Monday, 3 March 2014

ANGGOTA POLIS MAUT DISERANG WARGA ASING


Dua anggota polis unit peronda diserang oleh lima suspek lelaki dipercayai warga Indonesia. Kejadian berlaku di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang Selangor lebih kurang jam 4 pagi tadi.



Dalam kejadian itu, dua suspek telah ditembak mati dan seorang anggota polis maut ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Anggota polis yang meninggal dunia dikenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera di bahagian muka dan kepala.

Menurut sumber, semasa kejadian, dua anggota polis tersebut melakukan rondaan dan terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia. Anggota polis telah membuat pemeriksaan dan berlaku pergelutan.

Dalam pergelutan itu, pistol milik Kpl Raja Aizam telah dirampas dan suspek telah cuba menembak Kpl Aidil tetapi tidak meletup. Kpl Aidil berjaya merampas senjata milik Kpl Raja Aizam dan telah berjaya menembak suspek.

Kpl Mohd Aidil masih di rawat di HTAR Klang.

Al-fatihah untuk anggota polis yang gugur demi keamanan negara.

mediaharia

No comments:

Post a Comment