Showing posts with label KENYATAAN. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN. Show all posts

Sunday 19 April 2015

INSIDEN PENARI GHAIRAH : PENGANJUR PEKAN BUDAYA KEBAL UNDANG-UNDANG?

Assalamualaikum.Sabda rasulullah saw dalam hadis Bukhari "Jika kamu sudah hilang malu, maka berbuatlah sesukamu".

Saya mendapat beberapa keping foto yang menunjukkan beberapa orang yang boleh dikategorikan sebagai warga emas dan menghampiri umur warga emas sedang berjoget di atas pentas bersama dengan beberapa perempuan yang boleh disifatkan sebagai anak ataupun cucu kepada lelaki-lelaki tersebut.Saya tidak bercadang untuk menyiarkan gambar tersebut kerana malu dengan aksinya. Dimaklumkan juga ianya terjadi pada majlis penutupan Pekan Budaya di Pantai Kelulut Marang.

Saya ingin menzahirkan rasa kekesalan yang amat sangat dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi majlis penutupan itu adalah terbuka kepada orang awam dan pastinya terdedah kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa. Bukan ini caranya berhibur yang diharuskan syarak.

Dalam kita semua sibuk membicarakan tentang hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan(yang telahpun juga disokong oleh MB Datuk Razif walaupun menolak usul saya dalam sidang Dun) amat malang penganjur memilih untuk membakar semangat dosa dan noda penduduk Marang. Dalam pada kerajaan Terengganu kononnya bertegas untuk mengenakan hukuman kepada orang ramai yang berpakaian tidak sopan dan juga denda keatas mereka yang berpeleseran tanpa ikatan yang sah, penganjur nampaknya kebal daripada semua itu.

Saya mengajak kepada semua, bahkan seruan ini bukan kali yang pertama mungkin sudah ribuan kali melalui ceramah, khutbah, penulisan dan lain-lain untuk menilai sendiri sikap pimpinan Umno terhadap maksiat. Mereka sememangnya sukakan maksiat paling tidakpun tidak membenci maksiat. Bagi mereka hiburan adalah penting dan tidak kira apa bentuknya asalkan boleh berhibur. Seruan saya, cukuplah penyokong Umno untuk menyokong kepimpinan sebegini.

Kepada pakcik dan adik penari yang di atas pentas itu saya mohon Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk bertaubat. Malulah kepada Allah.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Terengganu
29 Jamadilakhir 1436 bersamaan 19 April 2015

Monday 13 April 2015

Tulisan Terbaru Mahathir Menyerang Najib!




SOAL TAK JAWAB

chedet.cc/?p=1645

1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.

6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.

7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.

8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.

Tuesday 7 April 2015

PALESTIN DIKECEWAKAN, YAMAN DISERANG.

Sudah lebih setengah abad bumi Palestin ditakluk Zionis Yahudi, hingga membolehkan mereka menubuhkan negara haram Israel ke arah menegakkan empayar Yahudi untuk menakluk dunia. Inilah sebenarnya hasrat mereka sebagai satu dongengan yang menjadi cita-cita pelampau Yahudi.

Sejarah juga merakamkan peristiwa kerjasama atas semangat kebangsaan Arab untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah sejak satu abad, tanpa dinafikan kesilapan dan kelemahannya. Di samping itu, kejatuhan khilafah juga adalah menjadi buah catur kerajaan Pahlavi yang mendukung mazhab Syiah Imamiyyah di Iran dan kerajaan Imam di Yaman yang mendukung mazhab Zaidiyyah. Walaupun semuanya berada dalam lipatan sejarah, namun fanatik mazhab dan semangat kebangsaan yang diapi-apikan menjadi senjata musuh untuk menjatuhkan kerajaan Islam secara mengadu domba.

Balasannya ialah Palestin bersama Masjid Al-Aqsa dirampas dan tanah air umat Islam dijajah seluruh pelosok dunia secara langsung atau tidak, semuanya laksana dicucuk hidung. Malangnya lagi apabila hari kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah telah menjadi hari kebangsaan bagi kebanyakan negara-negara Arab.

Kini, Islam bangkit semula untuk menyelamatkan dunia daripada bencana tamadun barat yang maju aspek fizikal semata tanpa mempunyai nilai roh nya. Kemajuan persenjataannya telah menjadikan manusia lebih ganas untuk membunuh mengatasi keganasan binatang paling buas, kerana mereka menghasilkan senjata pemusnah yang boleh membunuh berjuta manusia, namun binatang paling buas dan paling ganas tidak semampu itu.

Kemajuan perubatan melampaui batas kepada penyalahgunaan dadah dan candu berbagai jenama yang merosakkan akal. Sepatutnya kemajuan ini berusaha untuk berfikir untuk mencari ilmu bermanfaat, tiba-tiba dirosakkan dengan khayalan yang merosakkan fikiran dan jasad.

Kemajuan pembangunan telah merosakkan alam sekitar dan cuaca dunia sehingga berlakunya fenomena yang menakutkan.

Islam yang mencapai sedikit kedudukan secara demokrasi dihalang mentadbir negara. Kumpulan yang menjuarai kemenangan di Palestin dihalang mentadbir bumi yang luasnya walau hanya sekangkang kera di Gaza. Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sehinggakan penduduknya dikepung supaya kebuluran dan menyerah kalah, ramai pula yang gugur dan cedera.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ada satu kumpulan di kalangan umatku yang menegakkan kebenaran (agamanya) mereka tidak boleh diperlakukan sewenang-wenang oleh musuh atau kalangan yang mengecewakan mereka, sehingga tibanya urusan Allah (yang menentukan kemenangannya)”. Lalu ditanya;” Siapakah kumpulan itu”. Sabdanya: ”Penduduk Bait Al Maqdis dan sekelilingnya”.

Yang paling mengecewakan ialah negara-negara jiran Arab yang kaya raya. Palestin pada umumnya adalah penganut mazhab Sunni berbangsa Arab dan dibiarkan Selatan Lubnan dibelasah Israel kerana mereka menganut Syiah? Sudah berlalu beberapa tahun dikecewakan.

Tiba-tiba tercetus serangan oleh negara-negara Arab ke atas Yaman, di mana perisytiharannya diumumkan di Washington dan New York dengan kenyataan bahawa tindakan itu dengan persetujuan Amerika dan Presiden Obama. Selepas itu diadakan persidangan kemuncak negara Arab di Syarmu Al Syaekh di Mesir. Mereka memberi alasan kerana Yaman sudah dikuasai pengaruh Iran bermazhab Syiah.

Permulaannya berlaku seminggu sebelum serangan negara Arab ke atas Yaman, Perdana Menteri Israel telah membuat lawatan tanpa jemputan Presiden Barack Obama dan berucap di Perhimpunan Yahudi dan di Kongres AS tanpa Obama. PM Israel menegaskan bahawa sangat bahaya apabila Iran berjaya menguasai Yaman kerana akan membahayakan keselamatan Israel. Maka fatwa berperang menghadapi Syiah di Yaman diapi-apikan.

Marilah kita soroti kembali kepada ucapan Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. ketika melawat penyerahan Kota Suci Bait Al-Maqdis kepada Islam di atas permintaan Paderi Besar Bait Al-Maqdis, Umar R.A. menegaskan: “Kita adalah umat yang dimuliakan Allah kerana berpegang dengan Islam. Sekiranya kita meninggalkan Islam nescaya kita menerima hukuman Allah menjadi bangsa yang hina”.

Selepasnya Khalifah Umar R.A. melawat gereja besar Bait Al-Laham. Apabila tiba waktu solat, Saidina Umar bertanya: “Di mana tempat boleh saya bersembahyang?” Paderi Besar menjawab: “Sembahyang dalam gereja ini”. Umar pula menjawab: ”Kalau saya bersembahyang di sini nanti gereja ini akan dirobohkan oleh generasi kemudian kerana mereka mahu membina masjid di sini”. Akhirnya Umar memilih sembahyang di luar, dan di tempat beliau solat kemudiannya telah dibina sebuah masjid bersebelahan gereja dan menjadi lambang perpaduan Islam dan Kristian untuk menentang kezaliman Zionis di bumi Palestin.

Hujah menyerang Yaman kerana bahaya Syiah sangat memalukan, kerana fatwanya dikeluarkan selepas fatwa Obama dan tauliah daripada Amerika dan sekutunya.

Golongan Syiah dan Khawarij sudah bercampur dalam masyarakat Sunni lebih seribu tahun. Mereka dibenarkan mengerjakan haji dan sebahagiannya berada di tanah suci Makkah tanpa halangan, pengajian mereka dimasukkan ke dalam kitab-kitab Sunni.

Zaman keemasan Islam dahulu telah berlakunya perkembangan Islam dengan adanya semua mazhab termasuk mazhab yang terkeluar daripada Islam. Imam Malik menegaskan: “Sekiranya ada seratus hujah, tiba-tiba ada satu sahaja yang menetapkannya bersama Islam, maka hukumkannya bersama Islam”.

Sepatutnya apabila berlaku masalah serantau dikumpulkan negara serantau Arab dan bukan Arab, Sunni, Syiah dan Khawarij duduk dalam satu meja. Persoalannya, di manakah peranan OIC kalau tidak mengatasi masalah seperti ini?

Sangat memalukan negara serantau menjemput bekas penjajahnya datang menjadi imam dan mufti untuk menyelesaikan masalah umat. Lebih memalukan lagi apabila bermesyuarat untuk berperang sesama sendiri.

Sangat memalukan jika peperangan itu kerana menjaga keselamatan Israel dan kepentingan kuasa besar dan berperang kerana menjadi wakil atau proksi mereka. Berperang dengan duit umat Islam untuk membunuh dan mencederakan diri kita sendiri dengan senjata orang lain yang mengambil kesempatan menjual senjata dengan bayaran yang mereka pula menentukan harganya. Inilah akibat daripada kebodohan kita.

Jadilah laksana pepatah bahasa Melayu yang patut diterjemahkan ke dalam bahasa Arab: “Lesung dan alu yang bertumbuk ayam pula yang kenyang”.

Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W.: “Seseorang yang beriman itu tidak seharusnya disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang yang sama”.

Cukuplah peristiwa kuasa Barat dan Syaitan Lawrence yang bersejarah hitam menjadi pengajaran kepada dunia Arab dan Islam.

Akhirnya saya mengucapkan kata-kata Nabi Lut yang lemah menghadapi kaumnya yang ganas:

أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ (78) هود.

Tidakkah ada di kalangan kamu seorang yang berakal (boleh berfikir dengan baik).

Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS.
6 April 2015.

Serangan Terkini Tun Mahathir Kepada Najib!



TIDAK WAJAR MINTA TOLONG DR MAHATHIR


1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.

6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.

8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.

9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.

10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.

12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.

Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab.

14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.
15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.

22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.
27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.

Tuesday 24 March 2015

SIIRU ALA BARAKATILLAH TGHH




Gah dan izzah Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS tidak tercalar sedikitpun dengan tohmahan dan khianat DAP terhadapnya. DAP tidak mahu terima Kanun Jenayah Syariah itu tidak pelik kerana mereka bukan islam. Akan tetapi menuduh Tuan Guru Presiden telah bekerjasama dengan Umno dan mengkhianati perjanjian adalah pendustaan nyata yang hanya meraih simpati ahli-ahli mereka agar marahkan Presiden PAS!

Mereka telah putuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah suatu damage-control atau tasykik ahli-ahli PAS agar salahkan Presiden atas pergeseran dalam Pakatan Rakyat! Kenapa tidak putuskan hubungan dengan PAS sahaja? Silakan jika anak jantan! Kebiadaban dan perancangan jahat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh ahli PAS. Saya sebagai ahli PAS menyeru seluruh ahli PAS agar berdiri teguh di hadapan juga belakang Tuan Guru Presiden PAS dalam situasi begini. Walau ringkas, nyatakan sikap kalian " Saya Bersama Tuan Guru Presiden PAS". 

Mohd Asri Mat Daud
No Ahli PAS : 415908

Wednesday 11 March 2015

“Tidak Sunnah Membazir Pada Program Mencintai Rasul”

KENYATAAN MEDIA KHAS
10 Mac 2015

“Tidak Sunnah Membazir Pada Program Mencintai Rasul”

1. Penganjuran ‘Kedah Berselawat’ oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak lebih hanya semata-mata program kosmetik yang dilaksana tanpa roh Islam sebenar. Program berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW itu hakikatnya gagal diurus sesuai dengan saranan pesan Baginda Rasulullah khususnya berkaitan perbelanjaan kewangan.

2. Sebagaimana dinyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada Ogos 2014, program tersebut yang julung kali tahun lalu itu telah melibatkan perbelanjaan sebanyak lebih RM700,000 untuk satu hari. Sekiranya jumlah perbelanjaan sama menjadi ukuran, bermakna penganjuran seumpama yang dijadualkan pada 11 hingga 13 Mac ini iaitu selama tiga malam dijangka mencecah RM2 juta.

3. Tidakkah jumlah ini boleh digunakan untuk perkara lain yang merupakan perintah Allah dan Rasul serta lebih utama terutama dalam memenuhi keperluan rakyat? Misalnya bantuan makanan rakyat termiskin, persekolahan anak-anak yatim dan miskin, juga bantuan pesakit kronik yang menagih derma untuk pembedahan dan perubatan penyakit mereka, selain tidak lupa pembelaan kepada rakyat ditimpa musibah dan bencana.

4. Keutamaan hari ini juga sepatutnya disalurkan kepada penoreh getah yang terhimpit oleh harga rendah pasaran getah. Pesawah yang padi mereka dilanda penyakit hingga menyebabkan hasil berkurangan menerusi pampasan setimpal, untuk mereka meneruskan hidup. Apatah lagi mereka adalah ikon utama negeri Kedah selaku ‘Jelapang Padi Malaysia’ yang mengeluarkan sumber makanan utama Negara, selain suntikan semangat untuk mereka terus gigih mengusahakan penanaman bagi musim seterusnya.

5. Seandainya program tersebut ‘bernilai’ RM2 juta, jumlah itu dapat membantu 5,000 keluarga dengan bantuan berjumlah RM400 bagi setiap keluarga. Malangnya, kehidupan rakyat susah terabai berbanding program saduran seperti ini.

6. Saya juga melahirkan rasa terkilan khususnya kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang kini terpalit dengan isu aliran wang tunai, apabila membuat pelarasan deposit secara membeban dan menzalimi pengguna, tiba-tiba berbelanja mewah dengan menaja sebanyak RM300,000 bagi program ini.

7. Sepatutnya jumlah ini boleh digunakan bagi memperbaiki perkhidmatan penyaluran bekalan air bersih termasuk menyelesaikan masalah penduduk di Padang Terap, Sik dan Baling. Penduduk di daerah-daerah tersebut masih menerima air yang kurang berkualiti dan bekalan kerap terputus. Juga masalah tekanan air rendah khususnya di Pokok Sena, Sungai Petani dan lain-lain daerah yang belum diselesaikan.

8. Penajaan besar ke atas program ini melibatkan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri (GLC) membayangkan seolah olah konsep berjimat cermat dalam berbelanja tidak diamalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri hari ini berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Adun Sungai Limau
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Negeri Kedah
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Monday 9 March 2015

PERJANJIAN UTAMA BAGI PENGSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR NEGERI SELANGOR TERLUPUS

Kerajaan Negeri Selangor berasa amat dukacita untuk mengumumkan pada hari ini bahawa Perjanjian Utama bagi pengstrukturan semula industri air Negeri Selangor telah lupus dengan sendirinya. Kegagalan untuk melaksanakan Perjanjian Utama tersebut adalah akibat pendirian terkini Kerajaan Persekutuan yang enggan menghormati prinsip dan semangat Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September 2014, iaitu:

1. Mengiktiraf pemilikan aset air Negeri Selangor berjumlah RM 14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”).

2. Mengiktiraf dan menerima pemindahan RM 2 bilion dari aset air milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada Air Selangor bagi mengambilalih ke semua konsesi air di Negeri Selangor.

3. Mengeluarkan Lesen Kemudahan kepada Air Selangor sebagai pengiktirafan pemilikan ke semua baki aset air yang dimiliki oleh Air Selangor.

4. Meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan di antara Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) dan Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB.

Seperti yang telah diumumkan apabila saya mengambilalih tugas dan amanah sebagai Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor pada bulan September tahun lalu, pentadbiran ini sedia menghormati segala perjanjian yang telah ditandatangani.

Walau bagaimanapun, pentadbiran ini tidak boleh membenarkan perlaksanaan perjanjian yang bercanggah dari prinsip dan semangat yang telah dipersetujui. Percanggahan dari Perjanjian Utama yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan akan menyaksikan Kerajaan Negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin bahawa rakyat dan pengguna air Selangor akan turut menyokong pendirian yang diambil oleh Kerajaan Negeri kerana isu kedaulatan pemilikan tanah dan aset air bukanlah sesuatu yang boleh diserah milik dengan sewenang-wenangnya.

Namun demikian, seperti yang telah diumumkan oleh pentadbiran ini pada 5 Mac 2015, Kerajaan Negeri akan terus memantau dan memastikan bekalan air di Negeri Selangor akan dapat dibekalkan kepada semua pengguna secara berterusan. 

Sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik Negeri Selangor dan tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah termeterai, maka Kerajaan Negeri bersedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MOHAMED AZMIN ALI
KENYATAAN MEDIA
10 MAC 2015

Sunday 8 March 2015

PAS keluar PR, bersama Umno sumber dari mana?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 09 Mac 2015.

KALAU kita sokong kenyataan Presiden dan Majlis Syura, maka kita mestilah memperkukuhkan PR, kerana salah satu dari kenyataan mereka semua ialah PAS akan tetap bersama PR. Maka tidak timbul soal keluar dari PR.

Demikian juga seandainya tahaluf kita bercanggah dengan syarak, tentulah Majlis Syura tidak akan membuat kenyataan untuk tetap bersama PR. Musuh politik kita sangat inginkan kita berpecah. Kita akui ada masalah dalam muafakat kita, namun permasalahan tersebut lebih bersifat isu bukan prinsip yang dilanggar oleh parti. Isu adalah subjektif kerana ia akan muncul di sepanjang zaman permuafakatan kita.

Di sinilah kebijaksanaan kita mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dalam politik, isu akan sentiasa ada, kerana ia adalah makanan bagi politik. Tanpa isu politik akan mati.

Apa yang perlu disedari dalam zaman media terbuka ini, bukan semua penulisan dan pandangan perlu dibahas. Sebagai contoh untuk keluar dari muafakat PR, ia bukan boleh dilakukan dengan kenyataan satu dua pimpinan atau ahli, ia mesti dibahas dan diterima oleh muktamar.

Demikian juga ada yang menuduh PAS akan bersama dengan Umno walau berpuluh kali ditegaskan dan dinafikan oleh pimpinan, masih ada yang percaya sedangkan semua dasar utama dan perkara besar mesti dibahas dan diterima dalam muktamar.

Kita perlu fahami ada media dan blogger hidup dengan melaga-lagakan pimpinan, mensensasikan keadaan serta manipulasi sesuatu isu. Blogger dan penulis upahan inilah yang mewujudkan pelbagai kegawatan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat. Di sinilah keperluan ahli merujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber utama, manakala penulisan lain tidak boleh dijadikan pegangan.

Malangnya ada dalam kalangan kita merasai ia sama sahaja dari mana sumber kita ambil, lebih malang apabila kita mengambil dari sumber musuh. Kalau rakyat Israel lebih percaya kata-kata pimpinan Hamas dari kenyataan pemimpin mereka, maka kita mesti yakin kepada kepimpinan presiden kita.

Tentulah aneh kalau ahli parti lebih sayang presiden lain daripada presiden sendiri, atau lebih tertarik kepada dasar parti lain dari parti sendiri. Kalau terjadi begitu mungkin dia tersilap parti atau tidak hadir program tarbiyah parti.

Kita memilih PAS kerana dasar dan tujuan perjuangannya. Inilah yang membezakan PAS dengan parti yang lain. Parti ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di sepanjang laluannya. Terlalu banyak darah, airmata, keringat yang tumpah. Terlalu banyak penderitaan ahli ditekan, ditindas semata-mata kerana menyokong PAS. Jangan ada yang mengkhianati perjuangan ini.

Kita yakin Allah akan memelihara pimpinan dan ahli yang ikhlas dalam perjuangan ini. Musuh akan berusaha menghancurkan parti ini seawal penubuhannya, dan kita yakin ianya akan berterusan sehingga hari kiamat kerana itu adalah Sunnatullah.

Maka peliharalah hati dari buruk sangka, hasad dengki, khianat dan pelbagai penyakit lain dengan memelihara amalan peribadi. Jagalah solat-solat sunat, mathurat, bacaan al-Quran, ambillah bahagian dalam apa jua kerja jamaah walau sekadar menyusun kerusi. Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinan pun ia tetap tidak berpuas hati, kerana yang rosak adalah dirinya bukan jamaah atau kepimpinannya. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS.

Friday 6 March 2015

Catatan Bersama Murabbi – sebuah laptop dan sebuah kenangan



Catatan Bersama Murabbi – sebuah laptop dan sebuah kenangan

9 Julai 2011 – Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi. Pasport tok guru dan datin ada bersama saya. Salah faham dengan pemandu teksi yang membawa beliau dan datin menyebabkan tok guru dan datin diturunkan di terminal lain. Kami ahli rombongan umrah bersama beliau turun terlebih awal untuk menuju ke lapangan terbang. Bagi memberikan tokguru berehat dan tidak menunggu lama, kami mengambil keputusan tokguru dan datin turun lewat agar dapat berehat lebih lama di hotel. Pasport mereka saya bawa bersama untuk menyelesaikan urusan boarding terlebih dahulu di lapangan terbang.

Kami tiba di lapangan terbang agak lewat akibat kesesakan jalan raya. Saya bergegas turun dari bas dengan segera dan meninggalkan beg sandang yang mengandungi semua dokumen Malaysia (kad pengenalan, lesen memandu dan lain-lain), laptop, hard disk external yang mengandungi pelbagai maklumat dan segala macam alat-alat eletronik. 

Mereka yang menemani tokguru pula tidak dari kalangan yang mahir berbahasa arab. Talian telefon pula masih On Off bagi mengelakkan caj tinggi akibat roaming. Selesai urusan boarding, tidak kelihatan kelibat teksi yang sepatutya menghantar tokguru dan datin ke lapangan terbang. Masih tinggal sekitar 40 minit kapal terbang mahu bertolak, saya katakan kepada pengawal keselamatan yang menggesa saya agar terus masuk ke dalam, “Tunggulah sekejap, saya tunggu Wazir (menteri) datang..” Beliau membalas, “Di sini tiada wazir, semua tetamu Allah..!”

Kesemua ahi rombongan sudah masuk ke dalam. Tinggal saya berada di luar bersama pasport tokguru dan datin. Tanpa pasport tersebut mana mungkin mereka dapat pulang ke Malaysia. Jangan nanti akhbar menyiarkan berita Menteri Besar Kelantan masih belum pulang ke Malaysia akibat kegagalan menunjukkan pasport. 

Rupa-rupanya pemandu teksi menurunkan tokguru di terminal yang salah. Terminal untuk pulang dari umrah dan haji adalah terminal yang lain. Tempoh masa untuk bergerak ke terminal haji ini sekitar 20 minit, secara munasabah tokguru dan datin akan ditinggalkan oleh penerbangan.

Kalut ribut saya dan pengiring-pengiring tokguru berhubung dengan telefon. Mereka mencari teksi yang lain, menghulurkan telefon kepada saya, bercakap dalam situasi bateri telefon hampir kehabisan. Akhirnya berjaya didapatkan teksi yang sanggup memecut dengan masa lima minit. 

Pintu gate sudah ditutup, saya merayu kepada pengawal agar tunggu sedikit sahaja lagi. Hanya tinggal keseorangan di luar pintu pelepasan sedang rombongan lain sudah berada di dalam penerbangan. Tokguru tidak mungkin dapat berlari-lari seperti kami orang muda.

Alhamdulillah, kawan-kawan dari Kedutaan Malaysia yang sedia menunggu di terminal haji sedia membantu. Mereka sediakan kereta khusus mengambil dari pintu teksi terus ke pintu kapal terbang. Pasport tokguru dan datin bersama tiket berjaya diserahkan untuk urusan pengesahan. Hanya beberapa minit sahaja lagi penerbangan akan berlepas, tokguru dan datin sampai juga di atas kerusi penerbangan.

Beg saya, dan segala macam isi kandungannya, tertinggal di atas bas. Saya pasrah, kalau itu harganya, saya rela. Mana mungkin bas yang membawa pergi beg itu yang saya tidak kenal siapa pemandunya dapat dikesan semula. Maha suci Allah, ia kembali semula ke tangan saya dengan segala macam isi kandungannya beberapa minggu kemudian di Malaysia dengan bantuan rakan saya, Ustaz Abdul Rahman Hamzah yang membawanya pulang. Bagaimana beliau mengesan bas itu, wallahualam. Yang paling saya kagum ialah kejujuran si pemandu bas yang boleh mendapatkan tidak kurang USD1000 dollar dengan barang-barang tersebut.

Laptop yang tertinggal itu kini masih saya gunakan. Ia sudah tua, kelajuannya sudah berkurangan. Tapi saya bawa dia musafir ke mana-mana. Kini, di bumi Detroit, Amerika Syarikat, saya membawanya sebagai teman melakar kisah dan peristiwa.

Dato Mohd Amar yang bersama di dalam rombongan bertanya saya di atas penerbangan, “Kalau agak-agak tokguru tidak sempat naik lagu mana?” Saya jawab, “Ambo rela tak balik.....”

- 6 Mac 2015, Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.

Sunday 15 February 2015

Pembalakan di Bukit Besi: Dato’ MB, jawapan anda diperlukan:

Bismillah

Saya mendapat maklumat yang agak mengejutkan berkenaan pembalakan di Bukit Besi. Maklumat yang saya perolehi ini adalah dari sumber yang sangat dipercayai. Saya yakin dan percaya, tiadalah orang yang paling layak dan yang paling dipercayai bagi saya mendapatkan jawapan keatas maklumat ini kecuali YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman. Saya mengharapkan jawapan yang ikhlas dan jujur dari seorang pemimpin yang sedang bertungkus lumus bagi melakukan transformasi dalam pentadbiran baru beliau. Saya merujuk kepada rukun keempat Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu “Intergriti” (bersih dalaman dan luaran). Maka atas prinsip intergriti ini, saya mohon YAB MB menjawab persoalan-persoalan saya yang secara jelas melibatkan wang dan hak rakyat Terengganu:

1- Lebih 8000 hektar kawasan hutan simpan dikatakan terlibat dalam kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, telah diberikan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan (LTAW). Adakah kerajaan telah menggantikannya dengan kawasan baru? Apakah kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kawasan terbabit mempunyai hasil bijih yang tinggi potensinya? Berapakah kos kajian dan siapakah yang ditugaskan mengkajinya?

2- Dikatakan LTAW telah menyerahkan kawasan balak tersebut kepada Kumpulan Pengurusanan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT). Mengapa kawasan tersebut diserahkan kepada KPKKT? Mengapa ada beberapa anak syarikat perkayuan milik kerajaan negeri tidak terlibat sama dalam hal ini?

3- Adakah benar KPKKT telah menguruskan tender pembalakan kepada enam buah syarikat? Berapakah sebutharga setiap syarikat terbabit? Berapakah hasil yang dibayar kepada KPKKT dan LTAW atas urusan ini? Dan yang terakhir, berapakah premium yang diperolehi oleh kerajaan negeri ke atas 8000 hektar kawasan balak ini?

Saya benar-benar mengharapkan jawapan yang betul serta jujur dari YAB MB. Luas kawasan yang dinyatakan itu bukan kecil tetapi amat luas dan seperti saya sebutkan di atas, ianya adalah hak rakyat Terengganu. Atas dasar hak ini maka saya mengemukakan soalan-soalan di atas bagi YAB MB menjawabnya. Jangan dibiarkan rakyat berada didalam kegelisahan, berikan mereka kepastian. Saya memberikan seminggu bagi YAB MB menjawab isu ini. Jika tidak, saya menganggap maklumat ini tiada kesalahannya.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Ahad 25 Rabiu’lAkhir 1436 bersamaan 15 Februari 2015

Monday 19 January 2015

Teks Ucapan Najib Razak



Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Monday 12 January 2015

BARAH K-POP 



Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

BARAH K-POP 

Sebagai seorang ibu dan pendidik Muslim, berita tentang apa yang berlaku di pentas K-Pop yang melibatkan anak-anak gadis kita baru-baru ini amat dikesalkan. 

Saya tidak fikir kita hanya boleh berkata 'Oh ini adalah fasa seorang remaja dan ia akan berlalu'. Adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita sebagai umat Islam memandang remeh bibit-bibit salah laku yang mula 'dibiasakan' di negara kita. 

Apabila remaja bertudung merelakan diri mereka disentuh, dipeluk dan kembali memeluk, ada sesuatu yang tidak kena di situ. 

Bertudung telah tidak disertai dengan konsep 'haya' atau malu. Malu berbuat dosa kepada Allah. Malu jika dirinya menjadi tumpuan lelaki rambang. Malu jika tudung itu tidak berupaya membuat lelaki hormat kepadanya. 

Bertudung atau tidak bertudung, bukankah bersentuh antara lelaki dan wanita itu haram di sisi Islam? Bercampur gaul antara lelaki dan wanita di dalam konsert bebas itu haram? 

Saya juga ada anak-anak remaja. Saya sedar bukan mudah untuk membesarkan anak-anak remaja di zaman langit terbuka dan di zaman mudahnya anak-anak kita mendekat ikon mereka di zaman twitter, FB dll. Laman sosial ini menjadikan mereka lebih 'attached' atau rapat dengan artis pujaan mereka, mengetahui pergerakan dan kehadiran mereka. 

Untuk itu saya ingin bersama-sama mengajak para ibu-bapa agar bersama-sama dengan saya memperbetulkan beberapa konsep :

1. Sebagai ibubapa yang menyedari gejala K-Pop sekarang ini, cuba bendung kecenderungan anak-anak kita baik lelaki maupun perempuan dari menonton drama Korea atau membeli CD-CD cerita Korea. Saya difahamkan ada remaja atau pelajar berhabisan membeli CD dan menghabiskan masa semalaman - marathon - menghabiskan cerita.

Salurkan anak-anak kita kepada aktiviti yang lebih bermanfaat. 

2. Ibubapa yang bertanggungjawab tidak akan membenarkan anak-anak ke konsert. Jika amat perlu, sekurang kurangnya mereka ditemani ahli keluarga yang faham tentang maruah diri. Rakan-rakan si anak kerap kali tidak membantu dan di dalam keseronokan lebih menggalakkan dari menghalang. Lagu-lagu K-Pop mengiringi setengah babak drama, jadi anak-anak kita terbuai di alam fantasi melakonkan babak tersebut maka diketika ini, mereka mungkin lupa sentuhan fizikal yang merupakan sesuatu yang di larang oleh syarak.

4. Ada satu salah tanggap di kalangan kita yang mungkin mengatakan drama k-pop, artis K-Pop ini tidaklah keterlaluan seperti filem2 atau artis2 Hollywood yang mana adegan cumbuan mereka lebih dasyhat, atau artis Bollywood yang lebih erotis gerak tariannya. Tapi Islam bukan berdiri atas nilai perbandingan sebegitu. Yang haram itu tetap haram. Jika anak-anak kita sehingga sudah 'addicted' kepada cerita Korea hingga menjadikan mereka ikon, maka alasan bahawa kita berkongsi budaya Timur sudah sampai hadnya. Syariat Islam itu yang lebih wajar dipelihara. 

5. Terapkan semula kepada anak-anak kita konsep bertudung dan menutup aurat yang sebenarnya. Tudung bukan sekadar menutup rambut atau kulit tubuh. Bertudung, menutup aurat bermaksud memelihara maruah diri dan maruah keluarga. Menjaga batasan pergaulan lelaki dan wanita. Menjaga mata dan perasaan agar tidak dibuai oleh nafsu sebelum tiba masanya. 

6. Sibukkanlah anak dengan perkara yang boleh meningkatkan rasa pertanggungjawaban diri. Galakkan mereka membaca Quran misalnya sehari sejuzuk. Atau menetapkan target hafalan agar anak-anak lebih dekat dengan Quran. Kecenderungan menonton drama Korea ini bermaksud anak-anak kita punya masa yang banyak. Bantulah mereka mengisi masa ini dengan aktiviti yang lebih baik, agar keremajaan mereka tidak tersia-sia.

Thursday 6 November 2014

MEMBEDAH PEMIKIRAN KELOMPOK ISLAM LIBERAL

Oleh Dr Riduan Mohamad Nor

Terjahan kepada Islam berlangsung disepanjang zaman dan menuntut ummat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dikalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah dipelbagai posisi. Isu ini makin menjadi hangat dengan polemik SIS dan juga Majlis Fatwa dan juga pihak berkuasa agama yang lain.

Bentuk-Bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman pluralisme

Iaitulah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran".

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut;

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup.

b. Kerana terpengaruh dengan fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad - seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada 9 September.

Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa Hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi;

"Tidak ada paksaan dalam agama".

(Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama-ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara Aqidah dan Iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar dari agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang soheh iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya".

(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas)

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, Al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu. Tafsiran ulama-ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

"Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik". (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud "Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka" dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

4. Mempertikai syari'at Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum syari'at Islam adalah ciptaan ulama dan fuqahak. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam Syari'at yang Qat'ie. Antara hukum-hakam Syari'at yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah;

a. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita

b. Keharusan poligarni bagi lelaki.

c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita

d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad

e. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah

f. Larangan wanita dari menjadi pemimpin termasuklah dalam solat.

g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri

h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam

i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan Fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat dana sesiapa sahaja berhak bercakap tentamg agama.

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang muslim. Ini kerana persoalan yang berkaitana dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS)

PERTIKAI FATWA BUKAN PENDIRIAN PAS SELANGOR

Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme adalah bukan pendirian PAS Selangor.

Sehubungan itu, laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar. Terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Laporan ini adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
6 November 2014

Benarkah Islam akan tertegak hanya dengan dialog?

Adakah pertembungan ideologi antara Islam dengan jahiliyah mampu ditangani dengan dialog sahaja ?

Adakah mereka benar-benar mahu berdialog dan sekiranya hujjah mereka salah mereka akan menerima dengan hati yang terbuka ?

Jika dengan dialog sahaja sudah mampu selesaikan semua masalah, maka sudah pasti dengan dialog kita sudah mampu menundukkan Israel dan US untuk tidak meneruskan pembantaian terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin.

Sudah pasti juga para anbiya’ dan sahabat tidak perlu menunjukkan qudwah dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi tentera-tentera dan berhala-berhala jahiliyah untuk ditundukkan dan dikalahkan.

Kadangkala kita menganggap segala permasalahan adalah pada kesalahfahaman yang berlaku, lalu kita cenderung untuk membetulkan kefahaman yang salah di kalangan penganut ideologi jahiliyah itu dengan cara dialog bersama mereka.

Lupakah kita akan kisah dialog Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran di mana akhirnya Nabi Ibrahim AS dicampak ke dalam api oleh kaumnya walaupun baginda telah berjaya menundukkan mereka dengan hujah-hujah.

قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! (Al-Anbiya’ :40)

Apa yang akan berlaku dalam dialog nanti ?

Si anak jati Muslim akan pertahankan akidahnya dan ideologinya, si anak jati liberalis akan pertahankan akidahnya, si komunis pula akan pertahankan akidahnya.

Lalu hadirlah moderator yang membawa kepada kesimpulan bahawa kita punyai pandangan masing-masing, maka hormatilah pandangan setiap pihak dan jangan ada mana-mana pihak memaksa pihak lain menerima pandangan sendiri.

Kemudian baliklah para hadirin yang menghadiri dialog itu, mereka terdiri daripada pemandu teksi, pelajar universiti, tukang masak, ustaz Mesir dan doktor pakar. Masing-masing membawa idea bahawa kita mesti hidup harmoni dan tidak perlu memaksa pandangan masing-masing kerana setiap kita adalah berbeza.

Akhirnya mereka akan hidup harmoni dan aman dalam sebuah negara yang penuh keharmonian dan penghormatan satu sama lain.

Tamatlah kisah dialog.

Namun di sisi lain (selain dialog), gagasan jahiliyah berbentuk arus liberalisme pluralisme sekularisme humanisme, mereka sedang memaksa ideologi-ideologi mereka yang menolak Tuhan ke dalam jiwa masyarakat.

Mereka ada selebriti yang selalu ditonton oleh masyarakat awam. Mereka punyai media yang selalu mempamerkan berita dan cukup tidak adil dalam menilai isu. Mereka ada bolasepak yang melalaikan. Mereka ada kuasa veto dalam PBB. Mereka ada bom nuklear yang boleh hancurkan Hiroshima dan Nagasaki. Mereka ada kempen berbagai-bagai perkara seperti membenarkan LGBT, kempen minum arak, kempen buat benda haram dan yang sewaktu dengannya.

Hakikatnya mereka sedang ‘memaksa’ umat ini untuk menerima cara hidup mereka, lalu luntur dengan perjuangan agama yang sepatutnya.

Adapun para pejuang dialog Islam yang lain, mereka sibuk membaca buku, membuat kajian dan mengumpulkan hujjah, hanya untuk mengisi jemputan dialog si pihak liberalis dan menjadi panelis, untuk mengisi beberapa jam penerangan yang diberikan kepada mereka, yang seolah-olah itulah dia dakwah para Nabi SAW dan sahabat RA sebenarnya.

Sedangkan pihak jahiliyyah berdakwah dan ‘memaksa’ orang lain selama 24 jam sehari, dalam segala bentuk. Pejuang dialog pula berjuang dalam medan yang dicipta itu, untuk membawa agenda keharmonian.

Alangkah sadisnya.

Adakah ia adalah pada dialog ? Atau semata-mata pengalihan isu ?

Soal saya kepada “pejuang dialog”, dimanakah kedudukan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal ini?

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ‌ۚ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;

Ust Ahmad SYamil Esa
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Wednesday 22 October 2014

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima.

2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie.

3. Pada hemat saya, program itu mempunyai tujuan yang baik namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.

4. Justeru saya TIDAK bersetuju PENGANJURAN seumpama itu, namun saya juga tidak bersetuju kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan mereka yang hadir.

5. Bagi saya tidak wajar digelar mereka sebagai gerakan Islam liberal kerana sekiranya mereka meyakini ijtihad mazhab Maliki, maka itu tidak sama sekali boleh dianggap liberal, malah mazhab tersebut adalah salah satu dari ahli sunnah wal jamaah. Jika mereka mengatakan harus memakan daging babi dan anjing, ketika itu barulah mungkin mereka sudah menyimpang dan liberal, kerana terdapat dalil spesifik dan jelas kenajisan dan pengharaman.

6. Bagi saya juga, menuduh penganjur boleh terkeluar aqidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam & ingin menghinanya.

Bagi saya, apa yang berlaku adalah hanya masalah Fiqh dan perbezaannya. Ia tidak sampai melibatkan masalah aqidah kerana pengharaman sentuh anjing dan tubuhnya tidak berdalil qat'ie dan bukan juga sampai ke peringkat ijma' (sepakat seluruh ulama silam) ditambah lagi wujudnya ijtihad berbeza dari mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Hanafi, mereka berbeza dari mazhab Syafie dan Hanbali yang mengganggap anjing sebagai najis.

KESIMPULAN

Dalam mengambil sikap dalam isu ini, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak dan berhemah.

Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam peganjuran sehingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka.

Para ilmuwan & orang ramai yang mengecam, walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.

Para ilmuwan & pihak berkuasa khususnya sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. yang sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang menyikapi perbezaan pendapat dalam masyarakat awam. Kerana pandangan selain mazhab Syafie berterusan boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini yang mana sumber maklumat yang pelbagai boleh di hujung jari. Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat.

Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.

Penganjur juga perlu menyedari terlalu banyak keutamaan isu yang jauh lebih baik dianjurkan kempen berbanding isu anjing ini. Sentuhan yang haram seperti sentuhan lelaki wanita bukan mahram, berpelukan, kempen anti zina, makan wang haram dan lebih jauh berleluasa dan berbahaya. Ilmuwan pula lebih digalakkan lebih banyak memberi respon kepada isu-isu yang lebih kronik berbanding isu ini. Atas sebab itu juga saya lewat mengulas isu iini kerana dirasakan ia tidak sebegitu besar namun media dan ulasan awam dan pihak berkuasa yang menjadikannya besar.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
PRESIDEN MURSHID

Sunday 12 October 2014

NOTA PERBAHASAN BAJET 2015 DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG

NOTA PERBAHASAN
BAJET 2015

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG

13 OKTOBER 2014

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2014 yang lalu.

MUQADDIMAH

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada para penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, ketika kamu mengetahui (salahnya)”. Al-Baqarah 188

PENDEKATAN DAN KONSEP BELANJAWAN
  1. Belanjawan negara bukannya hanya mengenai angka perbelanjaan yang berubah dan meningkat saban tahun. Pastinya ianya bukan hanya lakaran yang dihiasi dengan akronim-akronim menarik yang dikitar semula tetapi tidak ketara dalam penghasilannya.

  1. Belanjawan negara sewajarnya menjawab dua persoalan utama. Pertama, mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak, dengan maksud meningkat hasil dan pendapatan negara. Kedua, mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat.

  1. Justeru itu, pendekatan belanjawan Pakatan Rakyat 2015 disandarkan kepada sepuluh asas utama iaitu;
    1. Pengukuhan tatakelola untuk menghapuskan rasuah dan ketirisan
    2. Pengurangan defisit belanjawan negara kepada kadar 2.6%
    3. Lebihan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan
    4. Menentang GST yang mencukai gologan miskin dan memperkenalkan CGT untuk mencukai keuntungan modal
    5. Menjaga amanah khazanah minyak dan gas negara
    6. Mempertahankan perdagangan bebas yang adil untuk semua
    7. Penetapan gaji yang adil untuk hidup bermaruah
    8. Bebas daripada kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat
    9. Pembangunan desa yang menyeluruh
    10. Menjamin hak perumahan untuk rakyat

  1. Lantaran kerangka dasar dan kebijakan ekonomi kami bermula dari pimpinan dan pengurus tertinggi mengamalkan tatakelola baik dan urustadbir yang berkesan. Apakah kita punyai tekad politik dan keupayaan menghentikan amalan boros dan rasuah, memperkaya kroni dan elit yang mengakibatkan peningkatan kos dan bebanan terhadap rakyat terbanyak? Disinilah pada asasnya pertembungan ketara pendekatan Bajet 2015 BN dan Belanjawan PR.

  1. Di dalam belanjawan Pakatan Rakyat 2015, kami juga telah mengenalpasti beberapa kepincangan pentadbiran ekonomi amalan Barisan Nasional yang bakal mendatangkan kesan negatif kepada rakyat dan ekonomi negara. Pada hemat saya, kepincangan ini wajar diperbetulkan dahulu sebelum perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang dapat dilaksanakan:
    1. Sistem cukai yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan cukai negara
    2. Tatakelola yang lemah, akibatnya budaya rasuah terus membarah didalam kerajaan dan pentadbiran ekonomi
    3. Ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam menangani rundingan peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang boleh memberikan kesan yang besar kepada daya saing industri tempatan dan kos sara hidup rakyat
    4. Pergantungan berterusan kepada hasil industri minyak dan gas, ditambah pula dengan pengurusan hasil sedia ada yang tidak berhemah
KRITIK BELANJAWAN BARISAN NASIONAL
  1. Tinjauan Pakatan Rakyat mendapati bahawa rakyat dan komuniti perniagaan rata-ratanya melihat belanjawan ke 6 ini sebagai ‘non-event’ kerana masih tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan asas yang mengakibatkan defisit negara membengkak sementara ketirisan dan amalan boros tetap berleluasa berlaku.

  1. Perbelanjaan pengurusan negara yang sentiasa bertambah setiap tahun semenjak belanjawan-belanjawan yang terus dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM 223.4bn (2015) daripada RM 217.7bn (2014). Kadar pertambahan tahunan dilihat sedikit berkurangan kepada 3.71% berbanding 4.96% tahun sebelumnya. Walaupun ini relative satu pembaikan boleh dikira sebagai pembaikan dari segi disiplin fiskal, namun soal tatakelola masih parah.

  1. Perbelanjaan pembangunan pula memecahkan tradisi pengurangan tahun ke tahun, di mana ianya bertambah kepada RM 50.5bn (2015) daripada RM 46.5bn (2014).

  1. Nisbah perbelanjaan mengurus kepada pembangunan kekal sekitar 82:18, sama seperti 2014. Perlu dinyatakan bahawa nisbah yang lebih baik telah diunjurkan oleh Menteri Besar Selangor yang baru untuk digunakan sebagai asas belanjawan negeri Selangor 2015.

  1. Meskipun belanjawan Barisan Nasional diramalkan akan mengurangkan defisit negara kepada 3% KDNK pada 2015 daripada 3.5% 2014. Namun belum tampak tanda-tanda permasalahan deficit mampu dibendung.

  1. Pertambahan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri terus meningkat belanjawan ini dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 22.62bn. JPM perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah. Perbelanjaan JPM dibawah PM sekarang adalah tertinggi dalam sejarah.

  1. Kementerian Belia dan Sukan juga tidak terelak dalam mencatatkan kadar peningkatan pembangunan tahunan tertinggi sebanyak 138.5% kepada RM 415juta? Sementara kita akui keperluan latihan dan aktiviti belia, namun acara pesta-pestaan yang membazir wajar dihentikan. Peruntukan sukan perlu diukur dengan keupayaan mengangkat mutu sukan negara.

  1. Saya anggap satu keanihan manakala  terdapat peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Perbendaharaan bagi penubuhan cawangan Bank Dunia di Malaysia. Bank Dunia seharusnya menyalurkan ransangan tetapi Malaysia memilih untuk menyediakan dana.

KEMURUNGAN EKONOMI DUNIA

  1. Permasalahan tatakelola lebih merebak tatkala kita berhadapan dengan kemelut ekonomi dunia kini. Umpamanya, dasar Amerika Syarikat untuk menamatkan program ‘Quantitative Easing’ bakal mengakibatkan peningkatan kadar faedah pada pinjaman. Jerman dan Jepun dilaporkan bakal mengalami kemelesetan ekonomi, manakala ketidaktentuan terus menyelubungi ekonomi China akibat dari kejatuhan nilai sektor hartanah dan tahap hutang (credit bubble).

  1. Ketidaktentuan ini bakal menyebabkan kemurungan ekonomi pada rakan dagang utama negara seperti China, Kesatuan Eropah, Jepun dan seterusnya menjejaskan pendapatan eksport Malaysia sebagai sebuah negara dagang.

  1. Tentunya apabila pendapatan eksport terjejas, permintaan domestik harus digalakkan untuk terus menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Akan tetapi, beberapa petanda awal menunjukkan bahawa negara juga sedang dilanda kemurungan ekonomi.

PERBELANJAAN NEGARA TERUS TIRIS

  1. Pakatan Rakyat saban tahun telah menegur pihak kerajaan akan amalan boros dan rasuah yang diamalkan kerajaan. Namun begitu, teguran ini adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Saban tahun kita terus menyaksikan pembaziran demi pembaziran dilaporkan dalam laporan Ketua Audit negara. Jika diteliti teguran-teguran Ketua Audit Negara menzahirkan pembaziran dan ketirisan berterusan. Slogan NKRA yang mensasarkan pemberantasan rasuah kekal sebagai slogan semata.

  1. Hutang kerajaan persekutuan untuk 2013 berjumlah RM 569bn atau 53% KDNK, jumlah contingent liability RM 158bn serta anggaran kehilangan dana terkumpul berjumlah RM 1.2 trillion dari Malaysia semenjak 2002 hingga 2011 menurut laporan Global Financial Integrity. Mengapa masalah besar ini tidak disentuh dalam kerangka bajet negara?

  1. Malah, perangkaan Corruption Perception Index meletakkan Malaysia sebagai negara ke-53 dilihat paling rasuah daripada 177 negara, dibelakang Rwanda dan Botswana. Laporan terkini Asia Pacific Fraud Survey Report series 2013 bertarikh Oktober 2014 daripada Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah negara paling rasuah di Asia Pasifik selepas China dan lebih gemar mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi, akibat peningkatan persaingan dan keadaan ekonomi yang mencengkam.

  1. Kajian Pakatan Rakyat yang dalam belanjawan 2015 mendapati bahawa terdapat 4 komponen perbelanjaan kerajaan persekutuan yang terdedah besar kepada amalan rasuah akibat tatakelola yang lemah. Ianya adalah komponen khidmat dan bekalan, aset, bayaran/kenaan tetap dan belanja pembangunan. Jika diandaikan 15% sebagai kadar ketirisan dan rasuah yang konservatif, pada jumlah perbelanjaan ini, maka sebanyak RM 18bn ke RM 20bn boleh dijimatkan. Ini bersamaan dengan pengurangan angka defisit negara sebanyak 1.5%. Nah, jika ini berlaku, negara tidak perlu pada GST 6% dan langkah pengurangan subsidi petrol yang mendadak.

  1. Penaiktarafan Lebuhraya Pan-Borneo yang dicanangkan setiap tahun semenjak 2010. Ia bermula dengan jarak 2239km dan kos RM 22bn, juga telah diulang kembali dalam ucapan Perdana Menteri. Anehnya jajaran ini kini berjarak lebih pendek, iaitu 1663km tetapi kosnya telah melonjak naik ke RM 27bn (+23%). Perlu ada penjelasan mengapa lebuhraya dipendekkan dan kos meningkat.

  1. Malaysia juga dilihat terperangkap dengan ekonomi nilai rendah dan kini terpaksa pula bersaing dengan negara-negara baru yang struktur kosnya lebih rendah. Akibatnya kadar peningkatan pendapatan rakyat jauh ketinggalan berbanding kadar kenaikan kos sara hidup.
KENYATAAN PENDAPATAN RAKYAT
  1. Angka Jabatan Perangkaan Negara melaporkan bahawa purata kenaikan gaji tahunan semenjak 2010 hingga 2013 hanyalah pada kadar 4% setahun, manakala kos pengangkutan dan makanan (menurut sub-indeks CPI) masing-masing mencatatkan kenaikan yang berterusan pada kadar 5.4% dan 3.6% setahun. Harga rumah kediaman pula naik pada kadar purata 8% hingga 10% setahun.

  1. Akibatnya, rakyat terpaksa berhutang semata-mata untuk menampung perbelanjaan asas. Angka terkini nisbah hutang isirumah keluarga Malaysia kepada pendapatan lebihan (disposable income) adalah pada kadar 140%, antara yang tertinggi di dunia. Jumlah hutang isirumah Malaysia juga telah mencecah 86.6% daripada keseluruhan nilai ekonomi negara, berbading 81% pada tahun 2012.

  1. Laporan awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 ke atas 42,000 isirumah menunjukkan bahawa 50% pewarta berpendapatan kurang daripada RM 4,258 sebulan manakala masih terdapat 28.7% daripada rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

  1. Sejak tahun lalu, karya menarik Thomas Piketty ”Capital In The 21st Century” telah mengundang wacana segar termasuk Paul Krugman dan Joseph Stieglitz. Penekanan tesis beliau adlah tentang pertumbuhan ekonomi tanpa kepedulian dan peningkatan taraf hidup serta pendapatan rakyat terbanyak TIDAK mampan dan mampu dipertahankan. Dalam sidang belanjawan kali ini saya le3bih merujuk penyelidikan Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” ada menggambarkan beberapa realiti pencapaian ekonomi rakyat Malaysia yang akan saya sebut di sini;
    1. Dalam sektor pengilangan dan pekerja bawahan, bumiputera berjumlah 30%, Cina 20% dan India 46% pada tahun 2011. Untuk sektor pengurusan dan professional, Bumiputera hanyalah 15%, manakala Cina 23.4% dan India 16.8%. Masyarakat Melayu/Bumiputera melahirkan kebimbangan kerana terbatas peluang di sektor swasta. Kami merujuk kajian oleh Dr Lee Hwok Aun (Universiti Malaya) dan Dr Muhd Abdul Khalid (UKM) ”Does Race Matter In Getting An Interview” (2012). Manakala masyarakat bukan Melayu mengungkit kerana peluang terhad di sektor awam. Bagi memperbaiki perbezaan ini, ingin saya mencadangkan agar diwujudkan suatu ‘Equal Opportunites Commission’ untuk memastikan bahawa ruang-ruang pekerjaan terus dibuka tanpa mengira kaum bagi mengelakkan pengekalan diskriminasi pekerjaan mengikut kaum.
    2. Perdana menteri ada menyebut akan pentingya negara mempunyai pasaran saham yang rancak. Soalnya siapa yang untung, kerana realitinya lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70% daripada golongan ini adalah Bumiputera.
    3. Golongan 10% terkaya dilaporkan memiliki 77% aset kewangan negara pada tahap 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat. Manakala 80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% daripada aset kewangan.
    4. Walaupun Amanah Saham Bumiputra (ASB) dikhaskan untuk Bumiputra, lebih 55% bumiputra tidak mempunyai akaun ASB. Orang-orang kaya dari kalangan Bumiputra (yang hanya berjumlah 0.2% dari kesemua penabung ASB) memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yang lain.
    5. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan dengan indeks Gini melebihi 0.8 untuk kesemua kaum.
    6. Gologan 10% terkaya juga dilaporkan memiliki aset hartanah pada tahap 294% lebih tinggi daripada purata rakyat. Dari segi pemilikan hartanah, 32% daripada penduduk bandar tidak memiliki hartanah manakala kadarnya hanyalah 17% untuk penduduk desa.

  1. Jelas golongan maha kaya terus membolot kekayaan negara. Ingatlah larangan Allah


“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).” Al-Hasyr, 7

RASIONALISASI SUBSIDI DAN KESANNYA KE ATAS EKONOMI DAN ISI RUMAH MISKIN MALAYSIA

  1. Kajian daripada Professor Dr Fatimah Kari (Universiti Malaya) juga menunjukkan bahwa nisbah pendapatan pekerja bandar adalah 2 kali ganda melebihi pekerja. Lebih membimbangkan lagi bahawa nisbah ini terus kekal semenjak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada 1970-an.

  1. Kajian Dr Lee Hwok Aun, 2013 menunjukkan bahawa pencapaian pendidkan bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih jauh ketinggalan daripada kaum Melayu di sana. Lebih kurang 58% kanak-kanak Iban dan 46% kanak-kanak bukan Kadazan hanya berpendidikan tahap sekolah rendah. Sudah tentunya ini akan mengakibatkan pendapatan bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding rakyat di Semenanjung.

  1. Emolumen penjawat awam yang dunjurkan bertambah pada kadar 3.3% untuk 2015 dijangka lebih rendah daripada anggaran CPI kami pada 4%. Oleh itu, penjawat awam dijangka akan merasai himpitan kos sara hidup pada tahun perlaksanaan GST, 2015, meskipun pihak kerajaan mengatakan akan terus membela nasib mereka.

GST SISTEM CUKAI REGRESIF, CGT SISTEM CUKAI PROGRESIF

  1. Ahli ekonomi Perancis, Thomas Picketty menyarankan supaya cukai-cukai yang bersifat progresif (iaitu mencukai golongan kaya dan melindungi golongan miskin) diperkenalkan malah diperkukuhkan.

  1. Mengambil pakai saranan ini, Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menggunapakai kaedah yang paling adil untuk mencukai pelbagai bentuk modal dan keuntungan modal yang diperolehi kerana modal serta keuntungan itu lebih tertumpu di tangan golongan kaya. Kami juga berpendapat bahawa cukai konsumpsi seperti GST yang bakal dikenakan kepada semua hanya akan berkesan apabila kesemua penerima gaji membayar cukai. Lebihan cukai wajar dikenakan kepada penerima gaji yang bergaji besar bagi mengimbangi pengurangan cukai kepada golongan bergaji rendah, apabila cukai konsumpsi dilaksanakan. Dalam keadaan hanya 18% penerima gaji membayar cukai di Malaysia, langkah mengenakan cukai konsumpsi kepada semua amatlah tidak wajar.

  1. Keghairahan kerajaan untuk melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang regresif pada kadar 6% perlu dipersoal. Regresif disini bermaksud kesan bebanan cukai akibat GST adalah lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah, berbanding golongan berpendapatan tinggi.

  1. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Manakala, isirumah berpendapatan lebih RM 4,000 sebulan dijangka mencatakakan kenaikan sekurang-kurangnya RM 1,550 setahun.

  1. Ini bermakna GST bakal mengurangkan pendapatan lebihan rakyat terbanyak. Misalnya bagi golongan berpendapatan rendah di bawah RM 4,000 sebulan, 32.6% perbelanjaan bulanan mereka dijangka tertakluk kepada GST, manakala bagi golongan berpendapatan sederhana peratusan ini naik kepada 60%.

  1. GST akan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbelanja. Pakatan Rakyat menganggarkan bahawa GST akan memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM 8bn untuk 2015. Ini disokong oleh kenyataan dari Jabatan Kastam yang menganggarkan angka RM  5bn ke 6bn dan juga bahagian percukaian KPMG yang menganggarkan RM 9 ke 10bn untuk 2015. Jelas ini berbeda daripada kenyataan Menteri Kewangan bahawa hasil bersih kutipan GST hanyalah RM 0.69bn, kerana sekiranya betul sekalipun, maka apakah gunanya GST dilaksanakan jika pendapatan tambahan hanya kurang dari RM 1bn!

  1. Komuniti perniagaan juga banyak menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya GST dilaksanakan, kelewatan pembayaran rebat GST dapat menjejaskan aliran tunai (cashflow) syarikat. Sekiranya kelewatan pembayaran berlaku, maka para peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi memastikan aliran tunai yang baik dapat dikekalkan. Sebab inilah Pakatan Rakyat tetap berkeras bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang bakal menekan rakyat.

KELEBIHAN CGT BERBANDING GST

  1. Cukai Keuntungan Modal (CGT) seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat akan hanya dikenakan pada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mendapat keuntungan daripada urusniaga melibatkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon. Walaupun bilangan yang bakal dicukai CGT adalah jauh lebih sedikit daripada GST, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM 3bn.

  1. Sudah tentunya golongan yang dicukai CGT ini berpendapatan besar kerana mereka tentunya mempunyai lebihan pendapatan untuk dilaburkan dalam urusniaga berisiko tinggi seperti saham dan bon. Tidak wujud kerisauan bahawa CGT akan merencatkan pelaburan kerana Amerika Syarikat dan United Kingdom kekal menjadi hab pelaburan kelas dunia walaupun masing-masing mempunyai kadar CGT yang tertinggi di dunia pada 50.8% dan 46.7%.

  1. Malahan, jika CGT dikenakan kepada para spekulator saham maka pasaran saham akan tertebat daripada aktiviti spekulasi. Ini akan mencerminkan asas sebenar syarikat-syarikat yang disenaraikan dan menjamin kestabilan pasaran. Pasaran saham yang stabil juga akan menarik minat lebih banyak institusi-institusi asing dengan modal yang lebih besar untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia untuk jangka masa panjang.

  1. Matlamat utama polisi percukaian Pakatan Rakyat adalah untuk mengekalkan kadar cukai pendapatan yang rendah dan pada masa yang sama meningkatkan nisbah pendapatan cukai kepada KDNK. Dalam kata lain, jumlah cukai ditingkatkan dengan menggalakkan peningkatan jumlah pembayar cukai tetapi mengurangkan kadar cukai bagi setiap pembayar secara keseluruhan.

  1. Untuk memastikan ini berjaya dilakukan, taraf hidup majoriti rakyat miskin mesti ditingkatkan, golongan elit yang mengelak membayar cukai mesti terus diburu dan segala kelemahan di dalam sistem percukaian perlu diperbaiki untuk memudahkan rakyat membayar cukai.

KADAR SIFAR (ZERO-RATED) DAN TIDAK DIKENAKAN (EXEMPTED)

  1. Kefahaman mengenai barangan kadar sifar (zero-rated) dan barangan tidak dikenakan cukai (exempted) perlu diterapkan kepada rakyat. Perbezaan antara keduanya adalah, barangan berkadar sifar (zero-rated) tidak akan terdedah kepada risiko kenaikan harga, manakala barangan yang dikatakan tidak dikenakan cukai (exempted) boleh dinaikkan harganya kerana para peniaga enggan menelan kos-kos akibat perlaksanaan GST.

  1. Perdana Menteri ada menyebut beberapa barangan makanan dan ubat-ubatan yang tidak dikenakan GST. Kami percaya barang-barang ini akan mengalami kenaikan harga kerana kenaikan kos komponen-komponen dan perkhidmatan lain yang tidak dikenakan cukai digunakan dalam rangkaian pembuatannya. Mengambil kenyataan dari Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) baru-baru ini bahawa: “It is not correct to say that car prices will come down simply because the current 10% sales tax will be replaced by a 6% GST come April next year. Under the GST system there will be a different implication to businesses in various areas ranging from tax computation, collection, refunds, reconciliation, costing, etc. when compared to the existing Sales and Services tax regime. As such, vehicle distributors would need to review their entire cost structures and supply chain in the light of these implications.”

  1. Penting juga dinyatakan bahawa jumlah kutipan daripada barang-barang yang dikenakan GST adalah RM 23.3bn manakala jumlah kutipan daripada barang-barang yang tidak dikenakan cukai hanyalah RM 3.8bn. Jelas, barang-barang yang akan dikenakan GST adalah lebih banyak bilangannya.

BR1M TIDAK CUKUP MENAMPUNG KESAN GST

  1. Pada pembentangan yang lalu Perdana Menteri ada menyebut bahawa BR1M akan dinaikkan dari RM650 kepada RM 950 untuk isirumah berpendapatan bulanan RM 3,000 ke bawah. Manakala untuk isirumah berpendapatan di antara RM 3,000 dan RM 4,000 sebulan nilai BR1M ditingkatkan daripada RM 450 kepada RM 700.

  1. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Jelas, sebahagian besar daripada BR1M terpaksa digunakan untuk menampung bebanan cukai GST.

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK 40sen/liter SEMENJAK PRU13

  1. Pengumuman bahawa subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 40sen/liter semenjak PRU13, dianggarkan akan memberikan penjimatan tambahan kepada kerajaan hampir RM 9bn untuk 2015. Mengikut anggaran kami, setiap 10sen/liter pemotongan subsidi petrol dan diesel bersamaan dengan penjimatan subsidi hampir RM 2.2bn setahun.

  1. Bagi pengguna Myvi dan proton Exora (kenderaan paling popular di Malaysia), berdasarkan andaian jumlah perjalanan 15,000km setahun, masing-masing akan mencatatkan kenaikan kos petrol tahunan sebanyak RM 428 dan RM 812 akibat pengurangan subsidi 40sen/liter. Walaupun kelihatan kecil, jumlah ini cukup untuk membiayai perjalanan pergi-balik KL ke Alor Setar sebanyak 4 kali setahun. Besar kemungkinan pemandu-pemandu ini juga adalah penerima BR1M. Jika ditambah dengan kenaikan kos petrol dan juga bebanan cukai GST ternyata rakyat masih perlu berbelanja lebih daripada pemberian BR1M.

  1. Berdasarkan laporan Maybank Research, dianggarkan juga sebanyak 3.5bn liter diesel diseludup setiap tahun. Ini bersamaan dengan 35% daripada jumlah penggunaan diesel negara dan subsidi yang dibazirkan berjumlah hampir RM 1.5bn setahun. Justeru perlu ada lebih banyak usaha daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan pembaziran sebegini.

  1. Penjimatan RM 9bn setahun ini juga adalah jauh lebih kecil daripada penjimatan yang bakal diperolehi sekiranya hanya 15% (bernilai minima RM 18bn) daripada ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan diberhentikan. Nyata, kerajaan terus menekan rakyat akibat kelemahan tatakelola dan pengurusan di pihak mereka.

PENGURANGAN  KADAR CUKAI, MENGUNTUNGKAN SIAPA?

  1. Langkah Perdana Menteri untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan amatlah dialu-alukan. Walaubagaimanapun, tindakan mengurangkan kadar cukai maksimum 26% kepada 24%, 24.5% dan 25% serta menaikkan kadar maksimum kepada RM 400,000 daripada RM 100,000 dilihat masih tidak dapat merapatkan kesenjangan pendapatan yang semakin melebar di negara ini.

  1. Sebagai contoh, isirumah (4 orang) yang berpendapatan RM 4,000 sebulan atau RM 48,000 setahun akan hanya mencatatkan penjimatan cukai sebanyak RM100 setahun. Golongan hartawan seperti Pengarah Eksekutif Genting Berhad yang berpendapatan RM 136juta setahun (pada 2013), dapat menjimatkan hampir RM 3juta sekiranya kadar cukai pendapatan beliau dikurangkan daripada 26% kepada 24%.

  1. Inilah bukti, bukan retorik, bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan mesra maha kaya dan mengenepikan kepentingan rakyat terbanyak. Justeru, CGT lebih wajar dilaksanakan untuk memastikan golongan maha kaya ini dicukai sewajarnya bagi menambah pendapatan negara.

KOMITMEN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN RAKYAT

  1. Mengenalpasti keperluan untuk menambah pendapatan rakyat, Pakatan Rakyat dalam belanjawan 2015 telah menyatakan komitmen untuk mencapai nisbah pendapatan kepada KDNK kepada 50% pada 2020.

  1. Hasrat kerajaan Barisan Nasional (bukan komitmen) pula seperti yang disebut Perdana Menteri dalam ucapannya; “…adalah menjadi hasrat kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34% pada masa ini kepada 40% daripada KDNK menjelang 2020”.

  1. Bandingkan betapa berbedanya komitmen kami berbanding dengan hasrat kerajaan yang juga ditetapkan pada tahap yang lebih rendah.

  1. Diantara langkah drastik yang kami unjurkan adalah untuk memperluaskan skop dan bidang kuasa Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan (National Wages and Consultative Council) dengan memberikannya mandat dan kuasa membina consensus menetapkan kadar kenaikan gaji tahunan keseluruhan bagi semua pekerja dan industry di Malaysia (berbanding skop sekarang yang hanya menetapkan gaji minima). NWCC ini perlu diwakili secara tripartite-plus iaitu wakil daripada pihak majikan, pekerja, masyarakat sivil dan kerajaan.

KELEMAHAN TATAKELOLA, KETIDAKTELUSAN

  1. Belanjawan yang hanya dihiasi angka-angka besar tanpa disiplin tatakelola yang baik sudah pasti tidak akan dapat mencapai matlamat pengagihan hasil negara untuk dinikmati rakyat terbanyak.

  1. Laporan daripada juruaudit antarabangsa seperti KPMG, Ernst & Young dan juga penemuan didalam laporan Ketua Audit negara perlu dipandang serius dan beberapa pembaikan perlu dilakukan segera.

  1. Dalam keadaan ekonomi yang berdefisit, serta tanggungan hutang negara pada tahap RM 569bn, setiap sen pendapatan haruslah dibelanjakan sebaiknya. Suatu proses tatakelola yang didasarkan kepada usaha yang ikhlas dan serius amat diperlukan bagi memerangi rasuah.

  1. Ukuran sebenar keikhlasan dan kesungguhan Dato’ Sri Najib memerangi rasuah adalah jumlah ahli politik yang didakwa dengan kesalahan rasuah sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Angka terkini daripada YB Senator Dato’ Paul Low menunjukkan hanya 9 orang ahli politik yang disiasat dan hanya 5 akhirnya didakwa semenjak 2010 hingga Ogos 2013.

  1. Negara digemparkan dengan pertuduhan rasuah oleh orang kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan kepada adik-beradik Maran ketika mereka di Kementerian Komunikasi India bernilai hampir RM 700juta untuk kepentingan didalam Aircell melalui Astro All Asia Networks (AAAN) Plc, yang kini difailkan di New Delhi. Apabila Khazanah Nasional memegang 21% daripada saham AAAN, maka akan adakah siasatan dilakukan SPRM ke atas Khazanah dan juga pemegang saham utama AAAN iaitu Usaha Tegas Entertainment Systems Sdn Bhd (42.3%) untuk penjelasan transaksi ini kiranya ia benar berlaku? Apakah SPRM akan menyiasat bagaimana Tan Sri Ananda memenangi bidaan lesen operator mudah alih MAXIS di Malaysia, sekiranya beliau dengan berani boleh merasuah kakitangan kerajaan asing?

  1. Bagaimana pula dengan 1MDB yang dibenarkan untuk terus berhutang walaupun pinjaman terkininya bernilai RM 36.25bn dan ianya juga tidak mempunyai aliran tunai sepertimana perniagaan-perniagaan yang biasa. Bagaimana 1MDB boleh diberikan projek 3B yang bernilai RM 11bn dan ura-ura bahawa sebuah janakuasa gas di Melaka juga telah diberikan secara rundingan langsung dengan TNB?

  1. Walaupun dibebani hutang, 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di Asia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM 16.5bn (IPO terbesar Asia) pada Januari 2015. Adakah ini bertujuan untuk menjana dana bagi membayar hutang-hutang awalnya (bail-out)?

  1. Sekiranya Perdana Menteri sanggup mengungkap sabda nabi Muhammad:

????????? ??? ? ???? ???? ??????? ???????
Diampuni bagi orang yang syahid semua dosa kecuali hutang’-riwayat Muslim

bagi menggesa para graduan universiti kita untuk segera membayar balik hutang PTPTN mereka, perlu juga beliau menyampaikan sabda ini kepada 1MDB agar ia membayar balik hutang-hutangnya sebelum 1MDB benar-benar menjadi 1Malaysia Debt of Billions.

  1. Dalam Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA), Pakatan Rakyat tidak menentang dagangan bebas, tetapi perdagangan bebas haruslah adil dan tidak berat sebelah. Bagaimana kita hendak menilai kedudukan rundingan TPPA apabila kita tidak dibekalkan dengan angka cost-benefit dan segala maklumat bertulis? Ahli-ahli Parlimen kami, rakyat dan juga industry tempatan dibiarkan dalam kegelapan tanpa sebarang penjelasan, kononya rundingan ini penuh kerahsiaan. Amerika diwakili oleh lebih 400 penasihat lantikan, peguam dan pakar dari pelbagai industri Malaysia. Kami telah berkali-kali menggesa pihak kerajaan untuk melantik pakar-pakar tertentu dari dalam dan luar negara untuk memastikan kita dapat mendepani proses rundingan ini dengan lebih cekap dan memastikan industri kecil dan sederhana di Malaysia mendapat imbuhan yang adil (fair deal).

PERGANTUNGAN KEPADA HASIL MINYAK & GAS

  1. Pergantungan kepada hasil tahunan minyak dan gas yang kini membentuk 31% daripada pendapatan kerajaan persekutuan ini berbahaya kerana 2 sebab utama:

  1. Pertama, ianya memberikan gambaran seolah-olah kedudukan ekonomi negara adalah baik sedangkan kerajaan terus gagal membina industry yang lebih mampu bertahan. Pendapatan negara juga terus terdedah kepada turun naik harga minyak di pasaran antarabangsa.

  1.  Keduanya, pergantungan ini akan terus melemahkan kedudukan kewangan PETRONAS secara mendadak apabila keuntungganya dipindahkan oleh kerajaan persekutuan untuk perbelanjaannya yang sememangnya diketahui tiris. Kewangan yang lemah ini akan merencatkan kebolehan PETRONAS untuk bersaing di peringkat antarabangsa untuk meneroka dan membeli rizab minyak dan gas yang baru untuk negara.

  1. Oleh itu, Pakatan Rakyat mencadangkan agar kerajaan persekutuan perlu meletakkan sasaran yang drastik untuk mengurangkan pergantungan ini dalam tempoh 5 tahun. Langkah-langkah khusus juga perlu dilaksanakan segera untuk memastikan pengurusan hasil ini dilakukan dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.

MEMPERBAIKI PENGANGKUTAN AWAM

  1. Bajet 2015 telah mengumumkan beberapa projek infrastruktur, antaranya termasuk tiga projek lebuh raya yang berkaitan dengan negeri Selangor, iaitu: Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Pantai Barat (LBP) dari Taiping ke Banting. Khusus untuk projek SUKE dan DASH, saya ingin menegaskan dalam dewan yang mulia ini bahawa pembinaan lebuh raya sahaja bukan jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan memandangkan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur masih terpaksa bersesak biarpun jaringan lebuh raya bertol banyak dibina. Lebih inisiatif patut diambil bagi memastikan penyediaan sistem pengangkutan awam yang sempurna.

  1. Kita juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji dan menggunapakai konsep ‘Bus Rapid Transit’ seperti yang diamalkan di Colombia dan Brazil untuk menyelesaikan masalah penghubungan (connectivity) diantara stesen-stesen MRT dan LRT untuk keselesaan rakyat. Sistem ini terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah feeder bus yang ada kini.

RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
  1. Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mempunyai kedudukan yang istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu raja atau sultan harus patuh dan bertindak seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan yang istimewa ini juga bererti bahawa YDP Agong dan raja-raja merupakan institusi yang neutral dan tidak melibatkan diri dalam hal-hal politik.

  1. Malaysia telah menyaksikan berakhirnya sistem beraja mutlak apabila pemimpin-pemimpin negara yang mendapat kemenangan dalam Pilihanraya Umum 1955 telah membuat keputusan bahawa sistem politik dan pentadbiran di negara ini adalah Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sistem ini adalah formula yang ditinggalkan Suruhanjaya Reid yang menjadi rujukan negara kita sejak itu, baik di peringkat Persekutuan atau di negeri-negeri. Sistem ini menjadi pilihan kerana negeri-negeri Melayu pada ketika itu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu dilihat sangat lemah dan gagal untuk membawa keamanan dan menguatkuasakan undang-undang yang akhirnya terpaksa meletakkan negeri di bawah telunjuk kuasa-kuasa asing seperti British dan lain-lain.

  1. Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu pada ketika itu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan bertulis. Untuk rekod, saya pernah menyebut tentang ‘feudalisme’ di dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO Yang Ke-51 di mana saya sebut bahawa Dato’ Onn Jaafar pernah berkata konsep kemerdekaan di negara ini bukan beerti menghidupkan semula feudalisme. Ini juga harus jelas bahawa mengkritik feudalisme dan menggesa supaya menukar cara berfikir tidak sama dengan menggesa supaya institusi beraja dihapuskan.

  1. Pokoknya, kekuatan pemerintah itu mestilah berdasarkan sokongan dan dokongan rakyat. Konsep ini jugalah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dimana kepentingan rakyat dinobatkan menjadi asas kekuatan. Apa saja keputusan haruslah berlandaskan Perlembagaan dan selari dengan kehendak rakyat. Rakyat berkuasa mengangkat kita ke atas, dan rakyat juga berkuasa untuk menurunkan kita.

  1. Dr Siddiq Fadzil dalam bukunya ‘Melayu dan Islam: Martabat Umat dan Daulat Rakyat’ merujuk kepada peringatan Raja Ali Haji (pengarang kitab Tuhfat-al  nafis) dalam bukunya “Thamarat al- Mahammah”: “Raja Ali Haji mengingatkan makna raja bukan membuat apa sukanya di atas rakyatnya, tetapi merujuk pengertian tiga istilah politik Islam; khalifah, sultan dan imam. Raja dalam pengertian khalifah bermaksud pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi. Raja dalam pengertian sultan pula sebagai penguat kuasa keadilan dan undang-undang dan Raja dalam pengertian imam pula dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan.”

PENUTUP

  1. Saban tahun belanjawan negara dibentangkan dan kami selaku pembangkang mewakili rakyat, saban tahun juga akan terus membahasnya bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Permasalahan kesempitan hidup rakyat akibat kebobrokan dasar-dasar kerajaan yang mesra golongan maha kaya perlu diatasi. Apakah gunanya kita terus mengejar kebendaan tanpa segan silu akan halal-haram cara perolehannya.

  1. Memimpin negara suatu amanah. Ingatlah bahawa setiap kita datang dari Allah dan pastinya kita akan kembali kepada-Nya jua;



“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudia Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat), akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)” Al-baqarah, 28

  1. Permasalah kesenjangan pendapatan wajib ditangani kerana masalah ini dilihat semakin meruncing wujud dalam setiap kaum, di antara kaum dan diantara lokasi di Malaysia.

  1. Ingin saya cadangkan disini agar suatu ‘Budget Oversight Committee’ yang dianggotai kerajaan dan pembangkang diwujudkan dengan kuasa untuk memastikan setiap yang dijanjikan kerajaan, dikotakan dengan betul dan telus. Ini penting bagi memastikan tatakelola yang baik dapat diterapkan. Berdosa kita sekiranya kita mewariskan bebanan hutang dan ekonomi yang rosak kepada generasi akan datang.