Melaka: Lima sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah didiami dimasuki dua anak babi hutan di Taman Paya Rumput Indah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dua haiwan liar yang dipercayai datang dari hutan berhampiran meluru masuk ke dalam rumah berkenaan ketika pemiliknya Azimi Bachik, 40, mahu menutup pintu pagar kediaman terbabit.
Lebih malang, keluarga itu terpaksa menunggu lebih sejam sebelum haiwan disangka musang dan terperangkap di dalam bilik air rumah mereka berjaya ditangkap oleh dua lelaki bersama anggota bomba.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.45 malam dan tiba di lokasi jam 9.54 malam.
Foto
ANAK babi hutan yang terperangkap di dalam bilik air.
"Seramai empat anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menangkap haiwan berkenaan," katanya.
Hmetro

No comments:
Post a Comment