Sunday 18 May 2014

PANAS!!!! BLOGGER UMNO MEROYAN DENGAN KEANGGUNAN DYANA SOFYA




SAKSIKAN BLOGGER UMNO MEROYAN
AKIBAT TAK SANGGUP TENGOK AWEK CUN
AKAN BERTANDING UNTUK PARTI DAP
SAMPAI BERMIMPI DYANA AKAN MASUK UMNO
KAH! KAH! KAH!

BUKAN SAJA BLOGGER UMNO MEROYAN
NAK HABAQ KAT HANGPA
PAK MENTERI UMNO PUN JADI BIUL
SEMUA DAH HILANG AKAI 
BILA TENGOK AWEK CUN NAK BERTANDING
ATAS KERUSI DAP

KAH! KAH! KAH!





'DAP calon Dyana untuk perangkap Melayu'


Pemilihan peguam muda Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang juga setiausaha politik Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu perangkap minda kepada pengundi, terutama orang Melayu.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di Teluk Intan diminta tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang meletak calon Melayu di kawasan itu sedangkan perkara berkenaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"DAP bukan sahaja pilih calon Melayu malah mereka meletakkan individu yang masih mentah dan tidak mempunyai apa-apa jasa kepada rakyat di Teluk Intan.

"Saya yakin kelebihan memihak kepada Barisan Nasional yang mempertaruhkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat dan sudah menabur bakti sebelum ini selain mempunyai banyak pengalaman," katanya.

Beliau mengulas pemilihan calon DAP itu selepas melancarkan Biro Penerangan, Media Baru dan IT Umno Bahagian Jerantut.

Ahmad berkata konsep 'Malaysian Malaysia' yang ditonjol DAP dengan memilih calon wanita Melayu sudah lama diguna pakai BN.

"Pengundi kaum Cina lebih ramai di kawasan Parlimen Teluk Intan, jadi pemilihan Siew Keong merupakan langkah paling tepat," katanya.

Sementara itu di Muar, Johor, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim mencabar Dyana Sofya menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

"Jika dia (DAP) sanggup mempersoal dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, kenapa dia tak suruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu ditutup?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-68 Umno dan Hari Keluarga Umno Bahagian Muar di Dewan Serbaguna Sungai Balang hari ini.

- Bernama


No comments:

Post a Comment