Alfatiha: Rakan blogger Tuan Senang Besar atau Kharis Idris telah pulang ke Rahmatullah pagi ini. Allahyarham rebah ketika berjoging.
Allahyarham berusia 35 tahun.
Jenazah masih di UMMC dan akan dibawa ke kediaman keluarganya di nombor 92, Jalan SS3/80 Petaling Jaya dan akan dikebumikan selepas solat Asar.
Semoga Allah mencucuri Rahmat dan menempatkan ruh allahyarham di kalangan hamba-hamba-NYA yang soleh. Amin
Anda boleh melungsuri blog allahyarham di sini:
http://tuansenangbesar.com
No comments:
Post a Comment