Friday, 23 January 2015

Raja Salman lantik anak saudara sebagai timbalan putera mahkota



RIYADH: Raja Arab Saudi yang baharu, Raja Salman Abdulaziz mengambil langkah untuk menyelesaikan tempoh pemerintahan yang terlalu lama di negara itu apabila melantik anak saudaranya, Mohammed bin Nayef sebagai timbalan putera mahkota.

Ini bermaksud beliau bakal menjadi orang pertama dalam generasi itu untuk memerintah negara berkenaan satu hari nanti.

Putera Mohammed, yang kekal sebagai Menteri Dalam Negeri, menurut pengisytiharan diraja yang disiarkan televisyen tempatan adalah pewaris berikutnya selepas Salman dan Putera Mahkota Muqrin.

Seorang rakan rapat kepada Amerika Syarikat, Putera Mohammed dipuji negara Barat kerana menghapuskan pemberontakan Al-Qaeda dari tahun 2003 hingga 2006 ketika memegang jawatan ketua pasukan keselamatan diraja dan bapanya adalah Menteri Dalam Negeri.

Dilahirkan pada tahun 1959, Putera Mohammed, 56, dianggap muda mengikut status kanan keluarga diraja dan pelantikannya sebagai pewaris kedua untuk memerintah dapat menyelesaikan persoalan jangka panjang siapa yang akan meneruskan warisan pemerintahan akan datang. - Reuters

No comments:

Post a Comment