Saturday 19 July 2014

KECOH WANITA PAKAI BAJU BERTULISAN AL QURAN







Sejak petang semalam, pengguna FB heboh memperkatakan beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bukan Islam memakai baju batik dengan corak ayat suci al-Quran. Berdasarkan maklumat di laman sosial, ayat al-Quran yang dicetak pada baju itu dikatakan dari surah al Fatihah.

Berdasarkan gambar yang tersebar, seorang lelaki berbangsa Arab kelihatan memarahi wanita itu. Kejadian dikatakan berlaku di Pasar Raya Hero, Taman Dagang, Ampang. Tiada maklumat lanjut tentang butiran dialog antara lelaki Arab itu dengan wanita tersebut.

Namun tweet KPN memberikan sedikit maklumat yang lebih jelas. Menurut beliau, wanita yang seperti berbangsa Cina itu ialah wanita Korea. Dia dikatakan membeli baju itu di India dan baru sampai di Malaysia untuk melancong.

Oleh itu, beliau meminta rakyat Malaysia agar bersabar dan memberikan peluang kepada anggota polis untuk menyiasat perkara ini. -DCM


No comments:

Post a Comment