Geroge Town, ibu Negeri Pulau Pinang, hari ini genap 54 tahun bertaraf bandar raya. Taraf tersebut tidak ditarik balik atau pemasyurannya tidak dibatalkan oleh Ratu Elizabeth yang menganugerahkan taraf tersebut.
George Town dimasyurkan sebagai sebuah bandar raya atas perintah diraja atau royal command oleh Queen Elizabeth pada 1 Januari, 1957, iaitu sebelum Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama.
George Town adalah satu-satunya bandar di Timur Jauh yang mendapat penghormatan tersebut.
Majlis Bandar Raya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Luar Bandar, pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas kawasan yang tidak termasuk di bawah pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town seperti Bayan Lepas, Balik Pulau dan Telok Bahang, berikutan pewujudan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Datuk Bandar pertama George Town yang dipilih oleh ahli-ahli majlis yang terdahulu dipilih melalui pilihan raya kerajaan tempatan ialah D.S. Ramanathan dari Parti Buruh atau Labour Party. Sehingga pilihan raya majlis atau kerajaan tempatan dimansuhkan, Bandar Raya George Town ditadbir oleh gabungan Parti Buruh dan Parti Soialis yang membentuk Socialist Front atau Barisan Sosialis.
Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA dan MIC, tidak dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Majlis Bandar Raya George Town tetapi menbtadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 1969 apabila ditumbangkan oleh Parti Gerakan pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu.
Foto di bawah menunjukkan sebuah bas troli dua tingkat berkuasa elektrik yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Bandar Raya George Town. Amat malang sekali apabila perkhidmatan bas troli yang mesra alam itu dihentikan awal tahun 1960-an.
No comments:
Post a Comment