Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyah Ismail diumum sebagai Datuk Bandar pertama bagi Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP). Beliau merupakan Datuk Bandar wanita pertama di Pulau Pinang.
Perlu diingatkan bahawa George Town merupakan Bandar Raya pertama di Tanah Melayu apabila menerima watikah pemasyuran oleh Ratu (Queen) Elizabeth II berkuatkuasa 1hb Januari 1957. Taraf itu masih kekal tetapi telah tidak terpakai apabila Majlis Bandar Raya George Town digabung dengan Majlis Daerah Luar Bandar (bahagian pulau) untuk membentuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengisytihar seluruh Pulau Pinang (bahagian pulau) dinaik taraf kepada Bandar Raya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerah taraf itu berkutkusa 1 Januri 2015.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata satu majlis rasmi pemasyuran dan pelantikan Datuk Bandar akan diadakan pada 31 Mac ini dimana Yang diPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas akan menyempurnakannya.
No comments:
Post a Comment