

NAMA-NAMA NERAKA DAN SYURGA

NERAKA
1. NERAKA HAWIYAH: diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur keburukan. Orang muslim laki-laki maupun perempuan yang perbuatan sehari- harinya tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka Hawiyah sebagai tempat tinggalnya. Mereka ini yaitu orang yang tidak mau menerima syariat Islam, tidak mau memakai jilbab (bagi wanita), memakai sutra dan emas (bagi lak- laki), mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan lain sebagainya. Dalam Al-Qur’an terdapat pada surah (Al-Qori’ah ayat 8-11)
2. NERAKA JAHIM adalah neraka sebagai tempat penyiksaan atas orang-orang musyrik atau orang-orang yang menyekutukan ALLAH, maka sesembahan mereka akan datang untuk menyiksa mereka. Orang yang di dunia menyembah sapi (bangsa Hindu) maka sapi yang akan menyiksa orang itu. Orang yang menyembah patung berbentuk hewan, maka patung itu yang akan menyiksanya. Dan demikian selanjutnya. Syirik disebut sebagai dosa yang paling besar menurut ALLAH, karena syrik berarti mensekutukan ALLAH atau menganggap ada mahluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat ALLAH. Syirik dapat pula berarti menganggap ada Tuhan lain selain ALLAH. Dalam Al-Qur’an terdapat pada surah (As-Syu’araa, ayat 91), (Asy-Syu’ara’) dan (Surah As-Saffat)
3. NERAKA SAQAR adalah tempat untuk orang-orang munafik, yaitu orang-orang yang mendustakan (tidak mentaati) perintah ALLAH dan Rasulullah. Mereka mengetahui bahwa ALLAH sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tetapi mereka meremehkan syariat (hukum) Islam. Maka dibakar dalam api adalah hukuman untuk mereka. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surah (Al-Muddatsir ayat 26-27,42)
4. NERAKA LAZZA: neraka yang bergejolak apinya dan mengelupaskan kulit kepalanya. (QS:70. Al Ma´aarij] 15-18)
5. NERAKA HUTHAMAH: itu disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang-orang miskin. Mereka berpaling dari agama, tidak mau bersedekah dan tidak mau pula membayar zakat. Mereka juga memasang wajah masam apabila ada orang miskin yang meminta bantuan. Maka ALLAH membalas dengan menyiksa mereka dengan cara menguliti dan mengelupaskan kulit muka mereka. Serta membakar mereka semau yang ALLAH mau. NERAKA HUTHAMAH disediakan untuk gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka serakah tidak mengeluarkan zakat hartanya dan mencela menghina orang-orang miskin. Maka di Huthamah harta mereka dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksa kepada manusia pengumpat pengumpul harta. Dalam Al-Qur’an terdapat pada surah (Al-Humazah)
6. NERAKA SAIR diisi oleh orang-orang kafir. Dan orang yang memakan harta anak yatim. Kafir berasal dari kata kufur yang berarti ingkar atau menolak. Sehingga kafir dapat diartikan menolak adanya ALLAH atau dengan membantah perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Jadi manusia kafir itu terdiri dari: Orang yang tidak beragama Islam atau orang yang tidak mau membaca syahadat. Orang Islam yang tidak mau shalat. Orang Islam yang tidak mau puasa. Orang Islam yang tidak mau berzakat. Didalam Al-Qur’an terdapat pada (An-Nisa’ ayat 10), (Al-Mulk ayat 5,10,11)
7. NERAKA WAIL disediakan untuk para pengusaha dan pedagang yang culas, mengurangi timbangan, mencalo barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat. Maka dagangan mereka dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab atas dosa-dosa mereka. Surah (Al-Tatfif) dan (Surah At-Tur). Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surah (Al-Muthaffifin, ayat 1-3)
8. NERAKA JAHANAM: Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama jahanam. Neraka yang paling dalam dan berat siksaannya. Al-Qur’an surah (Al Hijr, 43-44). “Bahwasanya orang-orang kafir dan orang aniaya itu tidak akan diampuni Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke Neraka Jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”(An-Nisa: 169)
SURGA
1. SURGA FIRDAUS: surga yang diperuntukan bagi orang yang khusyuk sholatnya, menjauhkan diri dari perbuataan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluannya, memelihara amanah, menepati janji, dan memelihara sholatnya. dalam Al-Qur’an terdapat pada surah (Al Kahfi, ayat 107) dan surah(Al Mu’minuun, ayat 9-11).
2. SURGA ‘ADN: surga yang diperuntukkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah (An Nahl:30-31), benar-benar beriman dan beramal shaleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir: 32-33), sabar, menginfaqkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar-Ra’ad:22-23)
3. SURGA NAIM: surga yang diperuntukkan bagi orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal shaleh. dalam Al-Qur’an terdapat pada surah (Luqman, ayat 8) dan (Al Hajj, ayat 56)
4. SURGA MA’WA: surga yang diperuntukan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah (An Najm: 15), beramal shaleh (As Sajdah: 19), serta takut kepada kebesaran Allah dan menahan hawa nafsu (An Naziat : 40-41)
5. SURGA DARUSSALAM: surga yang diperuntukkan bagi orang yang kuat imannya dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah serta beramal shaleh. Sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala,“Bagi mereka (disediakan) Darussalam (surga) pada sisi Rabbnya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal sholeh yang selalu mereka kerjakan.” (QS. 6:127)
6. SURGA DARUL MUQAMAH: surga yang diperuntukkan bagi orang yang bersyukur kepada Allah. Kata Darul Muaqaamah berarti suatu tempat tinggal dimana di dalamnya orang-orang tidak pernah merasa lelah dan tidak merasa lesu. Tempat ini diperuntukkan kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana yg disebutkan di dalam surat (Faathir ayat 35).
7. SURGA AL-MAQAMUL AMIN: surga yang diperuntukkan bagi orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman (Ad Dukhan, ayat 51)
8. SURGA KHULDI: surga yang diperuntukkan bagi orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangannya (orang-orang yang bertakwa). Katakanlah: “Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau surga yang kekal yang Telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?” dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?” (Al Furqaan, ayat 15)
Sumber: http://juztben.blogspot.com/2013/01/macam-macam-surga-neraka-beserta.html

SATELIT THAILAND KESAN 300 OBJEK TERAPUNG

Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.
 
Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.
 
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.
 
Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.
 
The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli.

UNDANG-UNDANG LAPUK JPJ DIKRITIK HEBAT


UNDANG-UNDANG LAPUK JPJ YANG TIDAK BERSESUAIAN DENGAN CUACA PANAS DI NEGARA INI.

Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.

Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :


Penggunaan tinted gelap sebenarnya adalah untuk mengelakkan cuaca panas dan kehilangan barangan berharga.

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?




Justeru itu kami ingin bertanya:

APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?

Jika BOLEH:

Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.

Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.

Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang ‘terlalu lapuk’ dan ‘tidak sesuai dengan zaman’ wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.

Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.

Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.

Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.

suarainsan


Tuesday, 25 March 2014

FUHH!!! NASIB BAIK SELAMAT...ENJIN PESAWAT MALINDO AIR TERBAKAR

Pesawat Malindo Air menghadapi masalah teknikal sehingga menyebabkan sistem pengesan diaktifkan ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke Kuala Terengganu, hari ini.
Dalam kenyataannya hari ini, jurucakap Malindo Air berkata, kejadian berlaku sewaktu pesawat berada pada paras ketinggian 7,000 kaki dan sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan.
“Anak kapal terus melakukan pemeriksaan kecemasan sebagaimana standard operasi prosedur berkait kejadian itu.
“Juruterbang mengambil keputusan untuk kembali ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat tanpa ada yang mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.
Malindo Air berkata, semua penumpang kemudiannya dipindahkan menaiki pesawat lain untuk ke Kuala Terengganu.
Katanya, punca kejadian masih disiasat dan insiden itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa, pengeluar enjin dan pesawat. – 26 Mac, 2014.

Themalaysianinsider

GAMBAR BANTAHAN DI KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING

Waris dan keluarga penumpang MH370 yang tidak berpuashati dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Razak malam tadi mula berdemo di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing.

Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi telah mengumumkan mengenai nasib pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

Menurut sumber,sentimen anti Malaysia juga dilaporkan terjadi di negara itu namun ianya kes terpencil di mana seorang pelajar Malaysia di suruh turun dari teksi setelah pemandunya mengetahui pelajar tersebut berasal dari Malaysia.

Monday, 24 March 2014

Terkini - Najib Sahkan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

Terkini - Najib Sahkan MH370 Berakhir Dan Terhempas Di Lautan Hindi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Dalam tweet sebelum itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan pesawat Tentera Orion Udara Diraja Australia (RAAF) menemui dua objek itu berdekatan kawasan carian.

Ia juga menyatakan bahawa kapal HMAS Success sedang mendapat dan mengenal pasti objek itu.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Dalam taklimat media hari ini, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, HMS Success dijangka mampu mendapatkan objek itu dalam tempoh beberapa jam atau paling lambat esok.

Bloglistmalaysia

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airliens yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia.

Beliau yang bercakap kepada media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, yang berada di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

"Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan, dan dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Sunday, 23 March 2014

VIDEO MACAI NAIK ANGIN PASAI KANGKUNG




Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan berlakunya kekecohan seperti mana yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya suasana mengundi pada PRK N25 Kajang kali ini dilihat agak meriah.



Beliau menegaskan kekecohan 'palsu' itu hanyalah berpunca daripada kehadiran ramai penyokong parti yang hadir untuk merayu undi calon masing-masing.



"Faktor jalan depan sekolah agak sempit dan ramai pengundi membawa kenderaan dan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya menyebabkan kesesakan.



"Walapun keadaan itu dilihat sebagai agak kecoh tetapi sesungguhnya bukan satu kekecohan, saya lihat ia lebih satu keadaan yang meriah," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sekamat, Batu 10 Cheras.



Beliau berkata demikian mengulas lanjut insiden provokasi yang timbul di pusat mengundi di sekitar pusat mengundi di Dewan Orang Ramai dan SKJC Sungai Chua, Kajang semalam.



Suasana tegang antara penyokong BN dan PKR timbul disebabkan kesesakan lalu lintas dan terdapat seorang penyokong membawa alat propaganda 'kangkung' untuk merayu undi.



Menurut Mohd Shukri lagi, pihaknya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak memanipulasikan keadaan semasa hingga boleh mencetuskan suasana tegang dan huru-hara ~ Sinar Harian



Meriah laaa sebab yang mengamuk tengok kangkung itu ialah penyokong BN.. kat bawah ni videonya..



Definasi meriah tu tentu akan bertukar kepada kecoh jika ada penyokong Pakatan pula yang menyerbu petugas BN yang berkempen menggunakan 'spender' ni...





 ... Itulah sikap macai.. depa buat boleh.. orang lain buat tak boleh...




darisungaiderhaka



Saturday, 22 March 2014

LAWAK AHAD: AMBIK KO!!!


Ada seorang nenek naik lif ke tingkat 8, sampai ke tingkat 1 lif berhenti…..lalu masuk seorang gadis cantik ke dalam lif tersebut dengan sangat wangi.

Nenek: "Amboi,,,wangi betul…!!!!

Gadis : " BULGARI " nek, tiga ratus ringgit sebotol………

Kemudian sampai ke tingkat 6, ada lagi gadis cantik yg masuk lif yg lebih wangi dari gadis pertama………

Nenek: "Wah! Yang ini pun wangi!!!!!

Gadis 2 : "GUCCI" nek, empat ratus lebih harganya sebotol……..

Sebaik saja sampai ke tingkat 8, si nenek pun keluar sambil terkentut yg mengeluarkan bau yang kuat sekali……..

Kedua gadis tersebut yg ada di dalam lif hampir muntah dan berkata: "Nek"…Ni bau apa ni?"

Sambil keluar lif , si nenek pun berkata: "PETAI KING",…Tiga ringgit seikat.....
...

GAMBAR LAMBOGHINI KEMALANGAN DENGAN TEKSI DAN TRELLAR DI PALOH - GUA MUSANG

Thursday, 20 March 2014

PERBUALAN MENYAYAT HATI JURURAWAT DAN PESAKIT



Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"      
  
Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"  
 
Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.               → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.
 
          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.  
          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."     
    
Pesakit: "Hm. Apa dia?"      
Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.  
          →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti... 
          →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...  
         →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."       
  
Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "    
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.     
✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?          
◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. 

Wednesday, 19 March 2014

AUSTRALIA DAKWA JUMPA SERPIHAN MH370

Imej 24 meter tenggelam timbul di permukaan air, mungkin serpihan pesawat, kata Australia



Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.

Autralia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.

Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.

Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.

Menurut kenyataan AMSA, imej itu diambil oleh satelit dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan MH370.

Penilaian terhadap imej ini yang dibuat oleh Geospatial-Intelligence Organisation Australia yang memberikan indikasi ia mungkin serpihan pesawat MH370 kerana ia termasuk dalam kawasan carian yang menjadi fokus kepada pasukan pencari dan penyelamat.

Imej ini diambil dari dalam kawasan pencarian yang ditetapkan dua hari lalu.

Australia mengetuai carian di bahagian selatan koridor selatan, dengan bantuan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kru pasukan Royal Australian Air Force AP-3C Orion dalam rondaan pesawat mengesan permukaan laut barat Semenanjung Malaysia dalam gambar bertarikh 17 Mac ini. Objek yang dijumpai satelit Australia hari ini kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini. – Gambar Reuters, 20 Mac, 2014.

Kru pasukan Royal Australian Air Force AP-3C Orion dalam rondaan pesawat mengesan permukaan laut barat Semenanjung Malaysia dalam gambar bertarikh 17 Mac ini. Objek yang dijumpai satelit Australia hari ini kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini. – Gambar Reuters, 20 Mac, 2014.
Kawasan pencarian semakin kecil berdasarkan data pengesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi ia masih meliputi kawasan seluas 600,000 km persegi, kira-kira saiz Sepanyol dan Belanda.

Pencarian Boeing 777-200ER sebelum ini memberi tumpuan kepada dua koridor; satu menuju ke utara melalui darat dari Laos ke arah Laut Caspian, dan kedua ke arah selatan, di seluruh Lautan Hindi dari barat pulau Sumatera Indonesia di barat Australia.

"Andaian sekarang ialah ia pergi ke arah selatan, dan ke hujung koridor selatan itu," kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada Reuters.

Pandangan itu adalah berdasarkan ketiadaan tanda daripada negara di sepanjang koridor utara bah

TMI



MH370: BAHAN LETUPAN DALAM KARGO BUAH MANGGIS?


MH370: 12 hari, 7 teori



Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari, dan kini debat antara pakar dan mereka yang mengikuti siasatan ini semakin berkisar sekitar tujuh teori yang muncul sejak 12 hari ini.

Ketujuh-tujuh teori tersebut yang disenaraikan oleh akhbar Australia, The Age, termasuklah teori juruterbang MH370 berpatah balik ke Pulau Langkawi kerana kecemasan di dalam kapal terbang hinggalah ke rampasan kapal terbang.

The Age menyenaraikan beberapa teori yang paling menarik perhatian setakat ini:

1. SUMBER: Chris Goodfellow, mendakwa diri seorang juruterbang yang berpengalaman.

TEORINYA: Goodfellow menulis di Google Plus bahawa dia mempercayai juruterbang MH370 mungkin menuju ke arah pulau Langkawi untuk mencari tempat bagi pesawat itu mendarat selepas transponder radar mereka dirosakkan oleh api.

"Arah tuju ke kiri adalah penting di sini. Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan 18,000." tulisnya.

"Mungkin juruterbang lebih muda yang diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini. Juruterbang lebih senior sentiasa ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa penerbangan.

"Serta-merta apabila saya nampak hala tuju kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang. Sebenarnya dia mengambil jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan. Dia tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas. Dia tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.

"Lihat lapangan terbang ini pada Google Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya. Dia berjumpa kejadian tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke lapangan terbang yang paling dekat.

"Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George (autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan sehingga ia terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.

2. SUMBER: Desmond Ross, juruterbang Australia komersil dan pakar keselamatan penerbangan.

TEORINYA: Ross memberi teori yang hampir sama dengan Goodfellow. Dia berkata pesawat tersebut mungkin kekurangan tekanan selepas sesuatu kejadian, kemungkinan sebuah letupan yang membentuk lubang di kotak fius.

"Para juruterbang menyedari mereka perlu turunkan pesawat tersebut," kata Ross yang pernah menjalankan kajian keselamatan pada Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada tahun 2005.

"Salah satu daripada mereka mula memprogramkan semula sistem penerbangan dan meletakkan altitud yang rendah, dan mulai meletakkan semula program untuk kembali ke Kuala Lumpur... tetapi dia pengsan sebelum dapat memprogramkan semula pesawat tersebut.

"Pesawat itu kemudian berada di luar kawalan kerana letupan awal itu, dan mula jatuh tetapi pada ketinggian 45,000 mulai lambat.

"Ia hilang kawalan untuk sementara pada ketinggian yang ditetapkan juruterbang sebentar tadi, tetapi tidak melengkapkan arahnya ke Kuala Lumpur kerana juruterbangnya tadi hanya sempat memasukkan separuh nombornya sebelum pengsan. Kini ia terbang entah di mana..."

3. SUMBER: Keith Ledgerwood, peminat penerbangan dan 'hobbyist' juruterbang daripada Amerika Syarikat

TEORINYA: Teori ini berdasarkan premis seseorang merampas pesawat tersebut.

Ledgerwood mengatakan MH370 boleh sahaja menutup radar mereka, kemudian secara senyap mengikut belakang pesawat lain – Singapore Airlines dengan nombor penerbangan SQ68 dalam perjalanan dari Singapura ke Barcelona – sebelum mendarat di utara India atau Afghanistan.

Saya percaya MH370 mungkin mengikut di belakang SIA68 melalui ruang udara India dan Afghanistan," tulis Ledgerwood dalam Tumblr.

"Disebabkan MH370 sedang terbang secara tersembunyi tanpa transponder atau keluaran ADS-B, SIA68 tidak akan perasan kehadiran MH370 di mana-mana, dan apabila ia memasuki ruang udara India ia akan muncul sebagai satu blip sahaja pada radar dengan data daripada transponder SIA68 sahaja yang menerangi ATC dan skrin radar tentera."

4. SUMBER: Diterangkan oleh akhbar The Independent.

TEORINYA: Pesawat tersebut kemungkinan dirampas dan diterbangkan ke pengkalan Taliban.

The Independent melaporkan kebenaran diplomatik penuh diperlukan supaya dapat menolak teori yang mengatakan pesawat tersebut mungkin terbang di bawah kawasan radar Afghanistan dan Pakistan yang tidak dikawal kerajaan.

Sebahagian besar kawasan selatan Afghanistan diperintah oleh Taliban, sementara kawasan di utara barat Pakistan berdekatan adengan sempadan Afghanistan yang dikawal oleh Taliban.

Pegawai penerbangan awam Pakistan berkata mereka sudahpun meneliti rakaman radar mereka dan tidak menjumpai pesawat tersebut.

Seorang komando Taliban berkata kumpulannya yang berbelah bahagi itu hanya mampu mimpi sahaja tentang rampasan sebegitu.

"Kami harap sahajalah dapat peluang merampas pesawat seperti itu," katanya kepada Reuters.

5. SUMBER: Penyiasat

TEORINYA: Pihak berkuasa sedang menyiasat samada juruterbang atau penumpang membuat keputusan bunuh diri adalah penjelasan bagi misteri kehilangan pesawat itu.

Adanya contoh bersejarah bagi teori ini.

Pada 1997, penerbangan SilkAir 185 terhempas di Sumatera, membunuh semua 97 penumpang apabila juruterbangnya menjunamkan pesawat itu ke dalam sungai.

Juruterbang membunuh diri juga disyaki dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, walaupun ia belum dibuktikan.

Teori ini dapat menjelaskan mengapa tiada serpihan jika MH370 terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

6. SUMBER: Emel kepada wartawan mendakwa daripada Chinese Martyr's Brigade

TEORINYA: Kumpulan dikenali sebagai Chinese Martyr's Brigade mendakwa bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 dalam sebuah emel kepada wartawan China.

Emel yang dilindungi itu tertulis, "Anda bunuh salah seorang daripada kami, kami akan bunuh 100 daripada kamu sebagai balas dendam."

Tetapi mesej itu tidak memberi sebab mengapa pesawat itu hilang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sangsi dengan kenyataan tersebut.

"Tiada asas kukuh atau sebab yang mengesahkan dakwaan mereka," katanya.

7. SUMBER: Polis Malaysia dikatakan sedang menyiasat teori ini

TEORINYA: Letupan mungkin disembunyikan di dalam kargo pesawat itu dalam barangan buah-buahan eksotik.

Pihak berkuasa Malaysia mengatakan satu-satunya kargo di dalam MH370 adalah muatan manggis, buah yang terkenal di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata ada sebanyak 3 ke 4 tan manggis di dalam pesawat itu.

Beliau berkata kargo tersebut sudahpun dikesan semasa rutin sebelum dimasukkan ke dalam pesawat, tetapi pihak berkuasa sedang menyiasat jika letupan boleh dimuatkan bersama buah-buahan tersebut.

"Ini hanya satu lagi teori," seorang polis yang tidak dinamakan memberitahu Daily Mail. "Tetapi kita tidak menolak apa-apa kemungkinan." – 19 Mac, 2014.

TMI


Tuesday, 18 March 2014

ISTERI BEKAS VOKALIS NIRVANA KURT COBAIN DAKWA TEMUI IMEJ SERPIHAN MH370


Pemuzik Amerika Syarikat , Courtney Love , melalui akaun Facebook miliknya mengeluarkan foto satelit laman www.tomnod.com yang dia yakini sebagai serpihan dan cairan bahan bakar pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu minggu lalu .

" Saya bukan seorang pakar , tapi gambar ini seperti pesawat dan cairan minyak , " kata bekas isteri vokalis band Nirvana , Kurt Cobain , itu di akaun Facebooknya sekitar 14 jam lalu . Lokasi itu terjejas di 5 ° 39'08 .5 " N 98 ° 50'38 .0 " E , berhampiran Pulau Perak , Selat Melaka , Malaysia .

Serpihan MH370 yang ditemukan Courtney Love. twitter.com

Screenshoot status Facebooknya itu sudah diretweet ribuan kali . Facebook miliknya juga ramai dikomentari pemilik akaun lain . Ada yang menganggap benar maklumat Courtney , tetapi ada pula yang mentertawakan dan menganggap penyanyi rock itu berkhayal kerana gambar yang dia tampilkan tak jelas menunjukkan pesawat .

Pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH370 hilang sejak Sabtu tengah malam minggu lalu . Banyak spekulasi soal hilangnya pesawat canggih yang membawa 239 orang itu.



SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)

AKSI TERKINI BOMOH BUBU TEROPONG MH370

Video : Gempar !!! Aksi Terkini Raja Bomoh Cari MH370 Dengan Teropong Ajaibnya


Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dirinya Raja Bomoh sekali lagi menggemparkan masyarakat.Kali ini beliau muncul ditempat awam bersama teropong buloh,kononnya untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.


Beliau turut mendakwa pesawat masih di alam ghaib.Dalam pada itu beliau turut mengkritik dan mahu menyaman JAIS,Khairy dan Shahidan kerana menuduh amalan perbomohannya perbuatan khurafat dan syirik ~ Tinta Hijau DKB




malaysiaberih

Monday, 17 March 2014

PASANGAN SUAMI ISTERI DARI BOGOR DAKWA TAHU DI MANA MH370 BERADA



Bogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52) i Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

"Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti.
"Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

"Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

"Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

"Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya.

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB


ULASAN GB

Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya.

p/s. sekurang-kurangnya "cara"nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang....

Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total!





BAS JATUH GAUNG DI KM301.5 LEBUHRAYA PLUS



17/3/14 GOPENG 1625: Sebuah bas ekspress jatuh ke dalam gaung sedalam 10meter di km 301.5 arah utara PLUS berdekatan Gua Tempurung pada pukul 4.25 petang tadi. Seorang maut dan dua cedera parah dalam kejadian itu.

Mangsa yang terbunuh adalah pemandu bas tersebut manakala penumpang yang cedera adalah seorang lelaki dan seorang perempuan.

Bas tersebut dipercayai cuba mengelak dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di tempat kejadian.




Sunday, 16 March 2014

MH370 TERBANG RENDAH ELAK DIKESAN RADAR


Misi mencari kini bukan hanya di lautan cetek, kawasan pencarian diperluas ke lautan dalam dan terpencil serta kawasan daratan. Gambar fail.

mH370 terbang serendah 1,500m elak dikesan, kata NST

Ketika misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ke-10 dengan hanya beberapa petunjuk mengenai di mana ia mungkin berada, akhbar New Straits Times hari ini berkata Boeing 777-200ER turun 5,000 kaki (1,500m) untuk mengelak dikesan radar komersial.

Dalam berita eksklusif, akhbar itu berkata, penyiasat yang menganalisis data penerbangan MH370 mendedahkan pesawat seberat 200 tan itu turun 1,500m atau lebih bawah lagi untuk mengelak liputan radar komersial (sekunder) selepas ia berpatah balik dari laluan asal penerbangan menuju ke Beijing.

Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) hilang pada 8 Mac dengan membawa 239 penumpang. Pihak berkuasa pada Sabtu berkata, pesawat itu sengaja dilencongkan daripada laluan sebenarnya dan peralatan transmisi di atas pesawat dipadam untuk elak dikesan.

Komunikasi terakhirnya ialah pada 8.11 pagi di utara Selat Melaka.

Penyiasat yang mengkaji data penerbangan MH370 berkata pesawat itu terbang rendah dan menggunakan kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang merentasi Teluk Bengal dan menuju utara ke arah daratan, lapor NST.

Pegawai, yang membentuk pasukan teknikal, melihat kepada kemungkinan sesiapa juga yang mengendalikan pesawat pada masa itu mengambil kesempatan terhadap kesibukan laluan udara merentasi Teluk Bengal dan tersekat kepada laluan komersial untuk mengelak disyaki oleh radar utama (tentera), kata akhbar itu.

“Individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan kukuh mengenai avionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih. Ia melepasi Kelantan, ia adalah benar,” kata NST memetik kenyataan pegawai yang enggan dikenali.

“Terrain masking” merujuk kepada kebolehan meletakkan pesawat supaya alam semula jadi bumi menyembunyikannya daripada gelombang radio yang dihantar daripada sistem radar. Ia adalah teknik yang biasanya digunakan dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang sangat rendah di kawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka.

Pakar berkata, menerbangkan Beoing 777 dengan cara itu adalah berbahaya kepada kerangka pesawat udara dan boleh menyebabkan mereka di dalam pesawat pening dan mengalami disorientasi spatial.

Pesawat MH370 dianggarkan terbang selama lapan jam dan pihak berkuasa percaya ia terbang merentasi dua negara lain selain Malaysia, tetapi tidak jelas negara yang mana.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pencarian MH370 kini diluaskan ke kawasan antara Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan Indonesia di selatan.

Pencarian di kawasan baru dilancarkan selepas data satelit mendapati pesawat itu berada di salah satu daripada dua koridor: di utara ialah kawasan menjangkau dari utara Thailand ke Kazakhstan, atau di selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

NST memetik sumber sebagai berkata, siasatan kini fokus kepada lapangan terbang yang tidak digunakan lagi tetapi dilengkapi landasan panjang yang mampu mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 777.

Putrajaya memberikan taklimat kepada wakil negara daripada hampir 24 negara dan meminta bantuan antarabangsa dalam mencari pesawat itu.

“Kawasan mencari diperluaskan,” kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semalam.

“Daripada fokus utama kepada laut cetek, kita kini melihat kepada kawasan daratan lebih luas, merentasi 11 negara, termasuk kawasan laut dalam dan terpencil,” katanya.

Siasatan juga fokus kepada latar belakang dua juruterbang, anak kapal dan kakitangan lapangan yang bekerja di pesawat yang hilang itu.

Pada Sabtu, pegawai Cawangan Khas menggeledah rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27.

Hari ini, Reuters melaporkan kata-kata terakhir dari kokpit MH370 – “all right, good night” (baiklah, selamat malam) – diucapkan oleh seseorang dalam pesawat yang sudah mula memadamkan satu daripada sistem pengesan automatik pesawat.

Katanya, kedua-dua tempoh masa dan frasa yang tidak formal, diucapkan kepada pengawal trafik udara ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia boleh menambahkan lagi syak wasangka MH370 dirampas atau sabotaj.

Hishammuddin semalam berkata, rakam keluar itu adalah selepas salah satu sistem komunikasi data pesawat, yang boleh menyebabkan ia tidak dikesan liputan radar, dipadamkan secara sengaja.

“Jawapan kepada soalan anda ialah ya, ia ditutup sebelum,” katanya kepada media ketika ditanya jika sistem ACARS – penyelenggaraan komputer yang menghantar balik data status pesawat – dinyahaktifkan sebelum suara rakam keluar.

Pemeriksaan latar belakang pesawat tidak memberi maklumat berguna tetapi tidak semua negara yang mempunyai rakyatnya dalam pesawat itu sudah memberi maklum balas terhadap permintaan informasi rakyat mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. – 17 Mac, 2014.

TMI