Tuesday, 20 January 2015

PERAGUT MAUT DALAM CUBAAN MERAGUT


fadly@hmetro.com.my


Kajang: Seorang lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas cuba meragut beg tangan seorang wanita di Batu 10 Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, suami isteri menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125z cuba meragut beg tangannya sebelum berlaku tarik menarik.

"Akibatnya, motosikal yang dinaiki mangsa dan suspek bergesel sebelum mereka terjatuh.

"Suspek yang terjatuh di tengah lebuh raya berkenaan kemudiannya dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang,"katanya.

Sumber itu berkata, suami isteri berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Manakala suspek yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25067?m=1#sthash.TZxPFQoD.dpuf


No comments:

Post a Comment