Portal Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
Turut terbunuh juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Portal The Star Online melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaludin terbunuh dalam nahas udara itu.
Memetik sumber portal berita SuaraTV melaporkan helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB), dikatakan terbakar sebelum terhempas.
Mangsa juga dikatakan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.
Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.
Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu sudah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari 3 lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pastimangsa nahas itu," katanya kepada Bernama. – 4 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/helikopter-terhempas-di-semenyih#sthash.xIfCoGg5.dpufSUBANG: Mengikut sumber dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), sebuah helikopter awam jenis AS365 terhempas semasa dalam perjalanan dari Senai ke Subang.
Pesawat yang membawa 6 orang penumpang itu dipercayai terhempas di kawasan Kajang pada jam 4.55 petang tadi.
Sehingga kini, pihak DCA masih mengumpul maklumat berkaitan kemalangan tersebut.
Difahamkan, Solitaire Air Services – Subang adalah syarikat pengendali pesawat tersebut.
[Terkini]
Bomba telah menjumpai 3 mayat yang sudah terbakar.Dilaporkan terdapat 6 orang penumpang. Mereka masih lagi mencari lagi 3 org
Laporan Bernama;
Helikopter Terhempas Di Semenyih
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini, petang ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment