Tuesday, 6 January 2009

PR Kecil KT, UMNO/BN MASIH ULANGI TAKTIK LAMA



Parti Barisan Nasional terutama sekali UMNO nampaknya belum dan tidak menyedari bahawa rakyat sudah bosan dengan taktik yang selalu digunakan apabila menghadapi pilihan raya umum apatah lagi pilihan raya kecil. Isyarat yang diberikan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan sebelum itu pilihan raya umum ke-12 tidak dijadikan iktibar.

Bagi pilihan raya kecil Parlimen untuk mengisi kekosongan kerusi Kuala Terengganu, UMNO telah siang-siang lagi mencaturkan "politik sogokan pembanunan" untuk memikat atau menagih undi rakyat.

Para pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri terutamanya, bergegas ke Kuala Terengganu untuk mengumumkan "peruntukan pembangunan" yang kononnya telah diluluskan dalam rancangan pembangunan yang disediakan sama ada melalui Belanjawan mahupun Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

Awal-awal lagi masyarakat Cina Kuala Terengganu mendapat peruntukan lebih RM6 juta untuk pembangunan dua buah dewan selain beberapa janji peruntukan lain.



Timbalan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudahpun berkampung di Kuala Terengganu telahpun menyerah cek bernilai besar sebagai "royalti minyak" dan merasmikan sebuah hotel milik Felda. Beliau juga menjanjikan jawatan timbalan menteri akan diberikan semula kepada calon BN sekiranya dia menang.

Janji-janji dan sogokan pembangunan adalah taktik lapuk tetapi nampaknya UMNO dan BN masih ketinggalan zaman. Rakyat sekarang tidak mudah dipengaruhi dengan janji-janji manis dan projek pembangunan semata-mata untuk mendapat sokongan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak lebih daripada "nak tunjuk muka" berduyun-duyun ke Kuala Terengganu kononnya nak bantu calon BN tetapi pada hakikatnya kehadiran mereka tidak dapat membantu bahkan "menyemakkan" suasana.

Media yang menyokong kerajaan pula terus menghidangkan laporan berat sebelah dan yang mengagung-agungkan pemimpin. Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat dah naik jijik dan jelek dengan laporan sedemikian?

Cara dan kaedah yang digunakan oleh UMNO/BN dan media bukan sahaja tidak betul tetapi boleh menikam diri sendiri.

Zaman telah berubah, pusaka akan bergilir, tetapi kenapa penggiliran tidak dilaksanakan mengikut perubahan zaman? Inilah pengajaran yang masih belum dihayati oleh UMNO.


Saya kira keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan memihak kepada BN jika dilihat dari sudut calon kerana saya berpendapat UMNO telah memilih calon yang kurang tepat. Sekiranya pengundi membuat pilihan berasaskan calon, maka kemenangan akan memihak kepada calon PAS. Jika pemilihan dibuat berasaskan parti, kemenangan boleh memihak kepada BN, saya katakan boleh memihak kerana kekuatan agak sama rata.

Saturday, 3 January 2009

Isu Gaza....Oh! I See....



Selepas lapan hari pengganas Zionis menyerang Semenanjung Gaza dan setelah hampir 450 orang terkorban, barulah negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat (markas) di Jeddah. Menteri Luar Malaysia Dr Rais Yatim mewakili negara ke mesyuarat itu.

Apa faedahnya? Benarlah seperti kata-kata sindiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu bahawa OIC tidak lebih daripada "Oh! I see"... hanya "see" tanpa tindakan.

Negara-negara Arab yang berjiran dengan negara Yahudi Laknatullah itupun tidak ubah seperti sotong tanpa tulang belakang. Yang paling teruk dan pengecut adalah Mesir dan presidennya Hosni Mubarak.

Apakah jenis manusia bernama Hosni Mubarak yang sanggup menutup sempadan Gaza dengan Mesir semasa jet-jet pejuang Yahudi Laknatullah menggugur bom demi bom dan peluru berpandu ke atas bumi Gaza. Tindakan Hosni yang merupakan konco Amerika Syarikat itu menyekat rakyat Gaza daripada menyelamatkan diri di bumi Mesir, bumi Anbia yang sepatutnya menjadi bumi pelindung kepada umat yang sebangsa dengan Hosni.

Begitu juga dengan pemimpin boneka di Arab Saudi dan Jordan yang hanya berpeluk tubuh melihat umat sebangsa mereka menjadi mangsa kekejaman pengganas Zionis. Di mana letaknya kemanusiaan? Tidakkah mereka mempunyai sedikitpun perasaan belas kasihan terhadap umat sebangsa yang menghadapi mara bahaya itu? Oh Ya, mereka lebih rela mempertahankan takhta masing-masing.

OIC juga sama. Apa guna mengadakan mesyuarat tergempar selepas lapan hari puak Zionis mengganas? Selepas 700 serangan bom dan peluru berpandu Yahudi Laknatullah menghujani bumi Gaza. Tergempar tahi kucing!

Presiden Palestin yang juga boneka Amerika Syarikat pun sama. Mahmood Abbas lebih rela melihat rakyat Palestin di Gaza menderita semata-mata kerana dia, sama seperti Yahudi Laknatullah dan Geroge W Bush, ingin menghapuskan Hamas. Oleh itu, dia sanggup melihat rakyat Palestin di Gaza di bunuh dan Semenanjung Gaza itu sendiri menjadi padang jarak, padang terkukur.

Insya Allah. Rakyat Palestin akan bangkit dan negara Yahudi Laknatullah akan menerima balasan. Itulah doa yang dapat dipohon dan dilontarkan kerana kita tidak berupaya untuk melontar (melancar) peluru berpandu mahupun bom tangan ke bumi Yahudi Laknatullah.


Ya Allah, selamatkan bumi Palestin. Selamatkan rakyat Palestin. Ya Allah, berilah kemenangan kepada Palestin, berilah kekuatan kepada Hamas dan Hezbollah. Ya Allah, hapuskan Yahudi Laknatullah. Amin.