KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye hari ini menyarankan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual produk cermin gelap menyalahi spesifikasi ditetapkan oleh agensi itu.
Ini kerana kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu ada peniaga yang menipu pelanggan dengan mendakwa produk mereka diluluskan oleh JPJ.
Tindakan penguatkuasaan perlu dibuat secara menyeluruh, bukan sahaja terhadap pengguna tetapi juga kepada pembekal dan peniaga, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Selain itu, Lam Thye berkata siasatan juga perlu dilakukan ke atas kereta import terpakai yang telah siap dipasang cermin gelap dan lulus pemeriksaan Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk tujuan pendaftaran.
Bagaimana kenderaan ini boleh diluluskan jika cermin gelap yang dipasang itu melanggar undang-undang, katanya.
Sunday, 18 May 2014
BERANIKAH KERAJAAN HARAMKAN PENJUALAN TINTED GELAP?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment