Thursday, 11 September 2014

MENGAPA MPAJ PEKAK BADAK?



KUALA LUMPUR: Penduduk taman perumahan di Taman Pandan Indah Kuala Lumpur melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang telah memberi pemilikan semula kepada pemaju untuk membina perumahan baru bersebelahan dengan taman mereka. Apa tidaknya, pada 12 Julai 2011 projek tersebut telah dibatalkan oleh MPAJ kerana pemaju telah gagal untuk mematuhi syarat pihak MPAJ iaitu perlu menyediakan jalan alternatif yang lain bagi cadangan pembangunan tersebut.Ini susulan daripada bantahan penduduk pada mesyuarat "Traffic Impact Assessment" di MPAJ yang mengambilkira penilaian kesan lalulintas di kawasan itu.Penduduk membantah kerana pemaju ingin menggunakan jalan-jalan di taman mereka sebagai jalan keluar masuk.Ini kerana jalan-jalan di taman itu bersaiz kurang dari 40 kaki lebar dan tidak sesuai dihubungkan dengan perumahan baharu.

Namun setelah dua tahun berlalu pihak MPAJ telah menghantar surat secara terpilih kepada beberapa orang pemilik lot rumah di situ untuk hadir di dalam sessi taklimat yang diadakan pada 23 Oktober 2013 di MPAJ.Pihak MPAJ dikatakan ingin memberi pemilikan semula dan pemaju boleh meneruskan kembali projek tersebut yang telah dibatalkan sebelum ini.Majoriti penduduk tidak mengetahui akan taklimat tersebut kerana tidak mendapat surat daripada MPAJ,tidak sepertimana taklimat pada tahun 2011 ramai yang hadir kerana mendapat surat pemberitahuan.

Susulan daripada itu penduduk melalui wakil mereka telah menulis beberapa pucuk surat kepada pihak MPAJ meminta supaya semua penduduk dipanggil berjumpa pihak MPAJ dan tidak hanya beberapa pemilik lot sahaja.Ini kerana masalah penggunaan jalan-jalan di taman itu ketika pembinaan dan selepas pembinaan perumahan baharu di tapak bersebelahan taman akan ditanggung oleh semua penduduk.Namun pihak MPAJ tidak memberikan sebarang jawapan terhadap surat tersebut.

Wakil penduduk juga menghantar salinan surat kepada Adun Cempaka serta Ahli Parlimen Pandan berkenaan masalah ini namun tiada perhatian diberikan terhadap masalah mereka.Pada Jun 2014, pemaju mula kelihatan membuat kerja-kerja pembersihan di tapak. Curiga dengan keadaan tersebut, wakil penduduk menghantar emel kepada pihak MPAJ bertanyakan tentang status projek tersebut namun tiada apa-apa jawapan dari pihak MPAJ.Setelah beberapa orang penduduk pergi berjumpa pegawai Perancang Bandar MPAJ bertanyakan tentang status projek tersebut,beberapa hari kemudian pihak MPAJ telah menghantar surat kepada wakil penduduk mengatakan projek tersebut telah diluluskan semula pada 11 Februari 2014. Projek tersebut diluluskan juga oleh MPAJ walaupun pemaju masih gagal menyediakan laluan alternatif untuk kawasan perumahan baru mereka.

Tapak perumahan baharu yang kini telah dibersihkan untuk pembinaan. Lokasi tapak ini adalah di antara sebuah longkang besar dan landasan LRT. Bagaimana pihak perancang bandar boleh meluluskan pembinaannya di ruang yang sempit di antara sebuah longkang besar dan landasan LRT? Apa fungsi dan peranan mereka merancang bandar untuk masa depan? 

Gambar dirakam selepas waktu kerja.Lubang sedalam 10 kaki yang digali tidak di pagari sekitarnya.


Gambar ini diambil sekitar bulan Ogos 2014.Lubang yang digali untuk membina jambatan bagi kegunaan perumahan baharu bersebelahan jambatan sedia-ada kegunaan penduduk berulang-alik ke stesen LRT tidak dipagari untuk tujuan keselamatan.

Sehubungan dengan itu wakil penduduk berkata mereka akan bertindak sekiranya pihak MPAJ terus berdiam diri dalam hal ini,kerana projek yang diluluskan masih menggunakan laluan taman tersebut dan penduduk sememangnya membantah perkara itu sejak tahun 2011.Tambahan pula daripada pemantauan mereka pihak pemaju yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan tidak meletakkan sebarang notis pembinaan serta mengabaikan aspek keselamatan penduduk seperti tiada halangan keselamatan di sekitar lubang yang digali.Mereka ingin tahu mengapa MPAJ pekak badak dalam hal ini. Apakah ada udang galah di sebalik mee hailam? 

"Sila copy paste dan sebar"
Sumber: silasebar.com




No comments:

Post a Comment