Kira-kira 10 bulan ke udara, Bernama Tv (kini di saluran 502 Astro) dah mula dijangkiti penyakit "gangguan dan masalah teknikal" sejak beberapa hari lalu. Apa masalahnya?
Oh ya, saya cukup berminat menulis mengenai Bernama kerana ia menjadi sebati dan saya sentiasa mengikuti perkembangan badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Penerangan itu. Ini tidak dapat dielakkan kerana saya pernah bersama-sama agensi berita itu selama 27 tahun bermula pada tahun 1971.
Saya difahamkan bahawa pihak Bernama atau lebih tepat BTV Synergy telah membeli sistem operasi yang berharga jutaan ringgit. Sistem yang dimaksudkan dikenali sebagai GEEVES dan INCITE, jika tak silap.
Pihak yang menjual sistem itu mendakwa bahawa ia adalah yang terbaik dalam dunia penyiaran. Oleh kerana yakin dengan pihak yang menjual, maka BTV Synergy pun membelinya. Kepada orang yang menjual, dia sudah tentu berkata sistem yang ditawarkan itu adalah terbaik, tetapi bagi orang yang hendak membeli, dia seharusnya menyelidiki dan membuat perbandingan dengan beberapa sistem lain untuk mendapatkan yang benar-benar tebaik. Adakah ia dilakukan oleh Bernama-TV Synergy?
Adakah pendapat pakar di Jabatan Penyiaran diminta sebelum pembelian dibuat?
Persoalan ini dibangkitkan kerana hanya beberapa hari digunakan, sistem berkenaan mula mendatangkan masalah. Masalah yang dihadapi disifatkan sebagai "gangguan teknikal atau masalah teknikal".
Saya bukan orang teknikal dan saya tidak tahu apa itu gangguan teknikal atau masalah teknikal, dalam erti kata yang sebenar, seperti yang dikatakan punca gangguan siaran berita Bernama TV. Bagi saya, masalahnya tidak lain dan tidak bukan adalah sistem yang digunakan.
Siapakah yang terpaksa bertungkus lumus menghadapi masalah itu jika bukan para petugas BTV terutama unit teknikal!
Sherkawi Jirim yang mempengerusikan perbincangan rancangan Helo Malaysia BTV pun terpaksa menebalkan muka beberapa kali untuk memohon maaf kepada para penonton akibat daripada gangguan teknikal semasa siaran berita Bernama TV.
Siapa yang harus dipertanggugjawabkan jika bukan CEO Bernama TV Suhaimi Abdullah. Selaku ketua eksekutif BTV Synergy dia tidak boleh menuding jari kepada pihak lain, terutama para petugas khususnya yang terlibat secara langsung untuk mengendalikan sistem berkenaan, kerana bukan mereka yang memilih sistem tersebut.
Jika benarlah sistem yang dibeli itu adalah yang terbaik seperti yang didakwa oleh penjualnya (Allan?), kenapa ia menimbulkan masalah dan gagal berfungsi seperti yang diuar-uarkan?
Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan pembelian sistem tersebut. Mungkin ada kemungkinan-kemungkinan lain?

Gangguan teknikal atau masalah teknikal bukan lagi alasan yang boleh diterima bulat-bulat pada zaman serba canggih ini.
Bernama TV seharus dan semestinya diletak sepenuhnya di bawah kawalan Bernama dan bukan selaku sebuah entiti yang dikawal oleh pihak lain yang hanya menumpang nama Bernama yang sudah terkenal itu.
No comments:
Post a Comment