Wednesday, 21 May 2014

VIDEO SAMSENG TAIK KUCING BN GANGGU KEMPEN DYANA SOFYA




Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP.

Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam.

Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti.

Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan ‘Barisan Nasional’ menjerit, “Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik!



Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul.

Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar.

Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, “Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!”

Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam.

Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat lapor Roketkini.com

bloglist-malaysia

No comments:

Post a Comment