Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Monday 3 August 2015

Siapakah begitu murah hati derma RM2.6 bilion tanpa syarat?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukan 1MDB.
Kini, timbul beberapa persoalan lanjut:

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?

10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 Ogos 2015

Saturday 1 August 2015

10 soalan objektif buat PM

Di keluaran Harakah Bil 2066 (27-30 Julai), Presiden PAS telah melahirkan kebimbangannya mengenai susutan nilai Ringgit yang mendadak kerana krisis isu 1MDB.

Malah beliau ingin mengetahui kebenaran kepada dakwaan-dakwaan yang melimpah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dengan mendesak kerajaan bersikap jujur dan telus dalam usaha menyelesaikan segera isu 1MDB dengan apa saja langkah yang diperlukan.

Jika kerajaan gagal melakukannya, beliau memberi amaran ekonomi Malaysia akan musnah dengan kejatuhan Ringgit. Beliau turut mengingatkan Umno bahawa kepentingan rakyat dan negara harus menjadi keutamaan.

Oleh itu, adalah fitnah untuk sesiapa menyatakan PAS mahupun sesiapapun di PAS yang memberikan sokongan kepada Najib mahupun kerajaan.

Hari ini, Datuk Seri Najib berkata rakyat kini lebih mempercayai persepsi daripada kebenaran, terutamanya dalam isu 1MDB.
Rakyat tidak salah. Puncanya ialah kegagalan beliau mahupun pihak kerajaan memberikan jawapan, malah mengelak soalan yang mudah ke soalan-soalan yang dibangkitkan di dalam isu 1MDB.
Malah, beliau tidak segan-silu menggunakan nama Presiden PAS untuk mempertahankan dirinya berdasarkan berita yang disalah lapor dan penafian sudah dibuat.

Semua ini membuktikan ia hanyalah satu reaksi terdesak daripada Najib yang semakin lemas dalam isu 1MDB.

Di bawah, saya mengemukakan 10 soalan objektif kepada Datuk Seri Najib mengenai kontroversi 1MDB dan beliau. Jawapan kepada soalan-soalan ini bakal membantu rakyat mendapat jawapan dan menghilangkan kerisauan Perdana Menteri bahawa rakyat hanya mempercayai persepsi semata-mata.

1. Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak

2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak

3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?

A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB
B. Versi Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM
C. Versi Datuk Seri Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah
D. Versi Datuk Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM
E. Versi Tun Dr Mahathir – duit itu untuk pilihanraya
F. Versi jawapan asal Datuk Seri - Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri

4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak

5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak

6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.

Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.

Siapa yang sedang berbohong?

A. Datuk Seri Najib Razak
B. Datuk Abdul Azeez Rahim

7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah

8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak

9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak

10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?
A. Ya
B. Tidak

Lebih elok Najib menjawab soalan-soalan objektif yang mudah ini daripada terus menyalahkan rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1 Ogos 2015

Thursday 30 July 2015

Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian



Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.

Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

Disertakan pautan temuramah tersebut :

Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am

Tuesday 28 July 2015

Terkini! Muhyiddin tersenyum lebar



Beliau mengatakan yang masih timbalan presiden parti.

Lawan tan sri. Najib dah teruk tu.

Tahniah anak kelantan



Semoga dapat menjalankan tugas dengan adil dan amanah. Jangan rasuah dan zalim kepada rakyat.

Najib makan malam dengan tpm baru



Makan la wei sekenyang mungkin!

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet Julai 28, 2015

1. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:

(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;

(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;

(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;

(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;

(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;

(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan

(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:

(i) YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;

(ii) YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;

(iii) YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;

(iv) YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki;

(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;

(vi) YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican;

(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;

(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan

(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

2. Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

3. Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

4. Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

5. Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

6. Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

7. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

8. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

9. Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

10. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

28 Julai 2015

Monday 27 July 2015

SEMAKIN GETIR UJIAN, SEMAKIN RAPAT DENGAN KEMENANGAN

Muhammad Mujahid Perak

SEMAKIN GETIR UJIAN, SEMAKIN RAPAT DENGAN KEMENANGAN

Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Saya pelik dengan beberapa kelompok;

1. DAP katanya memperjuangkan kebebasan, tetapi mereka menghalang PAS daripada melaksanakan undang undang Islam di Kelantan.

2. Ada GHB yang mendakwa pemikiran yang hebat, tetapi mereka sendiri yang mengatakan "aku tidak langgar bai'ah, tetapi PAS yang langgar bai'ah".

3. SIS katanya memperjuangkan kebebasan kaum wanita, tetapi mereka menghalang orang Islam daripada memakai tudung.

4. UMNO katanya memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi mereka sendiri merompak duit negara berbillion ringgit sehingga menindas bangsa Melayu sendiri.

5. Beberapa kelompok yang katanya jemaah Islam, tetapi mereka jugalah yang mempertikaikan apa yang PAS perjuangkan.

Dulu, PAS dikatakan kuda tunggangan DAP, tetapi apabila PAS bertegas dengan prinsip, mereka berdiam diri tidak pula menyokong tindakan PAS. Sejak kebelakangan ini, PAS dikatakan nak bergabung dengan UMNO walaupun telah dinafikan. Tetapi hari ini mereka pula yang memperkenalkan Kerajaan Campuran.

Apabila PAS memperkenalkan cara Islam dalam pendakwaan, mereka dakwa PAS sokong Najib. Apabila PAS bertegas dengan prinsip, mereka katakan tak pandai realiti. Apabila PAS bersabar bertahan dengan fitnah, mereka katakan PAS ketinggalan.

Apabila PAS berjanji taat setia (bai'ah) mereka mula memperbodohkannya walaupun mereka sendiri turut sama melakukan perbuatan ini tatkala mahukan secubit kuasa dahulu. Sabarlah wahai PAS, sabarlah wahai para pimpinannya, sabarlah wahai Tok Guru,

Pakar sejarah Dr Raghib as Sarjani pernah menyatakan

إذا اشتد البلاء قرب النصر

"Semakin getir ujian itu, bermakna semakin hampirlah kemenangan itu"

Istiqamah hingga kemenangan

Friday 24 July 2015

PILIHAN RAYA BUKAN DIMENANGI SELEPAS PENAMAAN CALON SAHAJA

Iskandar A Samad

Mungkin ada wakil-wakil rakyat yang mendakwa bahawa beliau membelanjakan beratus ribu ringgit untuk pilihan raya maka beliau tidak terhutang budi kepada sesiapa.
Saya hendak ingatkan mereka bahawa kempen untuk memenangkan seorang calon pilihan raya bukan bermula dari pembubaran Parlimen atau penamaan calon.

Malah kempen atau usaha untuk memenangi pilihan raya bukan juga bermula 6 bulan atau 1 tahun sebelum hari pembuangan undi.

Gerakerja pilihan raya adalah satu gerakerja berterusan. Ia adalah satu gerakerja yang terus menerus berjalan selama belasan malah puluhan tahun.

Contohnya kemenangan untuk kerusi-kerusi pada pilihan raya umum 2013 adalah juga hasil gerak kerja seawal tahun-tahun 80'an dan 90'an.

Setiap ahli atau penyokong yang bertungkus lumus sepanjang tempoh tersebut mempunyai saham di dalam kemenangan seorang calon.

Setiap titik peluh yang dikeluarkan dan setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka mesti diiktiraf dan bukan sahaja kerja-kerja selepas penamaan calon atau setahun sebelum penamaan calon.

Kalau hendak dikira, untuk memenangi satu kerusi sudah tentu melibatkan kewangan berjumlah jutaan ringgit atau tenaga kerja yang berjumlah beribu-ribu orang.

Malah ramai dari mereka yang telah meninggal dunia sebelum penamaan calon.
Oleh yang demikian, janganlah ada wakil rakyat yang mendabik dada kemenagan mereka adalah hasil usaha mereka sahaja.

Iskandar A Samad
9 Syawal 1436

Thursday 23 July 2015

Senja begini saya coretkan sikit untuk renungan bersama dalam isu GHB ini

Amzad Hashim


GHB adalah serpihan PAS. Mereka yg mungkin batang tubuh atau idealisma mereka tidak diterima oleh 80% ahli PAS berdasarkan keputusan muktamar lalu. Mereka kecewa. Adab berjemaah akur dgn keputusan jamaah. Tapi mereka mahu teruskan juga asalnya atas alasan mahu kuatkan PAS. Kini tanpa segan silu mereka berkata PAS adalah lawan mereka.

BUKAN semua 20% ahli PAS yg mengundi mereka menyokong GBH. Dari kalangan 20% itu ramai yg matang dan bersih hatinya, benar2 percaya bahawa kaedah yg mereka perjuangkan demi kebaikan PAS. Malah merekapun tak sangka rupa2nya pandangan mereka adalah mewakili minoriti dalam PAS kerana media asyik beri keyakinan yang merekalah yg menguasai.
Samalah permainan media sekarang yg beri gambaran yg fantastik tentang GBH.

Jadinya GBH disokong kurang 10% ahli PAS yg nekad menganggap PAS musuh/lawan/seteru/saingan/opponent mereka.
Sekarang DAP mengetuai rancangan satu pakatan baru yg mereka yakin dapat sokongan PKR dan dimasukkan bersama serpihan PAS, GBH ini.

GBH ini akan dibiaya dengan bantuan kewangan dari DAP. Seperti juga PASMA tidak pernah menafikan menerima wang yg byk dari DAP (sehingga RM500,000 sebulan menjelang Muktamar PAS yg lalu).
GBH tidak sembunyikan niatnya untuk masuk bertanding dikawasan di mana PAS menentang UMNO. Untuk apa, rakyat Malaysia bukanlah tolol sangat untuk tidak memahaminya.

GBH sbg serpihan yg kecil tanpa jentera sudah tahu mereka punya peluang tipis untuk menang. Mereka cuma nak lepas dendam. Konon tanpa mereka PAS takkan menang. Sedangkan perbuatan jijik mereka sebenarnya memberi harapan baru kepada UMNO.

Kita kembali kepada gabungan DAP , PKR dan GBH.

GBH sudah nyata sifatnya menjadi alat kepada DAP sebagai kuda mereka dalam permainan catur perluasan kuasa DAP dalam lanskap politik negara.

PKR bukan sepenuhnya Islam. Jika rajin memeriksa adun dan mp PKR maka boleh dinilai nisbah berapa yg muslim dan berapa yg bukan muslim.

Gabungan PKR, DAP dan GBH nyata nya adalah alat dan perangkap penguasaan DAP sebagai dominant king maker.

Saturday 11 July 2015

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK ASAS KERJASAMA NON MUSLIM

Disana terdapat sebuah hadis berkenaan hubungan Islam dan non muslim. Semasa sedang bersiap menghadapi Perang Badar, seorang pahlawan kuffar datang bertemu Rasulullah menawarkan diri untuk turut berperang melawan musyrikin Mekah. Nabi menolaknya sehinggalah beliau datang kali ketiga dan menyatakan telah memeluk Islam, baru Nabi menerimanya.
Hadis ini menjadi dalil mereka yang menolak sebarang kerjasama Islam dengan bukan Islam.

Selepas Fath Mekah, dikhabarkan Puak Hawazin dan Thaqif sedang mengatur serangan terhadap umat Islam di Mekah. Rasulullah terus mempersiapkan tenteranya. Antara yang dibuat adalah mengadakan kerjasama dengan Hakim bin Hizam, seorang musyrikin untuk meminjam senjata daripada mereka.

Sekiranya dilihat, Perang Badar Rasulullah menolak kerjasama non-muslim sementara dalam Fath Mekah Rasulullah menerimanya. Badar berlaku dua hijrah dan Fath Mekah berlaku 8 hijrah. Kedua berlaku pada bulan Ramadhan. Ulama usul berpendapat peristiwa Fath Mekah yang lebih mutakhir memansuhkan peristiwa dalam Perang Badar.

Dalam Perang Badar, umat Islam dalam keadaan lemah tetapi tidak mahukan bantuan. Dalam Fath Mekah (Perang Hunain), umat Islam kuat dan ramai. Bilangan mereka lebih dari 10000 orang, tetapi masih menerima bantuan non-muslim.

Ini menunjukkan bahawa kerjasama dengan bukan Islam bukan bertujuan untuk mengambil kesempatan dan menganggap faktor kemenangan adalah daripada mereka. Tetapi tujuan sebenar ialah untuk berdakwah menyampaikan risalah Islam. Kerjasama dilakukan supaya non-muslim melihat bagaimana cara dan ajaran Islam melalui urusan antara mereka.

Kita harus meyakini bahawa kemenangan dan pertolongan semuanya datang dari Allah SWT sahaja. Apa yang Nabi buat ialah untuk menunjukkan Islam, bukan mengharapkan senjata dan bantuan dari mereka.

Begitulah hubungan kita dengan bukan Islam hari ini. Tujuannya adalah untuk menunjukkan apakah dia Islam, bukan mempercayai kalau bukan kerana mereka, kita tidak akan menang. Ini sudah menjadi salah dalam prinsip perjuangan kita.

Masjid Rusila
10 Julai 2015
(Alang Ibn Shukrimun)

Friday 10 July 2015

Tahaluf Siasi Dengan DAP Terbatal

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP
Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

Tuesday 7 July 2015

KENYATAAN MEDIA DS ANWAR KINI DIRAWAT DI HKL

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan bahawa beliau telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi untuk menerima rawatan lebih lanjut.

Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari. Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah dibenarkan bertemu dengan Datuk Seri Anwar petang tadi.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN
7 Julai 2015

Tuesday 30 June 2015

Kenaikan berterusan harga minyak, Tahniah kepada penyokong BN.

Bermula 1 Julai 2015, harga minyak Ron 95 dinaikkan kepada 10 Sen manakala minyak Ron 97 dinaikkan sebanyak 20 Sen. Ini menjadikan harga terbaru minyak Ron 95 adalah RM 2.15 untuk 1 liter dan RM 2.55 bagi Ron 97 untuk 1 liter. Harga Minyak Diesel pula dikekalkan pada harga RM 2.05 untuk 1 liter. Harga minyak dunia 3 hari lepas adalah pada harga USD 59.63 untuk 1 Tong atau 1 Barrel.

Penetapan harga terbaru ini hampir menyamai harga Ron 95, Ron 97 dan Diesel pada September 2013. Pada ketika itu, minyak Ron 95 adalah ditetapkan RM 2.10 untuk 1 liter dan minyak Ron 97 pula adalah RM 2.75 untuk 1 liter manakala minyak Diesel ditetapkan RM 2.00 untuk 1 Liter. Harga minyak dunia pada September 2013 adalah pada harga USD 107.2 untuk 1 tong atau 1 Barrel.

Jika dibuat perbandingan harga dunia pada waktu ini dan September 2013, kita dapati harga kini lebih rendah 45 peratus berbanding harga dahulu. Malangnya, harga minyak yang ditetapkan tidak berubah. Jika dahulu Kerajaan BN memberikan alasan bahawa harga tidak dapat diturunkan kerana harga minyak dunia tinggi. Kini kata Kerajaan, harga minyak negara meningkat kerana diapungkan mengikut pasaran dunia. Macam-macam alasan yang dikenakan untuk mewajarkan kenaikan yang dibuat. Walaupun mereka berselindung di sebalik subsidi yang diberikan dahulu, namun penurunan harga sebanyak 45 peratus itu tidak boleh diterima dari sudut logik akal berbanding harga yang ditetapkan.

Kenaikan ini pula disaat umat Islam Malaysia sedang menjalani Ibadah Ramadhan dan bakal menyambut Aidil Fitri. Banyak keperluan dan pembelian yang perlu dilakukan. Pastinya, ia membuatkan harga dan kos sara diri akan bertambah. Ini akan terus membebankan rakyat ditambah pula dengan kesan GST yang telah tersedia menghantui rakyat.

Cikgu Mohd Ariff Abdullah

- Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS P. Chepa -

Saturday 27 June 2015

Lawatan Pas Pusat Ke Pulau Pinang



Alhamdulillah. Mendapat sambutan yang baik. Terus istiqamah bersama perjuangan islam yang sejati.

Friday 26 June 2015

Dengarlah jika masih ada hormat pada Mursyidul Am dan PAS (26/6/15)

Dengarlah jika masih ada hormat pada Mursyidul Am dan PAS (26/6/15)

Kesungguhan pihak-pihak tertentu mahu melangkah keluar dari PAS dan menubuhkan parti Islam sendiri sudah pasti mengecewakan banyak pihak khasnya dikalangan ahli-ahli dan pendukung PAS. Ini tambah pula apabila mereka itu masing-masing dahulunya menang di peringkat Parlimen dan DUN masing-masing atas panji-panji PAS.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din turut melahirkan sentimen yang sama sebagaimana dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini.

Menurut beliau PAS tidak dapat menahan sesiapa ahlinya yang ingin meloncat keluar menubuhkan parti baru. Akan tetapi mereka harus ingat katanya bahawa mereka itu tidak dapat bertahan lama dalam keadaan demikian.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

“Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya” (Riwayat Al Nasaai)

Sejarah PAS telah membukitkan betapa mereka yang ghairah keluar menubuhkan parti baru lazimnya tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kecundang layu begitu sahaja. Sejarah Allahyarham Datuk Asri, Berjasa, Hamim dan kemudiannya Kumpulan Islah di tahun 90an semuanya memrupakan bukti betapa nasib pemimpin PAS yang bertindak demikian.

Datuk Dr Haron Din turut menasihati kumpulan yang kecewa dalam PAS itu agar berfikir panjang sebelum mengambil sebarang tindakan. Menubuhkan parti Islam baru akan hanya mencetuskan pecah-belah dan melemahkan gerakan Islam. Yang untung nanti kata beliau lagi sebagaimana dilaporkan oleh The Star adalah musuh-musuh kita.

Menang atau kalah tambah beliau adalah merupakan adat dalam sistem demokrasi. Jangan berpecah kerana berbeza pandangan. Perbezaan itu perlu diuruskan sebaik-baiknya termasuklah dalam hubungan sesama PR.

Demikianlah keprihatinan Mursyidul Am PAS terhadap cita-cita dan kemahuan kelompok G18.

Namun demikian jika sekiranya mereka telah benar-benar bertekad mahu keluar juga dan tubuhkan parti baru, sekaligus mereka memberi isyarat bahawa mereka bersedia menghadapi PAS. Kerana di sana nanti pasti mereka akan bertanding melawan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Masakan contohnya Dr Dzulkfili mahu bertanding di Seputeh atau di Permatang Pauh. Mat Sabu pula takkan nak bertanding di Bagan atau di Bukit Katil.

Jika itu berlaku, saya yakin dan percaya seluruh kekuatan PAS akan bersatu menghadapi mereka. Ketika itu setaraflah mereka dengan mana-mana seturu politik PAS termasuklah Umno.

Berfikir panjang, itu nasihat Mursyidul Am PAS, kiranya masih ada hormat pada PAS, jika tidak bersedialah untuk menghadapi kami semua insyallah.

Wednesday 24 June 2015

"Kabinet Penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2015 - 2017"

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

7 Ramadhan 1436 / 24 Jun 2015

1. Sukacita saya maklumkan bahawa kami, selepas menilai pandangan dan cadangan daripada pelbagai peringkat jentera parti dan pemuda PAS, telah menyempurnakan perlantikan dan memuktamadkan senarai penuh organisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 - 2017.

2. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa yang akan memegang portfolio lajnah dan jabatan dalam Dewan

Pemuda PAS Malaysia sesi ini:

2.1. JAWATANKUASA HARIAN

2.1.1. Ketua Pemuda:

YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

2.1.2. Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

2.1.3. Naib Ketua Pemuda:
Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin (Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS))

2.1.4. Setiausaha:

Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (Pengerusi Sekretariat Pemuda)

2.1.5. Penolong Setiausaha 1:
Sdr Nurul Islam Mohamed Yusoff

2.1.6. Penolong Setiausaha 2:
Sdr Damanhuri Dol

2.1.7. Penolong Setiausaha 3:
Sdr Mohd Eikhwan Mohd Ali

2.1.8. Bendahari:
Engr. Mukhtar Suhaili

2.1.9. Ketua Penerangan:
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

2.1.10. Pengarah Pilihanraya Pemuda:
Ustaz Syarhan Humaizi Halim

2.2. JAWATANKUASA KERJA

2.2.1. Pengarah Strategi:
Sdr Syahir Sulaiman

2.2.2. Akademi Tarbiyah Pemuda
Pengerusi: YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
Timbalan Pengerusi: Ustaz Hazmi Dibok

2.2.3. Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP)
Pengarah: Ir. Hadi Amat

2.2.4. Lajnah Dakwah
Pengerusi: Ustaz Mohd Hafez Sabri
Timbalan Pengerusi: Sdr Zulzaim Hilmie Abidin

2.2.5. Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Rakyat
Pengerusi: YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim
Timbalan Pengerusi: Ustaz Nor Azariza Alawi

2.2.6. Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO
Pengerusi: Ustaz Mohamad Ibrahim

2.2.7. Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka
Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa

2.2.8. Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak
Pengerusi: Sdr Mohamad Arifiriazul Paijo

2.2.9. Jabatan Penerangan dan Media Baru
Pengarah: Sdr Izwan Abdul Halim

2.2.10. Jabatan Pilihanraya Pemuda
Timbalan Pengarah: Sdr Al Ghazali Abu Bakar

2.2.11. Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS)

Timbalan Pengarah: Ustaz Bilal Rahuddin
2.2.12. Jabatan AMAL
Pengarah: Sdr Mohd Nazree Mohd Aris

2.2.13. Jabatan PASTI
Pengarah: YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat

2.2.14. Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah
Pengarah: Ustaz Muhammad Ismail

2.2.15. Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Pengarah: Sdr Ahmad Taufiq Kamaruddin

2.2.16. Jabatan Pembangunan Mahasiswa Luar Negara
Pengarah: Ustaz Syed Kadir Hussin

2.2.17. Jabatan Pembangunan Graduan
Pengarah: Dr. Abdul Azim Abu Hasan

2.2.18. Jabatan Pembangunan Pelajar
Pengarah: Sdr Hishamuddin Mustafa

2.2.19. Jabatan Professional Muda
Pengarah: Prof. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid

2.2.20. Jabatan Hal Ehwal Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Pengarah: Sdr Wan Rohimi Wan Daud

2.2.21. Jabatan Teknologi Maklumat
Pengarah: Sdr Wan Asrul Affendi Wan Mohamad

2.2.22. Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar
Pengarah: Prof. Dr. Muhammad Ibrahim

2.2.23. Jabatan Perbendaharaan
Pengarah: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengarah: Ustaz Yussaine Yahya

2.2.24. Jabatan DHPP Muda
Pengerusi: Sdr Balendren a/l N. Balasubramanian

2.2.25. Ketua Staff: Ustaz Abdul Hadi Mohd Ghazali

3. Saf kepimpinan DPPM kali ini adalah kombinasi lulusan agama, profesional dan aktivis dengan pelbagai latar belakang bidang serta kepakaran.

4. Maka, dengan lengkapnya senarai ini, saya bagi pihak seluruh anggota Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan komitmen bahawa kami akan terus bekerja menyampaikan agenda Islam kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.

5. Kami mengulangi penegasan dan dukungan kami terhadap kepimpinan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan akan memastikan usaha pengukuhan dan kekuatan jamaah PAS sebagai wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah.

6. Kami menyeru sokongan seluruh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia terutama anak muda untuk bersama kami memacu ke arah Malaysia yang lebih baik.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday 22 June 2015

Pemuda Umno Pulau Pinang Mengamuk



Haha.. Baru nak mengamuk. Elok la tu, hang p bakaq habis bendera dap tu.

Aku ingatkan dah takda umno kat pulau pinang ni. Hahaha..