Sejak MH17 terhempas pada Khamis lalu, permainan saling menyalahkan berlaku antara Ukraine dan Rusia berkenaan siapa bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – Gambar Reuters, 23 Julai, 2014. Sebuah akhbar harian Itali melaporkan pengakuan mengejutkan oleh militan pro-Rusia yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Khamis lepas.
Corriere della Sera hari ini melaporkan temubual dengan militan yang tanpa berselindung berkata mereka tersalah anggap pesawat komersial itu adalah pesawat tentera Ukraine.
Laporan itu diteruskan dengan militanberkata beliau dan rakan-rakan unit diberitahu agar bersedia untuk berdepan tentera Ukraine, yang terselamat daripada pesawat tentera disyaki, sebaik sahaja mendarat.
"Pada petang Khamis, komander memerintahkan kami masuk ke dalam lori dengan senjata dan peluru. Mungkin 10 minit lebih awal, terdengar satu letupan kuat di udara.
"Kami baru sahaja menembak jatuh salah satu kapal terbang Kiev Fascist, mereka memberitahu kami, memberi kami amaran berjaga-jaga kerana sekurang-kurangnya beberapa orang anak kapal dilaporkan terselamat," militan itu memberitahu akhbar Itali dalam satu temubual di stesen kereta api Torez di mana kereta api mengandungi mayat mangsa MH17 yang bertolak ke Kharkiv.
"Kami mencari payung terjun di atas tanah dan pokok. Tiba-tiba, saya melihat serpihan.
"Di bawahnya, saya dapati mayat seorang gadis kecil, yang berusia tidak lebih lima tahun. Dia telungkup ke bawah. Ia sangat dahsyat. Ketika itulah saya menyedari ia kapal terbang awam. Bukan milik tentera," kata beliau dalam temu bual itu.
Walaupun enggan memberikan nama dan pangkatnya, militan berusia 31 tahun itu berkata beliau adalah seorang ahli unit separa tentera Oplot, yang menurut Corriere della Sera ditugaskan menjaga lokasi kemalangan sejak pesawat itu terhempas pada Khamis lepas.
Pendedahan ini mengejutkan selepas lima hari pemimpin pemisah Igor Girkin menyiarkan di media sosial pemberontak bertanggungjawab terhadap insiden MH17, mendakwa mereka menembak jatuh pesawat yang disangka milik tentera Ukraine.
Dalam posting itu, yang dilaporkan dibuat kira-kira 30 minit selepas kejadian, Girkin menulis "Di Torez, kami menjatuhkan kapal terbang, AN-26. Ia terletak di suatu tempat di Progress Mine. Kami mengeluarkan amaran agar tidak terbang di ruang udara kami."
Posting itu dipadamkan tidak lama kemudian, apabila mendapat tahu pesawat ditembak jatuh itu adalah pesawat awam.
Keesokan harinya, akhbar Ukraine menerbitkan apa yang dikatakan rakaman perbualan telefon, pertama antara pegawai perisikan Rusia dan seterusnya antara komander pemisah, berkenaan pesawat terhempas yang dipercayai MH17.
Sejak MH17 terhempas pada Khamis lalu, permainan saling menyalahkan berlaku antara Ukraine dan Rusia mengenai siapa bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal meninggal dunia dalam tragedi itu,dengan hampir 200 daripada mereka adalah warga Belanda.
Penerbangan pertama membawa 298 mayat tiba di Belanda hari ini, selepas meninggalkan Kharkiv. – 23 Julai 2014.
TMI
MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH
No comments:
Post a Comment