Pada hari Isnin, 15 April, dua buah rumah di kampung saya di Pulau Pinang kebakaran. Sebuah daripadanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi musnah 80 peratus. Kebakaran berlaku kira-kira pukul 3.40 petang dan puncanya belum pasti 100 peratus.
Saya dan dua orang anak saudara bergegas pulang kerana kedua-dua rumah berkenaan dimiliki oleh ahli keluarga besar yang menghuni tanah wakaf khas keluarga. Kami tiba di Kampung Syed, di Jalan Burma, George Town, kira-kira pukul 9.30 malam dan terperanjat melihat keadaan rumah yang kebakaran itu.
Keadaan dalam rumah Syed Sharaff (tingkat atas). |
Apa yang menarik perhatian saya ialah antara NGO yang mula-mula tiba memberi bantuan 'kecemasan' dalam bentuk wang tunai RM300 (untuk satu keluarga) dan sedikit bahan makanan (halal kata mereka) kepada mangsa kebakaran adalah sebuah yayasan Buddha - "Buddhist Tzu-Chi Foundation". Wakil yayasan Buddha itu, Puan Ang Suat Keng berkata pertubuhan kebajikan yang ditubuh pada tahun 1993 itu memberi bantuan dan pertolongan kepada manusia yang ditimpa kecelakaan tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya bertujuan untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat. Yayasan itu aktif dalam kerja-kerja kebajikan termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kemanusiaan.
Menurut seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang yang turut hadir menilai kerosakan selain memberi bantuan kecemasan, yayasan Buddha itu aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan mereka sering yang pertama tiba di tempat kejadian memberi bantuan.
Rumah Syed Mohamad bin Syed Salim Aidid tinggal rangka. |
Puan Rowena Yam, calon BN DUN Pulau Tikus hadir dalam pertemuan dengan mangsa dan penduduk kampung. |
Turut hadir bertanya khabar dan memberi janji untuk membantu ialah wakil parti-parti politik utama di Pulau Pinang, iaitu Barisan Nasional (UMNO dan GERAKAN) DAP dan PAS. Maklumlah kebakaran berlaku menjelang pilihan raya dan semua pihak perlu turun padang untuk menunjukkan keprihatinan masing-masing. Kita tunggu dan lihat sejauh mana "janji akan ditepati".
Pada hari Selasa, dua orang wakil dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang berpejabat di Bandar Baru Perda, Seberang Perai hadir untuk memberi bantuan 'kecemasan" sebanyak RM300 kepada setiap ketua keluarga (dua orang) dan memberi borang untuk memohon bantuan. Selain itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Salleh Man menghantar pegawai khasnya yang turut mewakili PAS untuk meninjau keadaan dan menasihati bagaimana hendak memohon bantuan.
Sebuah daripada dua buah teksi milik penduduk yang musnah. |
Calon BN kawasan DUN Pulau Tikus, Rowena Yam memberi jaminan untuk mendapatkan bantuan NGO untuk membina semula rumah, khususnya rumah yang hangus sama sekali. Beliau berkata kontraktor dan arkitek akan membuat penilaian kerosakan terlebih dahulu.
Wakil media hadir meliputi pertemuan antara mangsa kebakaran dengan calon BN DUN Pulau Tikus yang diadakan dirumah Puan Sharifah Maznah Al-Asrar, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Perhubungan Pulau Pinang. Rumah Puan Sharifah Maznah dijadikan 'pusat operasi sementara' tragedi yang berlaku.
Antara bantuan segera yang diberi. |
Wakil Buddhist Tzu-Chi Foundation menyerah bantuan kecemasan kepada Puan Nur Shikin. |
Wakil Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyerah bantuan kcemasan kepada Syed Mohamad Aidid. |
No comments:
Post a Comment