Seluruh dunia dilaporkan bersiap sedia untuk merai atau menyambut "Valentine's Day" atau Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih seolah-olah pada hari dan tarikh 14 Februari sahajalah mereka boleh berkasih-kasihan, bermesra-mesraan dan bersayang-sayangan, hari-hari lain boleh dilupakan sahaja.
Asal usul hari tersebut dikaitkan dengan seorang paderi Kristian bernama Saint Valentine. Ia sudah cukup untuk memberi gambaran yang jelas kepada kita, umat Islam khususnya, mengenai punca sambutan hari tersebut.
Majoriti tokoh agama Islam menyatakan bahawa menyambut atau meraikan sambutan Hari Valentine adalah bertentangan dengan Syarak.
Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM, amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Ruh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Amat jelas sekali bahawa umat Islam dilarang daripada menyertai mereka yang bukan beragama Islam untuk menyambut atau merayakan Hari Valentine. Ia adalah soal agama, bukan soal masyarakat atau sosial dan jauh sekali isu politik.
Oleh itu, apakah jadahnya golongan bukan Islam di Malaysia termasuk media seperti The Star dan The New Straits Times membidas PAS kerana parti itu menasihati umat Islam agar tidak menyambut atau meraikan Hari Valentine?
Kenapa mereka menjadikan PAS sasaran kutukan sedangkan ia bukan isu politik tetapi soal aqidah umat Islam?
Sebagai sebuah parti mewakili umat Islam, sudah tentu PAS memainkan peranannya untuk memastikan umat Islam di Malaysia tidak turut terpedaya dan terpengaruh oleh banjiran promosi dan kempen bersifat komersil untuk sama-sama menyambut Hari Valentine. Salahkah PAS berbuat demikian?
Apakah jadahnya The Sunday Star menulis dalam ruangan editorialnya dibawah tajuk "Those opposing Valenine's Day should just grow up" Adakah pihak The Star cuba mencabar kewibawaan JAKIM dan umat Islam di Malaysia? Kenapa The Star mengkritik tindakan PAS mengenai isu Hari Valentine sedangkan ia adalah soal aqidah umat Islam, bukan soal politik?
Kenapa pemberita The New Straits Times bernama Sean Augustin begitu berani mempersoal dan membidas PAS atas pendirian parti itu mengenai Hari Valentine? Sebagai seorang pemberita dia sudah tentu tahu dan sedar bahawa pihak berkuasa agama Islam di Malaysia telah memutuskan bahawa sambutan hari tersebut bertentangan dengan aqidah dan tidak Islamik? Jika dia tidak tahu, maka dia gagal sebagai seorang pemberita kerana tidak membuat kerja rumah sebelum menulis laporan berkenaan.
Pembetulan: Sean Augustin tidak menyebut PAS dalam laporannya yang berbentuk umum. Saya merujuk kepada berita di muka surat yang sama bertajuk "No love lost in Pas, DAP Valentine's row". Ayat di peranggan tersebut tidak tepat dan pembetulan adalah seperti berikut;
Kenapa The New Straits Times begitu berani mempersoal dan membidas PAS atas pendirian mengenai Hari Valentine? Pemberita mesti sedar bahawa pihak berkuasa agama Islam di Malaysia telah memutuskan bahawa sambutan hari tersebut bertentangan dengan aqidah dan tidak Islamik! Jika pemberita tidak tahu, maka dia gagal sebagai seorang pemberita kerana tidak membuat kerja rumah sebelum menulis laporan berkenaan.
Ketidakpekaan pemimpin politik turut menjalar kepada Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang turut mempersoal pendirian PAS.
Kenapa The New Straits Times begitu berani mempersoal dan membidas PAS atas pendirian mengenai Hari Valentine? Pemberita mesti sedar bahawa pihak berkuasa agama Islam di Malaysia telah memutuskan bahawa sambutan hari tersebut bertentangan dengan aqidah dan tidak Islamik! Jika pemberita tidak tahu, maka dia gagal sebagai seorang pemberita kerana tidak membuat kerja rumah sebelum menulis laporan berkenaan.
Ketidakpekaan pemimpin politik turut menjalar kepada Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang turut mempersoal pendirian PAS.
Cho Ha dalam kenyataannya meminta PAS jangan tuduh sambutan itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral dan jangan menghina orang Malaysia yang nak sambut Hari Valentine. PAS, terutama Pemuda PAS, dijadikan sasaran kutukan semata-mata atas kepentingan politik yang amat sempit dan bodoh! Isu Hari Valentine bukan isu politik, ini yang tidak difahami oleh orang seperti Cho Ha.
Karpal Singh pula menuduh pendirian PAS sebagai sesuatu yang tidak betul, silap dan berlawanan dengan hak asasi dan kebebasan. Seperti Cho Ha, Karpal Singah pun janggal dalam pemikiran dan tidak sedar bahawa ia bukan isu politik atau soal hak asasi dan kebebasan, ia soal agama, soal aqidah umat Islam.
Akhbar The Star, The New Straits Times, Cho Ha dan Karpal Singh hentam PAS atas pendirian tegas parti itu berkaitan Hari Valentine. Kenapa PAS sahaja? Kenapa tidak hentam JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri yang lebih awal lagi mengeluarkan kenyataan sama seperti yang disuarakan oleh PAS?
Ini soal aqidah umat Islam, bukan soal politik atau yang kena-mengena dengan slogan 1Malaysia PM Najib Tun Razak.
Islam tidak larang penganut agama lain menyambut perayan yang berkaitan agama mereka. Lihat saja kehadiran PM Najib yang sama-sama penganut agama Hindu sempena Thaipusam di Batu Caves. Islam hanya melarang umat Islam. Kenapa mereka yang bukan beragama Islam melenting tak tentu pasal? Ini sudah melampaui batas dan sempadan yang sepatutnya.
Ingat, jangan campuri urusan umat Islam, ia mungkin membawa padah!