Lambat laun kebenaran akan muncul dan adakah ini satu kebenaran? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Apa yang dimaksudkan ialah pengakuan bapa Saiful Bukhari yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya dalam kes yang heboh diperkatakan sebagai - kes liwat II.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohamad Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
Untuk berita sepenuhnya, sila lungsuri laman sesawang malaysiakini.com atau themalaysiainsider.com
Terkini: Dalam satu sidang berita kemudian, Saiful tetap dengan dakwaannya itu dan bertegas yang tidak akan menarik baliknya. Dia tidak tahu kenapa bapanya berpendirian sebaliknya.
Persoalannya sekarang - siapa yang boleh dipercayai? Bapa atau anak? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Azlan, 60, memohon maaf kepada Anwar Ibrahim sambil berkata anaknya telah diperguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memfitnah mantan timbalan perdana menteri itu dalam kes liwat II.
Dia juga mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya (Saiful Bukhari) dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan oleh pegawai berkenaan dan seorang peguam.
Azlan berkata mereka adalah dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar, dalam kes yang melibatkan anaknya, Saiful Bukhari.
Kata orang politik itu kotor, sebenarnya politik bersih, yang kotor dan menjadi najis ialah manusia yang menjadikan politik satu permainan yang amat kotor, lebih kotor daripada najis khinzir.