Mantan Menteri Besar Selangor, Naib Presiden UMNO dan Ketua Penerangan UMNO/BN, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, hari ini sah menganggotai PAS.
Beliau yang diberi jolokan "Mat Tyson" itu menyerah borang keahlian kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Mat Taib berkata beliau menyertai PAS bukan kerana nak jadi calon atau rebut jawatan. Kerana itulah beliau menyerah borang permohonan menjadi ahli selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau akan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat (PR) di Selangor untuk meneruskan amanah selaku pentadbir negeri. Beliau juga memberi sokongan penuh kepada semua calon PR yang bertanding memenangi kerusi Parlimen di Selangor.
No comments:
Post a Comment