Dewan Pemuda PAS Perak menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas perkenan Tuanku mengurniakan pengampunan kepada 11 aktivis PAS.
11 aktivis PAS ini telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap seorang pada 18 Mac 2015 yang lalu oleh Mahkamah Rayuan.
Dalam memastikan kebajikan ahli keluarga aktivis ini terbela , Dewan Pemuda PAS Perak bersedia untuk menaja pendidikan anak-anak mereka samada peringkat rendah atau menengah di Maahad Tarbiatul Ajyal, Pantai Remis.
Semoga pengurniaan pengampunan pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini terus mengangkat kedaulatan institusi Kesultanan Perak di mata seluruh rakyat Perak khususnya.
Ampun Tuanku ,
MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Perak.

No comments:
Post a Comment