Friday, 9 January 2015

Dua terbunuh dalam dua insiden tebusan di Paris

PARIS: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam drama tebusan terbaharu di timur Paris sebentar tadi, lapor agensi beritaAFP.

Dalam kejadian itu, lima dilaporkan menjadi tebusan oleh seorang penembak berhampiran sebuah pasar runcit di Paris ketika polis sedang mengepung dua suspek kes pembunuhan di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo.

Terdahulu, beberapa das tembakandilepaskan dalam drama kejar mengejar di mana sekurang-kurangnya seorang telah dijadikan tebusan di timur laut Paris.

Kejadian berlaku di lokasi sama di mana polis melakukan pemburuan terhadap dua bersaudara yang didakwa membunuh 12 individu dalam serangan pada Rabu di pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo.

Drama tebusan yang sedang berlangsung di sebuah lokasi perniagaan di Dammartin-en-Goƫle 48 jam selepas pemburuan besar-besaran dilakukan terhadap suspek.

Polis telah mengepung dua suspek berkenaan - Cherif Kouachi, 32, dan abangnya Said, 34 - di sebuah kedai percetakan kecil di Seine-et-Marne, kira-kira 12 kilometer dari lapangan terbang utama Paris, Charles De Gaulle.

No comments:

Post a Comment